Anda di halaman 1dari 50

TUGASAN 1: MENGANALISIS PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

YANG DIGUNAKAN OLEH GURU SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BERLANGSUNG SEMASA PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS).

1.0 PENGENALAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru
yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat
sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah
tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus
diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk
membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru.
Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna
bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang
dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, langkah pemilihan strategi,


pendekatan, kaedah dan teknik perlu dijadikan keutamaan ke arah penentuan sasaran
sesuatu objektif pembelajaran. Oleh itu, sebagai seorang guru bahasa yang prolifik,
persediaan rapi adalah wajar untuk berdepan dengan murid-murid ke arah penyerapan
strategi melatih mereka bekerjasama, berinteraksi dan berfikir dalam suasana pembelajaran
yang kondusif.

2.0 LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan selama


seminggu di SK Tapang, Kota Bharu, Kelantan, sepanjang tempoh PBS berlangsung, saya
telah berkesempatan untuk meninjau dan memerhati proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu yang telah dijalankan di beberapa buah kelas di sekolah tersebut.

Berdasarkan pemerhatian saya, salah seorang guru Bahasa Melayu yang mengajar
tahap dua iaitu darjah 4, 5 dan 6 di sekolah tersebut telah mengaplikasikan pelbagai strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajarannya. Pertama sekali, apabila beliau masuk
ke kelas tersebut, beliau menulis objektif pengajaran harian terlebih dahulu di papan putih
pada setiap kali sebelum beliau memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar
murid-murid faham dengan jelas apa yang perlu mereka pelajari pada masa itu dan dapat
mencapainya secara keseluruhan. Objektif utama pengajarannya pada hari tersebut ialah
pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat menulis karangan berformat catatan..Ketika
beliau mengajar di kelas 5 Cemerlang di mana kelas tersebut merupakan kedudukan kelas

1
yang ke dua dalam keseluruhan kelas, beliau akan mengajar karangan berformat catatan
berdasarkan helaian kertas yang disediakan. Beliau mengagihkan helaian kertas tersebut
kepada setiap orang pelajar sebagai bahan utama pengajarannya pada hari tersebut. Oleh
itu, berdasarkan helaian kertas tersebut, guru itu secara tidak langsung telah menggunakan
strategi berpusatkan bahan dengan adanya helaian kertas mengenai soalan bergambar
tentang karangan berformat catatan yang akan dibincangkan pada hari tersebut. Sebelum
beliau menerangkan secara terperinci format-format karangan catatan kepada para pelajar,
beliau memulakan dengan menanyakan soalan-soalan berdasarkan pengalaman dan
pengetahuan sedia ada murid mengenai karangan jenis itu seperti soalan ‘Apa yang perlu
ada dalam karangan berformat catatan?’. Lalu, beberapa orang pelajar menjawab soalan
berkaitan format catatan iaitu perkara utama yang diperlukan adalah hari, tarikh dan masa.
Selapas itu, guru mencatat perkara tersebut di papan putih. Namun, bagi pendapat saya,
dalam segi penggunaan bahan, selain daripada mengagihkan helaian kertas, guru juga
boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang lebih menarik lagi dengan penggunaan
teknologi seperti penyediaan ‘slide’ dengan menggunakan ‘Power Point’ yang dipancarkan
melalui LCD kerana dengan adanya bahan visual berwarna ia akan lebih menarik minat
murid berbanding dengan helaian kertas yang hanya berwarna hitam dan putih.

Dalam perbincangan pada hari tersebut, tajuk catatan yang akan mereka laksanakan
ialah “Catatan Aktiviti pada Hujung Minggu Bersama Keluarga”. Berdasarkan tajuk tersebut,
guru telah menggunakan pendekatan tematik dalam pengajarannya di mana tema yang
digunakan adalah Tema Kekeluargaan. Bagi mengaitkan tajuk pelajaran pada hari tersebut
pula, guru meminta beberapa orang murid membaca soalan berdasarkan helaian kertas
yang diagihkan dengan kuat. Selepas beberapa orang membaca soalan tersebut, guru juga
menanyakan soalan kepada murid yang lain apa yang mereka pernah lakukan pada hujung
minggu. Oleh itu, guru juga meminta secara sukarela untuk murid menjawab soalan tersebut.
Beberapa orang murid menjawab soalan itu berdasarkan pengalaman mereka dengan
pelbagai jawapan mengenai aktiviti hujung minggu seperti bergotong royong, berkelah di
pantai, balik kampung dan sebagainya. Maka, di situ guru juga telah menggunakan
pendekatan induktif di mana sesi soal jawab dilaksanakan bagi mencetuskan idea pelajar
sekali gus supaya pelajar dapat memahami konsep karangan berformat catatan secara
keseluruhan. Dengan adanya soal jawab juga akan memberi peluang kepada murid terlibat
secara aktif dalam sesi perbincangan tersebut. Bukan itu sahaja, guru itu juga telah
menggabungkan dua kemahiran bahasa dalam pengajarannya di mana kemahiran
membaca digabungkan dengan kemahiran bertutur.

2
Bagi pendapat saya, jika menginginkan proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut lebih berkesan, guru juga boleh menambahkan strategi berpusatkan murid dalam
pengajarannya di mana murid diagihkan kepada beberapa kumpulan dan berbincang
mengenai isi-isi penting dalam karangan mereka. Melalui sesi perbincangan secara
berkumpulan juga akan mencetuskan pelbagai idea dan mereka dapat berkongsi pendapat
antara satu sama lain agar karangan yang dihasilkan nanti akan lebih menarik dan dapat
dikembangkan secara terperinci.

Seterusnya, dalam menghasilkan sesuatu karangan, apa yang difokuskan adalah


penggunaan tatabahasa. Maka, dalam pengajarannya juga, guru tersebut telah menyelitkan
pengajaran tatabahasa agar penggunaan tatabahasa dapat digunakan dengan betul dan
secara meluas dalam karangan. Sebagai contoh, guru meminta beberapa orang pelajar
membina ayat berdasarkan tajuk karangan pada hari tersebut, lalu guru mencatat ayat yang
dibina oleh pelajar di papan putih. Gabungan ayat-ayat yang dibina oleh pelajar dapat
digunakan dalam membentuk satu karangan catatan. Dalam pada itu juga, guru dan murid
sama-sama memperbaiki kesalahan penggunaan tatabahasa dalam ayat yang dibina agar
ayat-ayat tersebut menjadi satu ayat yang lengkap dan betul serta boleh diaplikasikan dalam
karangan mereka. Namun, bagi membuat penambahbaikan dalam pengajaran itu, pada
pendapat saya, guru juga boleh menggunakan kaedah ajuk hafaz dalam pengajaran
tatabahasa agar ejaan dan sebutan yang dilafazkan dapat dibunyikan dan diejakan dengan
betul. Kaedah ini boleh digunakan apabila sesudah ayat dibaca, guru meminta murid
mengajuknya sehinggalah ayat-ayat tersebut diingat dan dihafaz oleh mereka.

Pada akhir pengajaran, selesai aktiviti membina ayat, guru menyimpulkan pengajaran
pada hari tersebut dengan merumuskan secara terperinci mengenai format-format yang
diperlukan dalam karangan catatan dan membuka pertanyaan kepada pelajar jika
mempunyai kekeliruan atau kurang faham tentang pembelajaran pada hari tersebut. Lebihan
masa yang ada, guru memberi arahan agar semua pelajar boleh mula mengarang karangan
masing-masing berdasarkan idea dan pengalaman yang ada. Oleh itu, semua pelajar
dibiarkan menyiapkan tugasan masing-masing. Ringkasnya, dalam pengajaran tersebut,
semua murid dapat terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana murid-
murid dapat memberi fokus dengan baik dalam sesi perbincangan dan soal jawab yang
dilaksanakan oleh guru tersebut. Bukan itu sahaja, dalam pdp ini juga, komunikasi dua hala
iaitu interaksi antara guru dan murid berlaku secara langsung.

3
TUGASAN 2: TEORI HURAIAN BAHASA DAN TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

1.0 Pengenalan

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini lebih memfokuskan kepada
Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa serta konsep-konsep, strategi,
pendekatan, kaedah, teknik pengajaran Bahasa Melayu. Hasil daripada kefahaman ini
semua maka akan terbinanya Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) yang mana menjadi
panduan dalam guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih
berkesan.

2.0 Teori Huraian Bahasa

Aliran kajian tatabahasa yang terkenal terbahagi kepada tiga iaitu Teori Tradisional,
Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif dan Teori Fungsional. Perbezaan pendapat
setiap aliran ini bergantung kepada pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut dan
persamaan pula daripada segi istilah dan konsep yang digunakan kerana setiap aliran
merupakan suatu kesinambungan.

Teori Huraian
Bahasa

Teori Transformasi-
Teori Tradisional Teori Struktural Teori Fungsionalis
Generatif
(Panini) (Bloomfield) (Halliday)
(Chomsky)

RAJAH 2.0 : Teori Huraian Bahasa

2.1 Teori Tradisional


Teori ini bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M) dan dipercayai teori paling
tua dicatatkan. Ia dipelopori oleh Panini (Ahli tokoh fonetik India) menganggap bahawa
bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat
untuk membunyikan suara. Sebelum itu, Plato dan Aristotle telah menghuraikannya dalam

4
bahasa Yunani dan di Malaysia, ia telah dimulakan oleh Pendita Za’ba dan Prof. Asmah Hj.
Omar dengan pendekatan bahasa Melayu.

Ciri-ciri yang dapat dikenalpasti dalam teori ini antaranya kajian-kajian bahasa dibuat
berasaskan bahasa tulisan. Selain itu, huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan
anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian
unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat. Panini turut berpendapat bahawa bahasa-
bahasa di dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat seperti logik, falsafah dan
sebagainya. Kajian bahasa juga dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman
peraturan-peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-contoh. Bukan
itu sahaja, teori ini juga berpendapat semua bahasa mempunyai peraturan yang sama
dengan bahasa Yunani dan ciri nahunya mementingkan bahasa tulisan serta kajian
berdasarkan hukum.

2.2 Teori Struktural

Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, de Sausure dan Otto Jespersen.
Ia juga dikenali juga dengan aliran ‘taxonomic’ atau ‘bloomfeildian’. Aliran linguistik ini
muncul pada abad ke-20 dan difahamkan bahawa kemunculannya kerana pertentangan
pendapat dengan aliran tradisional. Tentangan utamanya ialah dasar rasional yang
digunakan oleh aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan
anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal.

Teori ini berpendapat bahawa bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari
untuk perhubungan. Ia juga menganalisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti
oleh morfem, frasa,klausa dan ayat serta unsur-unsur suprasegmental. Ayat akan
dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya dan huraian bahasanya berdasarkan
konsitituen (unsur) yang terdekat secara induktif. Konstituen yang paling kecil ialah
perkataan,diikuti frasa, klausa, subjek dan predikat bukan itu sahaja, teori ini juga
menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis tetapi kurang
menitikberatkan tentang makna.

2.3 Teori Transformasi-Generatif

Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950-an iaitu
aliran Transformasi-Generatif. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya
‘Syntactic Structures’ (1957) dan ‘Aspects of the Theory of Syntax’ (1965). Berikut
merupakan ciri-ciri teori ini yang mana ia berkaitan antara satu sama lain.

5
Menghuraikan ayat-ayat
dengan menggunakan
sistem rumus-rumus

Pengetahuan bahasa Terdapat dua peringkat struktur


merupakan satu fenomena ayat iaitu struktur dalaman dan
mental. struktur permukaan

Penutur dilahirkan dengan


Bahasa bersifat sejagat
pengetahuan semula jadi
dan kreatif.
berbahasa.

RAJAH 2 : CIRI-CIRI TEORI TRANSFORMASI-GENERATIF

2.4 Teori Fungsional

Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an setelah melihat kelemahan
pada teori-teori sebelumnya. Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins bukan
sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian
terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Teori ini juga menyenaraikan ciri-ciri serta
anggapan tertentu tentang bahasa dan fungsinya oleh ahli-ahli bahasa fungsional seperti
tekandung dalam Rajah 3

6
Stuktur bahasa mengikut
fungsi dan penggunaan
dalam bahasa.

Kajian tentang perubahan


yang berlaku pada struktur
bahasa ketika
berkomunikasi.
CIRI-CIRI
Pengukuhan bahasa boleh
berlaku secara verbal dan
non-verbal.

Mementingkan
semantik.
Teori Fungsional

model bahasa yang


sesuai

Asas fungsi bahasa

FUNGSI
Bahasa dalam persepsi
sosial

Fungsi semantik dan


linguistik

RAJAH 3 : CIRI-CIRI SERTA ANGGAPAN TERTENTU TENTANG BAHASA DAN


FUNGSINYA OLEH AHLI-AHLI BAHASA FUNGSIONAL.

7
Bagi memantapkan kefahaman tentang fungsi serta anggapan ahli-ahli bahasa
fungsional, rajah 4 memfokuskan kepada huraiannya yang berkaitan pengajaran dan
pembelajaran bahasa

FUNGSI ANGGAPAN AHLI-AHLI


BAHASA FUNGSIONAL
model bahasa yang sesuai dapat memberikan interpretasi fungsional
kepada perkembangan
bahasa awal kanak-kanak
asas fungsi bahasa fungsi perkembangan bahasa kanak-kanak
dalam menguasai aspek
pengajaran pembelajaran bahasa daripada
penjaga (orang yang paling
hampir) sebagai model komunikasi
bahasa dalam persepsi sosial penggunaan bahasa dalam konteks berkaitan
dilakukan berdasarkan
arah sosial dan perubahan sosial yang berlaku
fungsi semantik dan linguistik pengajaran bahasa membantu pelajar
mengaplikasikan pengetahuan
mereka merangkumi bidang tatabahasa iatu
fonologi,morfologi,sintaksis,semantik dan
laras bahasa dalam kehidupan seharian dan
dalam pelbagai situasi sosial

RAJAH 4: FUNGSI DAN ANGGAPAN AHLI-AHLI BAHASA FUNGSIONAL

8
3.0 Teori Pemerolehan Bahasa

3.1 Pengenalan

Seorang guru bahasa hendaklah mengetahui bagaimana seorang kanak-kanak


mempelajari bahasa supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
berkesan. Terdapat pelbagai teori berkaitan dengan pemerolehan bahasa yang telah
dikemukakan.

Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988), beliau memperlihatkan prinsip-prinsip


pengajaran bahasa yang menyakuti teori-teori pemerolehan bahasa. Antara teori yang
dikemukakan melibatkan teori behaviorisme, teori kod kognitif, teori interaksionalis dan teori
fungsional.

Teori kognitif juga antara teori yang penting dalam pemerolehan bahasa. Teori ini
telah diperkenalkan oleh Jean Piaget. Sebenarnya terdapat pelbagai teori bahasa yang
dikemukakan antara yang paling berkesan ialah :

 Teori Behaviorisme
 Teori Mentalis ( kod kodnitif)
 Teori Interaksionalis
 Teori kognitif

3.2 Teori Behaviorisme

Di antara ahli-ahli bahasa yang menganuti teori ini ialah Bloomfield, Sapir, Boas,
Fries, Brooks dan B.F Skinner. Behavioris ialah nama ahli teori yang mengemukakan
pelbagai prinsip berdasarkan teori yang sama iaitu teori psikologi behaviorisme.

Terdapat lima prinsip yang dikemukakan daripada pendapat ahli-ahli psikolinguistik


dan linguistik aliran Behaviorisme (Kamaruddin Hj Husin ,1988) iaitu :

Prinsip pertama ialah bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan, bahasa tulisan
merupakan bahasa kedua terpenting. Ahli- ahli behaviorisme telah menegaskan bahawa
pengajaran bahasa pengajaran bahasa mestilah didahulukan dengan bahasa lisan. Ini diikuti
pula dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Prinsip seterusnya ialah bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini amat sesuai sekali
diterapkan ke dalam proses pembelajaran bahasa kedua di mana tabiat bahasa yang baru

9
perlu perlu diajar kepada murid-murid itu. Untuk membentuk kebiasaan ini latihan dan latih
tubi serta perbualan bahasa diutamakan. Pembelajaran bahasa kedua mestilah
dilaksanakan secara intensif dan bukan secara berselang seli. Ini akan segera menolong
membentuk kebiasaan yang diingini itu.

Prinsip ketiga ialah pengukuhan adalah syarat penting dalam pembelajaran. Hal ini
kerana ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang
dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian.
Keistimewaan, pengiktirafan, maklum balik, galakan dan sebagainya.

Prinsip keempat ialah latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Latihan
yang dimaksudkan ialah ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan.
Latihan dan latih tubi hendaklah dijalankan secara bermakna.

Manakala prinsip kelima ialah model-model bahasa yang terbaik haruslah


dikukuhkan. Kanak–kanak menguasai daripada apa yang didengar dan dialami. Oleh itu, dari
segi pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru adalah model yang mutlak yang
diikuti oleh pelajar-pelajar tanpa banyak bicara. Jika model-model ini menggunakan bahasa
matlamat hal ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu.

Akhir sekali ialah prinsip keenam iaitu wujudkan operasi ransangan dan tindak balas
dalam proses pembelajaran.Bahasa adalah hasil operasi dan tindakbalas. Pembelajaran
bahasa akan lebih berkesan jika sekiranya kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan.

3.3 Teori Mentalis (Kod-Kognitif)

Aliran ini tidak mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa,
namun hasil dari beberapa pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa maka
beberapa andaian mengenai prinsip pembelajaran dapat diwujudkan. Terdapat enam prinsip
yang dikemukakan melibatkan teori ini iaitu :

Pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Menurut prinsip ini,


pembelajaran bahasa adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran itu
dilahirkan melalui penuturan.

Prinsip yang kedua ialah semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana
mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semulajadi untuk berbuat demikian. Jadi seorang
guru haruslah menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada
kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisa pertuturan yang mereka dengar.

10
Seterusnya ialah dalam keadaan yang normal, kadar perkembangan bahasa adalah
sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama. Prinsip ini mempercayai
peringkat kematangan yang sama dalam kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri
pembelajaran yang sama.

Dalam sesuatu huraian bahasa, pencapaian makna lebih diutamakan daripada


struktur bahasa. Prinsip ini menekankan kepada kebolehan untuk mengunakan struktur-
struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak
itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu.

Dalam proses pembelajaran, tulisan dan bacaan adalah diutamakan. Kajian-kajian


bahasa yang dijalankan biasanya berasaskan bahasa tulisan.

Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa dijalankan secara


formal. Ini bermakna penyampaian dijalankan dengan memperkenalkan dahulu kepada
pelajar-pelajar undang-undang atau peraturan-peraturan tatabahasa dan kemudianya diberi
pula contoh-contoh.

3.4 Teori Interaksionalis

Terdapat tiga prinsip dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa


interaksionalisme iaitu

Dalam sesuatu komunikasi bahasa, penyampaian makna adalah lebih diutamakan.


Menurut prinsip ini sama ada pembelajaran bahasa pertama atau kedua, penyampaian
makna adalah amat penting.

Prinsip kedua ialah pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang
dimaksudkan adalah berhubung rapat.

Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-


tugas dan aktiviti bermakna. Sekiranya dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk
aktiviti-aktiviti yang bermakna, murid-murid bukan sahaja dapat memperbaiki penggunaan
sistem bahasa mereka tetapi juga berkemampuan untuk mengunakan bahasa itu dengan
lancar dan fasih.

11
3.5 Teori Kognitif

Teori ini berlandaskan pandangan Jean Piaget iaitu seorang ahli psikologi berbangsa
Swiss. Menurut Piaget (1963) perkembangan mental kanak- kanak boleh dibahagiakan
kepada empat peringkat ( Abd.Aziz Abd. Talib, 2000).

Peringkat pertama melibatkan tahap motor- sensori iaitu bermula umur 0 hinggalah
dua tahun. Walaupun perkembangan kognitif sudah bermula sedikit namun kanak-kanak
masih belum boleh berfikir secara rasional dan logik. Perlakuan kanak-kanak pada tahap ini
lebih kepada bercorak motor ( fizikal).

Apabila memasuki peringkat kedua iaitu tahap pemikiran pra-operasi dari umur dua
hinggalah tujuh tahun. Perkembangan bahasa bermula seawal umur dua tahun. Semasa
berumur dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun perkembangan bahasa mereka menjadi
lebih pesat seiring dengan perkembangan sosial yang semakin meluas.

Peringkat ketiga iaitu tahap operasi konkrit dari umur tujuh hinggalah sebelas tahun.
Kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi mereka hanya mampu berfikir secara konkrit
dan menyelesaikan sesuatu masalah yang dilihat secara fizikal.

Peringkat terakhir melibatkan tahap operasi formal dari umur sebelas hinggalah 15
tahun. Pada tahap ini kanak-kanak mula matang dan mampu berfikir secara logik untuk
menyelesaikan masalah termasuklah masalah secara abstrak.

12
4.0 KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK

Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling


berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses pengajaran
dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini, apabila
diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang kondusif, ceria
dan seterusnya objektif akan tercapai.

4.1 STRATEGI

Strategi merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk
mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan tenaga, masa dan
kemudahan yang diperolehi secara optimum. Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu
tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur
untuk mencapai matlamat atau kejayaan.

4.1.1 KLASIFIKASI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi
berpusatkan
guru

Strategi Strategi
berpusatkan berpusatkan
masalah murid

Strategi
berpusatkan
bahan

13
•Guru sebagai fasilitator,
Berpusatkan murid •Bergantung sepenuhnya
murid sebagai penonton kepada Bahan Bantu
•Interaksi sehala sahaja Mengajar
•pencapaian murid •utamakan kecekapan dan
diutamakan •murid pemain utama, kemahiran menggunakan
•murid pasif dan tidak guru hanya pemimpin. bahan.
kreatif •interaksi dua hala. •Sesi pembelajaran lebih
mearik, berkesan dan
•ciri kepimpinan guru •utamakan objektif bermakna.
bersifat autokratik pencaian murid
•Murid melalui pengalaman
•mengutamakan •murid lebih kreatif dan sebenar
keputusan ujian dan beinisiatif
peperiksaan •dapat memupuk nilai -
nilai murni seperti
•kaedah keseluruhan kelas kerjasama Berpusatkan
bahan
Berpusatkan
guru

4.2 PENDEKATAN

Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling
berkaitrapat mengenai hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat
pembelajaran bahasa. Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk
menuju sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in
any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang
dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Antara klasifikasi
pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti rajah di bawah:

14
JENIS-JENIS PENDEKATAN

Pendekatan Pendekatan Pendekatan


induktif Pendekatan Pendekatan Pendekatan Pendekatan tematik masteri
deduktif eklektik komunikatif oral

4.2.1 PENDEKATAN INDUKTIF

Sebelum
memulakan
pengajaran dan
pembelajaran
guru perlu
menyediakan
contoh-contoh
yang sesuai
Aktiviti perlu untuk murid
membuat Murid dibimbing
dipelbagaikan dan melalui aktiviti
menarik perhatian rumusan
penyoalan
murid supaya dapat
membuat
KONSEP INDUKTIF kesimpulan
sendiri
Pelbagai contoh
Guru yang mengandungi
menyediakan ciri-ciri yang sama
alat bantu untuk memudahkan
mengajar yang murid membuat
bersesuaian kesimpulan samada
daripada guru atau
murid

15
KEBAIKAN PENDEKATAN INDUKTIF

Pelajaran diterima
dengan cara yang
lebih konkrit kerana
ia disertai dengan
contoh-contoh yang
baik dan kanak-kanak
Sesuai dengan munasabah.
kehendak ilmu mempelajarinya
pengajaran dan melalui lisan, bacaan
dan karangan. ia
pendidikan, iaitu tidaklah disampaikan
beberapa amatan disampaikan sebagai
akan menjadi satu tajuk pelajaran yang
tanggapan. berasingan.

Tidak perlu
menghafaz kerana Bahan-bahan
kanak-kanak akan diterima secara tidak
faham setelah langsungdan dapat
diberikan contoh- digunakan secara
contoh itu beberapa praktik.
kali.

Guru mudah menyusun


pelajran mengikut Kanak-kanak
prinsip-prinsip mempelajari benda-
bagaimana kanak- benda yang berguna
kanak belajar yakni dan biasa ditemui
daripada yang sennag dalam bacaan dan
kepada yang lebih karangan.
susah dan seterusnya.

16
4.2.2 PENDEKATAN DEDUKTIF

KONSEP PENDEKATAN DEDUKTIF

Pengajaran
Pendekatan ini dengan
Pendekatan ini
selaras dengan mengemukakan Bematlamatkan
lebih banyak
teori generalisasi dan pemerolehan
struktur kognitif
menekankan
pembelajaran kemudian diikuti
Gestalt oleh contoh- aspek tulisan
contoh.

KEBAIKAN PENDEKATAN DEDUKTIF

Cara yang
mudah
untuk
menyampai
kan isi
pelajaran.

17
KELEMAHAN PENDEKATAN DEDUKTIF

Sedikit
menggunak
an bahasa
yang
dipelajari.

Murid hanya
dapat
menulis
sahaja.

Cara penerangan
tidak dinyatakan
(konkrit).

4.2.3 PENDEKATAN ELEKTIF

KONSEP PENDEKATAN ELEKTIF

Boleh gunakan
Elektif bererti Menggabungkan
strategi Pusatan guru,
pemilihan, eklektik pendekatan indukti
Pusatan murid, dan
bermakna bercampur dan deduktif
Pusatan bahan

Gabungan Banyak digunakan Digunakan dalam


pendekatan dalam pengajaran aktiviti pemulihan dan
digunakan sains dan matematik pengayaan

18
Pendekatan elektif merupakan satu cara mengajar bahasa yang menggunakan
pelbagai kaedah. Pendekatan ini memberi peluang kepada guru menggunakan usaha dan
kreativiti sendiri. Guru juga berpeluang mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan
murid. Selain itu, pendekatan ini banyak menggunakan latihan dalam pengajarannya. Antara
kebaikan yang diperolehi apabila guru menggunakan pendekatan elekftif dalam
pengajarannya ialah murid-murid berpeluang belajar dalam suasana yang lebih
menyakinkan. Pendekatan ini juga sesuai dilaksanakan untuk murid yang mempunyai
pelbagai kebolehan dan memudahkan guru mentadbir pengajaran mereka sekali gus
meningkatkan pemahaman murid. Manakala, terdapat beberapa kelemahan sekiranya guru
menggunakan pendekatan ini termasuklah tugas guru bertambah kerana terpaksa
menyediakan banyak latihan dan tidak sesuai untuk murid yang lemah.

4.2.4 PENDEKATAN KOMUNIKATIF

KONSEP PENDEKATAN KOMINAKTIF

Secara umum, pendekatan ini member fokus


khusus kepada murid.

Hal ini kerana manusia perlu berkomunikasi


untuk sama ada secara interpersonal atau
intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluan
dan kehendaknya.
Antara lain manusia berkomunikasi untuk
menyatakan perasaan dan emosi, mencipta
imaginasi, memperoleh barangan dan
perkhidmatan, bertukar pandangan,
memperoleh dan menyampaikan maklumat.

Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah


murid mengetahui dan memahami tujuan
melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses
pembelajarannya.

Proses pengajaran bahasa dilaksanakan dalam


konteks wacana mengikuti proses komunikasi
sebenar.

19
Pendekatan komuikatif mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri di mana penggunaan
pendekatan ini mementingkan makna, konteks dan situasi dalam pengajaran. Pendekatan ini
menumpukan kepada fungsi komunikatif dan hafazan. Matlamat pembelajaran dalam
pendekatan ini adalah berkeupayaan untuk berkomunikasi dan usaha untuk berkomunikasi
perlulah ada sejak dari awal lagi. Apabila guru mengaplikasikan pendekatan ini, murid bukan
sahaja boleh bertutur dan mendengar pertuturan yang terlibat dengan elemen-elemen dalam
sturktur bahasa yang berasaskan kekuatan dan keteguhan wacana serta semantik tetapi
juga terlibat dengan makna sosial yang mengambil kira cir-ciri paralinguistik. Selain itu, murid
dapat memahami perkara penting dalam bahasa iaitu penggunaan bahasa dan bukannya
kegunaan bahasa. Manakala, kelemahan yang terdapat dalam pendekatan ini pula ialah
meyebabkan guru sukar menyediakan pelbagai aktiviti lisan untuk murid-murid yang berbeza
peringkat kebolehan dan kecerdasan dan pendekatan ini sukar untuk dilaksanakan kepada
murid yang lemah.

4.2.5 PENDEKATAN TEMATIK

KONSEP PENDEKATAN TEMATIK

Berkait rapat dengan


aktiviti P & P secara
kumpulan
Diertikan sebagai
pokok Sesuai digunakan
pembicaraan atau sebagai proses
topik uama yang perbincangan
dijadikan sesuatu tema dalam aktiviti
pembicaraan atau kumpulan
kajian.

PENDEKATAN
TEMATIK

20
CARA
PERLAKSANAAN

Tema dipecahkan
kepada sub-topik dan
dibincangkan dalam
kumpulan mengikut
tahap kebolehan murid.

Contoh : tema :
Kebersihan

Kumpulan A : jawab
Kumpulan B : lukis Kumpulan C : gunting
soalan tentang
gambar binatang dan tampal
binatang

4.3 KAEDAH

Kaedah merupakan satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek,
objektif pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai
kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah
penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah
merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun
dan teratur.Ini bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan kepada
pendekatan yang berkaitan dengan model dan prinsip. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) pula
mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang
telah dirancangkan dengan teratur. Selain itu, Hasan Langgulung (1981) mengatakan
bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara
yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran,
maka itu adalah kaedah.

21
JENIS-JENIS KAEDAH

JENIS-JENIS KAEDAH

Kaedah
Kaedah Kaedah Kaedah Kaedah Kaedah kod Kaedah oral
tatabahasa
natural terus ajuk hafaz linguistik – kognitif – Aural
terjemahan

4.3.1 KAEDAH NATURAL

Kurang menekankan
rujukan kepada analisis
gramatikal, latih tubi
gramatikal atau teori
tatabahasa tertentu.

Dalam menentukan matlamat


komunikasi, murid tidak perlu
Kaedah ini melihat
menguasai bentuk dan struktur
bahasa sebagai satu alat
ayat tetapi diharapkan dapat
untuk menghubungkan
berurusan dengan sesuatu set
makna dengan mesej.
topik tertentu dalam sesuatu
situasi.

KAEDAH
NATURAL

Objektif- bergantung
Melibatkan dua cara iaitu
kepada keperluan murid,
penguasaan (semulajadi)
kemahiran bahasa
dan
(mendengar, bertutur,
pembelajaran(peraturan).
membaca dan menulis).

Matlamat- kelas
berasaskan kepada
tugasan yang dapat
memenuhi keperluan
murid.

22
ASPEK PENTING DALAM KAEDAH NATURAL

Tanggungjawab murid:
•Memberikan maklumat tentang
matlamat khusus mereka Penekanan adalah kepada
•Mengambil bahagian yang persembahan input
aktif. pemahaman dalam bahasa
•Menentukan masa untuk sasaran.
memmulakan penghasilan
pertuturan.

Peranan murid berubah Guru harus memberikan fokus


mengikut tahap perkembangan kepada barang-barang atau
linguistik mereka. objek di dalam kelas.

23
4.3.2 KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN

Dikenali juga sebagai


kaedah nahu tradisional
.

Kaedah ini untuk


membolehkan murid
Terjemahan dianggap
KAEDAH memahami nahu
satu cara yang
TATABAHASA sesuatu bahasa dan
penting untuk
juga melatih murid
mempelajari TERJEMAHAN menuls dengan
perbendaharaan kata.
mengguakan bahasa
yang betul.

Kaedah ini
menekankan
kemahiran menulis
bukan bertutur.

TUJUAN KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN.

Membolehkan murid-murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa.

•Melatih murid-murid menulis dengan menggunakan bahasa yang betul

Membolehkan murid-murid menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif atau jati dan
sebaliknya.

•Melengkapkan murid-murid dengan perbendaharaan kata yang luas untuk digunakan dalam
penulisan.

Berkebolehan membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca kepada bahasa
ibunda.

24
PROSEDUR PERLAKSANAAN PENGAJARANKAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN

Mula-mula murid
diperkenalkan
dengan undang-
undang atau
hukum-hukum
Murid-murid diminta tatabahasa. Guru memberikan
membina ayat dengan penerangan tentang
menggunakan senarai hukum tatabahsa
perbendaharaan kata diikuti dengan
berdasarkan hukum contoh.
tatabahasa yang telah
dipelajari.

Pembelajaran dalam Murid perlu


bahasa kedua senarai menghafaz
perbendaharaan kata hukum-hukum
dipasangkan dengan tatabahasa
makna dalam bahasa supaya tidak
kedua tersebut. berlaku
Kemudian murid- kesilapan.
murid diberikan
senarai
perbendaharaan
kata yang perlu
dilafaz.

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PENGAJIAN KAEDAH TATABAHASA TERJEMAHAN

KEBAIKAN KELEMAHAN

25
4.3.3 KONSEP KAEDAH TERUS

Menurut salleh mohd


akib (1975), kaedah Menurut kamarudin hj.
terus ini ialah kaedah Husin (1988), kaedah
pengajaran secara ini mengutamakan
perbualan untuk prinsip mengajar
memperkenalkan berdasarkan psikologi
bahasa kedua kepada kanak-kanak.
kanak-kanak.

CIRI-CIRI KAEDAH TERUS (RAJA MUKHTARUDDIN)

Menggunakan
banyak perkara
baharu dalam
pelajaran-pelajaran Pengajaran Tatabahasa
yang sama supaya tatabahasa ditunjukkan
bahasa itu menjadi dan kosa melalui
natural dan kata secara penyampaian
perbualan biasa lisan. visual
dapat digalakkan.

Penggunaan Menyediakan banyak


kosa kata dan Tatabahasa latha mendengar dan
struktur diajar mengajuk sehingga
bahasa melalui bentuk-bentuk bahasa
keadaan itu dapat digunakan
sehari-hari.
secara automatik.

26
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH TERUS

KEBAIKAN KELEMAHAN

Sangat sesuai Memerlukan


dipelajari oleh masa yang
kanak-kanak. panjang.

Cirinya yang Kemahiran


sama dengan membaca tidak
cara menguasai boleh dilakukan
bahasa ibunda serentak dengan
kanak-kanak. kemahiran lisan.

Murid-murd
lemah akan
ketinggalan.

4.3.4 KAEDAH AJUK HAFAZ

Kaedah ini kadang-kala akan disebut sebagai kaedah


informal -drill. Pengajaran adalah secara demonstrasi dan
latih tubi.

Tatabahasa diajar secara induktif atau


melalui ayat-ayat contoh. Tatabahasa diajar
secara menghafaz.

Rakaman dialog boleh


diadakan sebagai alternatif
latih tubi yang berulang kali.

Guru harus
menyediakan aktiviti
yang bersesuaian

27
4.3.5 KAEDAH KOD-KOGNITIF

Berasaskan pendapat golongan mentalis yang


melihat bahasa sebagai satu kreativiti mental

Menekankan bentuk dan makna

Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa


seharusnya mengetahui sistem bahasa yang didasarkan
pada hukum-hukum dan norma-norma tertentu.

Dengan adanya pengetahuan sedemikian memungkinkan seseorang


itu dapat mempelajari bahasa itu dengan berkesan.

CIRI-CIRI PENTING KAEDAH KOD-KOGNITIF

•Perhatian diberikan kepada kemahiran


membaca dan menulis.
Kemahiran lisan kurang diberikan •Aspek yang menjadi tumpuanutama ialah
penekanan. sintaksis dan diikuti oleh morfologi dan fonologi.

Pembelajaran tatabahasa •Murid-murid mesti mempunyai pengetahui


diterapkan secara langsung yang pengetahuan tentang tatabahasa yang hendak
boleh dilakuka melalui pendekatan dipelajari.
deduktif.
•Pengertian dan huraian dalam sesuatu pengajaran
dan pembelajaran bahasa perlu diwujudkan.
Mementingkan makna

Proses pengajaran dan pembelajaran mestilah berupaya menggalakkan murid menggunakan


sebanyak mugkin kemampuan kreatif

•Dalam menghuraikan bahasa kaedah ii menggunakan aplikasi tatabahasa transformasi -generatif.

Kaedah ini merupakan satu kaedah tradisional, oleh itu kaedah ini ada kebaikan dan kelemahannya .

28
4.3.6 KONSEP KAEDAH LINGUISTIK

Kaedah mengajar Pengetahuan bahasa


bahasa moden murid-murid harus
Bahasa ibunda
secara saintifik, tertumpu kepada
dan bahasa-
iaitu dengan bentuk dan ungsi
bahasa lain.
membandingkan bahasa itu di samping
antara dua bahasa. aspek-aspek lain.

Kaedah ini
mendahulukan Mendahulukan Kaedah ini
bentuk daripada bentuk makna. mementingkan
makna. pertuturan dan
membenarkan
penggunaan bahasa
yang telah diketahui
oleh murid.

Dalam konteks
ini pengetahuan
pengetahuan
fonetik adalah
sangat penting.

4.3.7 KAEDAH ORAL-AURAL

KONSEP KAEDAH ORAL-AURAL

Kaedah mendengar dan Menggunakan dialog untuk


kemudiannya bertutur. dihafaz dan diikuti secara ajukan.

Latih tubi dan dialog dijalankan


dalam cara yang realistik
memberi perhatian kepada
intonasi yang betul.

29
PROSEDUR PENGAJARAN KAEDAH ORAL-AURAL

Guru
memperdeng
arkan
sebutan
penutur jati
melalui pita
Latihan diberikan rakaman. Murid-murid diminta
kepada murid pada menyebut perkataan
sesi akhir atau rangkaian kata
pengajaran apabila yang didengari
murid-murid sudah daripada pita
mahir membaca rakaman sehingga
teks. lancar.
Prosedur
pengajaran
kaedah oral-
aural
Akhir sekali Aktiviti ini
diberikan teks boleh
untuk dibaca dijalankan
oleh murid- dalam bentuk
murid. Apabila murid sudah kumpulan
mahir meyebut
perkataan atau rangkai
kata, baharulah latih
tubi pola-pola ayat
berdasarkan struktur
bahasa yang diberikan
kepada murid.

30
4.3.8 KAEDAH BAHASA KOMUNITI

KONSEP KAEDAH BAHASA KOMUNITI

Berkait rapat dengan amalan pengajaran bahasa


asing yang disebut sebagai teknik kemanusiaan.

Teri bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri


bunyi,ayat dan model-model abstrak bahasa.

Proses
keseluruhan
individu

Proses Proses
kebudayaan pendidikan

PROSES
SOSIAL
DALAM
BAHASA.

Proses Proses
komunikasi interpersonal

Proses
perkembangan

31
PERINGKAT KAEDAH BAHASA KOMUNITI

•Dikenali sebagai peringkat kelahiran , iaitu semangat


PERINGKAT PERTAMA
kekitaan dan perasaan keselamatan dipupuk

•Kebolehan murid meningkat maju dan mula berdikari


PERINGKAT KEDUA
daripada ibu bapa

PERINGKAT KETIGA •Murid bebas bercakap dan membina identiti sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT •Murid rasa selamat untuk dikritik.

•Murid memajukan gaya dan pengetahuan linguistik


yang sesuai. Pada peringkat ini murid mengetahui
PERINGKAT KELIMA
semua yang diajar dan bersedia menjadi pengajar
kepada orang lain.

32
4.4 TEKNIK

Teknik merupakan taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran


yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu
III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi
yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai
sesuatu objektif. Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar.
Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan ,improvisasi, permainan
bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik
ketika belajar mengikut aras pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan
yang digunakan juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan
menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang
mementingkan isi kandungan ataupun proses. Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis
teknik:

kuiz sumbangsaran

perbahasan soaljawab

inkuiri simulasi

bercerita drama

latih tubi perbincangan

permainan forum
bahasa

Teknik
main pengajaran demontrasi
peranan bahasa

33
4.4.1 MAIN PERANAN

KONSEP MAIN PERANAN

Teknik yang melibatkan gambaran-


gambaran murid terhadap sesuatu
situasi atau keadaan dan Pengalaman secara spontan
melakonkannya tanpa sebarang
bantuan skrip.

AKTIVITI MAIN PERANAN.

Bermula daripada Pelakon hendaklah Murid dapat


satu situasi yang memikirkan cara mengukuhkan
direka oleh guru. penyelesaian masalah kemahiran pertuturan
yang timbul. dan melatih diri untuk
menyelesaikan
•Murid-murid masalah.
•Tempoh
akan
lakonan
melakonkan •Membolehkan
hendaklah
situasi watak murid-murid
pendek.
tertentu. memahami lebih
mendalam kan
tujuan, sikap dan
tingkah laku orang
lain dalam situsasi
yang sebenar.

34
4.4.2 SIMULASI

Untuk
menguasai
kemahiran

Untuk
membina
pemikiran
analitis dan
kritis

Untuk
membina
sikap positif

Untuk
mengaitkan
isi pelajaran
dengan aspek
afektif.
Untuk
membina
situasi
sebenar
dalam bilik
darjah.

Untuk
mempelbagai
kan aktiviti
pembelajaran.

35
KEBAIKAN AKTIVITI SIMULASI

Memberi peluang kepada pelajar memikir cara penyelesaiann


masalah.

Meningkatkan kemahiran pertuturan.

Menggalakkan interaksi di antara murid-murid.

Mengasah bakat murid

KELEMAHAN AKTIVITI SIMULASI

Perasaan gelisah yang mungkin timbul dalam kalangan murid.

• Prestasi pelakon ynag kurang menarik akan mewujudkan suasana yang


membosankan.

Kejayaan akttiviti simulasi bergantung kepada persediaan yang rapi.

• Hanya murid yang terlibat akan memperolehi pengalaman.

36
4.4.3 BERCERITA

Guru menyampaikan isi pelajaran


KONSEP BER-
dengan penggunaan teknik
CERITA. bercerita. penyampaian cerita
boleh melalui lisan, atau murid-
murid mendengar atau menonton
sambil mendengar cerita dengan
menggunakan patung-patung
(boneka)

memotivasikan
serta
menimbulkan
minat murid
untuk belajar.

memperkayakan
melatih murid
pengalaman murid
menguasai
melalui perkaitan TUJUAN BERCERITA kemahiran
cerita dengan
mendengar
kehidupan mereka.

mewujudkan
suasana
pembelajaran
yang seronok dan
gembira.

37
4.4.4 TEKNIK LATIH TUBI

Pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

Tujuan- untuk mencapai tahaf penguasaan kemahiran tersebut dan disamping itu menjamin
kekekalannya.

Amat sesuai dilaksanakan untuk Ia juga boleh digunakan untuk mencapai


pengajaran bahasa kedua sesuatu kemahiran

KELEMAHAN TEKNIK LATIH TUBI

Menghadkan kebebasan
berfikir dan menumpukan
daya kreatif murid-murid

Pengajaran isi kandungan hendaklah


berturutan.

Teknik hendaklah berada


dalampenguasaan guru agar tidak
mendatangkan kebosanan.

38
4.4.5 PERMAINAN BAHASA

KONSEP Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa
PERMAINAN melalui teknik permainan.
BAHASA

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar


memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai


kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.

Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa
tersebut iaitu :

Merangsang interaksi verbal pelajar

Menambah kefasihan dan keyakinan

Menyediakan konteks pembelajaran

Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

39
4.4.6 TEATER BERCERITA

Pencerita akan
Melibatkan
menyampaikan Teknik ini
seorang Guru atau Murid lain
cerita, dan sesuai untuk
pencerita dan murid boleh boleh mencatat
pelakon genre drama,
digabungkan menyediakan maklumat
beraksi cerpen, novel,
dengan skrip terlebih berdasarkan
mengikut watak dan prosa
beberapa dahulu. arahan guru.
dalam cerita klasik.
orang pelakon.
tersebut.

4.4.7 DEKON

40
4.4.8 MESTAMU

• Murid melagukan sajak Boleh dilakukan secara


atau puisi tanpa muzik. berpasangan.

• Gunakan melodi lagu yang Seorang murid akan


diminati/popular dan mendeklamasikan sajak,
gantikan seni kata/lirik lagu manakala pasangannya
itu dengan sajak atau puisi akan melagukan sajak
yang dipelajari. tersebut

• Teknik ini sesuai untuk


• Murid lebih mudah
puisi seperti sajak, pantun,
mengingati sajak/puisi. syair, gurindam, dan seloka.

41
4.5 BANDING BEZA ANTARA STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
PENGAJARAN BAHASA

STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK


Pertimbangan Abstrak Terdapat Lebih khusus,
terhadap teori, pemeringkatan spesifik dan tidak
pendekatan, kaedah terbatas
dan teknik penggubalannya.
pengajaran
KONSEP Rancangan yang Cara guru Mempunyai Sebenar-
teratur untuk mendekati murid susunan benarnya berlaku
mencapai matlamat di dalam bilik
darjah dengan
berdasarkan
langkah-langkah
atau aktiviti-
aktiviti
pengajaran.
JENIS -Strategi -Pendekatan induktif -Kaedah natural Teknik drama:
berpusatkan guru -Pendekatan -Kaedah -Mimos
-Strategi deduktif tatabahasa -Improvisasi
berpusatkan murid -Pendekatan eklektif terjemahan -Simulasi
-Strategi -Pendekatan -Kaedah terus -Pantomin
berpusatkan bahan komunikatif -Kaedah ajuk -Teater bercerita
-Strategi -Pendekatan tematik hafaz -Mestamu
berpusatkan -Pendekatan -Kaedah -Dekon
masalah konstruktivi-sme linguistik -Main peranan
-Pendekatan masteri -Kaedah kod Teknik
-Pendekatan kognitif Permainan
kontekstual -Kaedah bahasa Bahasa:
komuniti -Teknik latih tubu
-Kaedah oral- Teknik bercerita
aural

42
4.6 KESIMPULAN

Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk kepada
cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Maka dengan
itu dapatlah dikenalpasti akan kepentingan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran
di mana sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah
mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Ini kerana, dengan mengetahui latar
belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan
menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang
sama terhadap murid yang berlainan. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan tidak akan berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal
pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan
menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku secara efektif. Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu
strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk
mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan
masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran
pembelajaran yang paling maksimum

43
TUGASAN 3:
PEMBENTANGAN
KUMPULAN

44
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Tahun: Satu

Tema: Pertanian dan penternakan

Kemahiran: membaca

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


2.1 asas membaca dan memahami 2.1.1 membaca dengan sebutan yang betul:
 Vokal
 Konsonan
 Suku kata
 perkataan

Objektif

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i. mengenal huruf vokal dan konsonan.


ii. Menyebut perkataan yang menggunakan huruf vokal dan konsosnan dengan betul.
iii. Membaca dan memahami perkataan yang disebut.

Bahan Bantu Belajar

Jenis
1 Komputer riba
2 LCD
3 Lirik lagu

Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Masa Pembelajaran
Langkah 1 -Nyanyian lagu Pak Atan  Murid mendengar lagu BBB:
(15 minit) Ada Ladang. Pak Atan Ada Ladang. -Lirik lagu.
 Murid menyanyi -Komputer riba
beramai-ramai -Pembesar suara
berpandukan lirik yang
dipaparkan dengan
iringan muzik.
 Murid diminta menyebut
dan mengulang berkali-
kali vokal a,e,i,o,u yang
terdapat dalam lagu.

45
 Setiap kumpulan murid
diberi tugasan untuk
mencatat nama haiwan
bermula dengan vokal
a,e,i,o,u.
 Murid perlu mengenal
pasti haiwan yang
bermula dengan huruf
konsonan yang terdapat
dalam video.
 Wakil murid menyebut
nama haiwan tersebut
contohnya a-ayam,
arnab dan angsa.

46
47
48
BIBLIOGRAFI

BUKU

Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,Kaedah dan
Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Adenan Ayob dan Khairuddin Mohammad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng ( 1993). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd.

Hajah Noresah bt Bajarom et.al (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga . Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan, Dokumen


Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 1. (2016), Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1986). Kaedah Pengajaran Bahasa
Melayu. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu II. Selangor Darul Ehsan: Oxford
Fajar Sdn Bhd.

INTERNET

Afiqah Nooh. (2011, November 12). Hubungkait Antara Strategi, Pendekatan, Kaedah dan
Teknik. Retrieved from : https://www.slideshare.net/loverskaka/strategipendekatan-
kaedah-dan-teknik

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik. Retrieved from:


http://www.teachersrock.net/pdkt.htm

49
LAMPIRAN

50

Anda mungkin juga menyukai