Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU

Guru merupakan aset penting yang cukup bernilai untuk membina generasi bangsa dan negara yang berilmu dan berwawasan. Seiiring dengan keperluan ini, guruguru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap, ketahanan diri yang kuat serta sahsiah yang terpuji. Pembinaan sahsiah dan pembentukan peribadi menjadi seorang guru yang berkualiti bukanlah dalam tempoh yang singkat. Ia terlahir daripada usaha, pengalaman yang luas, pengetahuan yang tinggi serta keinginan untuk terus berjaya dalam kehidupan.

Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu usaha ke arah pembentukan kualiti insan guru selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Kursus ini merupakan kursus wajib kepada setiap pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kehadiran sepanjang program diambil kira untuk memastikan pelatih layak menduduki peperiksaan akhir semester nanti.

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah. Pengalaman dan pengetahuan yang dikutip sepanjang program diperoleh secara santai dan tidak formal. Aktiviti yang dirancang secara khusus dalam program Bina Insan Guru BIG ini memberi pengalaman yang akan melahirkan guruguru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus

globalisasi. Pelajar dapat mengenal personaliti diri, memupuk sikap berani dan berkeyakinan tinggi serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Antara objektif yang ingin dicapai daripada pelaksanaan Kursus Bina Insan Guru (BIG) ialah:

1.

Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti

2. 3.

Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

4.

Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

5.

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

6.

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani ( spritual ) dan sosial.

7.

Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

8.

Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM BIG PPG

Peraturan dan arahan tetap perkhemahan

program Bina Insan Guru perlu

dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif. Peraturan dan arahan tetap kepada peserta adalah seperti berikut:

1.

Mematuhi arahan, jadual aktiviti dan penglibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG.

2.

Hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain.

3.

Hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan

4.

Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk waktu solat.

5.

Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan.

6.

Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)

7.

Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan.

8.

Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.

9.

Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.

LAPORAN AKTIVITI

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib diikuti oleh setiap pelajar KPLI j-QAF. Program ini dibahagikan kepada dua siri berikutan jumlah pelajar yang ramai. Siri pertama melibatkan kumpulan Pendidikan Islam 1, 2 dan 3 sementara siri kedua pula melibatkan kumpulan Bahasa Arab 1, 2, dan 3. Lokasi terpilih untuk program BIG kali ini ialah Tanjung Uda River Resort yang bertempat di Sitiawan, Perak. Keadaan yang tenang, nyaman dan berhampiran laut sesuai dijadikan tempat perkhemahan.

Program ini berlangsung selama 4 hari 3 malam iaitu bermula 27 Mei hingga 30 Mei 2012. Terdapat banyak akitiviti yang telah dijalankan merangkumi aktiviti kecergasan fizikal, ketahanan mental, keyakinan diri, penilaian bakat dan penyampaian ilmu secara langsung amahupun tidak langsung. Seramai 62 orang peserta yang terlibat terdiri daripada 18 pelatih lelaki dan 44 pelatih perempuan. Bagi peserta yang tidak dapat menghadirkan diri, mereka telah memaklumkan pada pihak IPG sebelum tarikh program ini berlangsung.

Semua peserta melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan dan memberi komitmen yang baik kepada urusetia dan jurulatih. Majlis Penutupan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik iaitu . Selepas memberikan persembahan sempena Malam Kebudayaan, peserta mendapat pujian daripada beliau mengenai komitmen tinggi yang diberikan ketika persembahan kerana semua peserta kelihatan yakin dan berani tanpa rasa kekok dan rendah diri. Program ini telah berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang. Berikut merupakan laporan aktiviti harian:

Hari Pertama - 27.8.2012 (AHAD)

Aktiviti 1 Perjalanan ke tempat perkhemahan

Mengikut surat makluman yang dihantar ke sekolah, kami dikehendaki berkumpul di dataran hadapan pejabat IPG Teknik tepat jam 9.30 pagi kerana bas akan bertolak jam 10.00 pagi. Sebelum bertolak, kehadiran setiap pelajar diambil oleh Ketua Kumpulan. Bagi pelajar yang tidak dapat mengikuti program ini, mereka telah memaklumkan kepada pihak GERKO. Namun begitu, masih ada pelajar yang tidak dapat dihubungi dan tiada makluman diberikan. Atas beberapa kesulitan, kami bertolak agak lewat seperti yang dirancang iaitu kira-kira jam 12.00 tengah hari dengan menaiki 2 biji bas. Dalam perjalanan, kami singgah di Perhentian R & R Tapah untuk

menunaikan solat dan makan tengah hari. Kami tiba di Tanjung Uda Resort kira-kira jam 4.40 petang. Kedatangan kami disambut oleh pemilik resort tersebut.

Aktiviti 2 : Taklimat penyediaan tapak dan mendirikan khemah

Kami diberi taklimat ringkas cara-cara mendirikan khemah. Selepas dibahagikan kawasan tapak perkhemahan Lelaki dan Perempuan, kami mula membersihkan kawasan khemah dan mencari tempat sesuai untuk mendirikan khemah. Setiap satu khemah terdiri daripada 4 orang pelatih. 2 orang jurulatih memberi tunjuk ajar sehinggalah setelah 30 minit berlalu, akhirnya kami Berjaya mendirikan khemah dengan baik, tersusun dan kemas. Kami sangat berpuas hati dan sungguh teruja meletakkan beg masing-masing ke dalam khemah.

Aktiviti 3 : Aktiviti Keselamatan dan Keyakinan di Air

Kami dibahagi kepada 3 kumpulan iaitu 1 kumpulan peserta lelaki dan 2 kumpulan peserta perempuan. Setiap kumpulan mempunyai seorang fasilitator yang akan mengajar beberapa teknik keselamatan membina keyakinan di dalam air. En. Ishak Othman telah memberikan sedikit taklimat mengenai cara pemakaian jaket keselamatan dan keselamatan di dalam air. Beliau mengingatkan peserta supaya berani dan cabar diri sendiri untuk menjalankan aktiviti ini. Saya menyertai kumpulan yang diselia oleh Cik Sofiazi. Pada awalnya, kami belajar mengapungkan diri di kawasan rendah sehinggalah kami dibawa ke dasar yang lebih dalam dan berenang sendiri menggunakan jaket keselamatan untuk kembali ke darat. Kami sangat teruja dan seronok melakukan aktiviti yang menenangkan jiwa dan secara tidak langsung membina keyakinan diri untuk aktiviti berkayak esok hari.

Aktiviti 4 : LDK 1 (Ice Breaking) Pada sebelah malam pula selesai solat isya bermulanya LDK 1 yang dikendalikan oleh Puan Jumiah. Peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan seterusnya agihan tugasan memasak dan aktiviti esok dibahagikan pada malam itu. Pelantikan penghulu dan penghuluwati juga dimulakan pada malam itu iaitu Faliq Mohaini sebagai penghulu dan Mardhiah Hayati sebagai penghuluwati.

Hari Kedua 28.5.2012 (ISNIN)

Aktiviti 1 : Menaikkan Bendera/Lagu Patriotik/ Riadah

Seawal jam 7 pagi setelah selesai kuliah subuh, kami berkumpul di padang untuk aktiviti menaikkan bendera dan menyanyikan lagu Negaraku. Semua peserta kelihatan bersemangat kerana tidak sabar-sabar untuk memulakan aktiviti mencabar pada pagi itu. Riadah pagi bermula dengan senaman ringan dan seterusnya berjoging sepanjang 500 meter di kawasan sekitar chalet dan kampung berhampiran. Aktiviti 2 : Aktiviti Air (Kayak)

Aktiviti Air pada hari ini melibatkan Kumpulan B sementara kumpulan yang telah ditugaskan daripada Kumpulan A ditugaskan untuk memasak makanan tengah hari. Ini kerana, mengikut kata jurulatih, aktiviti air mengambil masa yang agak lama berbanding aktiviti. Kami memulakan aktiviti tepat jam 8.00 pagi. Setiap pelatih dikehendaki memakai jaket keselamatan dahulu sebelum taklimat diberikan. Sebelum memulakan aktiviti kayak, kami diperkenalkan terlebih dahulu dengan jenis-jenis kayak dan bahagian-bahagian yang ada pada kayak. Kayak yang bakal kami gunakan mempunyai bahagian bawah yang rata. Menurut jurulatih, bahagian bawah kayak yang rata akan lebih stabil berbanding bahagian bawah kayak yang tirus dan tajam. Kayak seperti itu biasanya digunakan oleh mereka yang mahir atau menyertai sesuatu pertandingan kerana ia dapat meluncur lebih laju di dalam air. Setelah itu kami dikehendaki memilih pasangan untuk berkayak. Bagi pelatih yang kurang berani dan tidak pandai berenang, jurulatih menetapkan pasangan mereka ialah pelatih lelaki. Kami diberikan pedal seorang satu dan diajar bagaimana memegang dengan betul, mengayuh ke hadapan, berhenti dan berundur. Semasa berkayak, kami tidak dibenarkan melepasi leader sementara _________ pula haruslah berada di bahagian belakang sekali iaitu sebagai kayak yang terakhir. Setelah semua pelatih memahami apa yang dipelajari, kami menurunkan kayak ke tasik. Walaupun kayak tersebut agak berat, tetapi berkat kerjasama pasukan, kami

dapat menyelesaikan tugas itu dengan cepat. Kami belajar bagaimana hendak berkumpul dan mengikut arahan ketua ketika masing-masing berada dalam kayak sendiri. Perjalanan kayuhan kayak kami dikira agak jauh iaitu lebih kurang 2 kilometer. Bagi saya yang baru pertama kali menaiki kayak, pastinya aktiviti ini sangat menarik dan mengujakan. Kami berhenti di kawasan jeti dan jurulatih meminta kami membuat sedikit refleksi tentang apa yang telah kami lalui. Dalam perjalanan pulang, kami mempelajari bagaimana menyelamatkan rakan yang terbalik kayaknya. Aktiviti 3 : LDK 2 Ujian Personaliti dan Kaitan Kerjaya Guru

Slot Ujian Personaliti dan Kaitan Kerjaya Guru telah dikendalikan oleh Pn. Jumiah Mustapa. Pada awalnya kami diberikan soalan berkaitan kerjaya seterusnya mengira markah mengikut kumpulan personaliti yang tersedia. Terdapat 6 personaliti yang dimaklumkan oleh Pn Jumiah mengikut John R. Holland iaitu Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising dan Conventional. Hasil kajian mendapati majoriti peserta terdiri daripada golongan Sosial dan ini bertepatan dengan kerjaya seorang guru yang memerlukan personaliti yang ramah, suka menolong, rajin dan penyayang. Di samping itu, beliau juga menerangkan personaliti lain untuk memberi gambaran kepada peserta mengenali murid-murid dan cara menghadapi mereka. Aktiviti seterusnya ialah mencipta nama kumpulan, visi, misi dan logo untuk dilukis pada bendera kumpulan masing-masing. Masa diberikan 15 minit untuk kami menyiapkan tugasan sebelum membentangkannya di hadapan. Terdapat 4 kumpulan bersama bendera masing-masing yang bersemangat membawa visi dan misi mereka. Kumpulan tersebut ialah Smarties, We Ready, Mahabbah dan Unity. Pembahagian kumpulan dilakukan secara rawak dan tidak mengikut kelas. Ini memberikan kelebihan kepada kami untuk mengenali ahli kumpulan lain dengan lebih rapat lagi.

Aktiviti 4 : LDK 3 - Martabat Guru

Untuk LDK 3 pula, slot perbincangan dan pembentangan mengenai martabat seorang guru. Sebelum itu, Pn. Jumiah meminta kami menyaksikan beberapa video

motivasi untuk menaikkan semangat kami dan bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.

Hari Ketiga 29.5.2012 (SELASA)

Aktiviti 1 : Kawad Kaki

Aktiviti riadah pada pagi ini selepas upacara menaikkan bendera dan nyanyian lagu Negaraku ialah kawad kaki. Setiap kumpulan diberi bimbingan untuk melakukan latihan kawad kaki. Pserta diajar langkah-langkah asas dalam kawad dan disiplin yang mesti dipatuhi. Kumpulan saya pula pada waktu ini dikecualikan kerana terlibat dengan tugasan menyediakan sarapan pagi. Seawal jam 6 pagi kami telah melakukan persediaan untuk membuat bihun goreng dan air teh.

Aktiviti 2 : Aktiviti Darat (Ikatan Asas dan Kembara)

Pada hari ini, tiba giliran kami pula untuk menyertai aktiviti darat iaitu jungle trekking. Pada jam 8.00 pagi kami diberi taklimat oleh En. Ab. Rahim mengenai teknik ikatan dalam pengakap. Pelbagai teknik ikatan yang dipelajari seperti teknik ini sangat diperlukan kerana penggunaan tali merupaka perkara asas yang biasa dilakukan jika melakukan aktiviti jungle trekking. Sebelum bertolak kami diberi beberapa tugas iaitu, mencatatkan bearing bagi setiap cek point, menyenaraikan dan menggambarkan 10 jenis serangga dan tumbuhan yang dijumpai, melukis trek, dan menghasilkan kraf tangan daripada bbahan terbuang yang dijumpai di dalam hutan nanti. Oleh itu, kami membahagikan tugas untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Saya ditugaskan untuk membaca kompas bagi setiap cek point. Kami bertolak ke Trek Merentas Hutan, Bukit Engku Busu dengan menaiki bas. Kami sungguh teruja untuk mendaki bukit. Ketua kumpulan mengingatkan tugas masing-masing. Kami memulakan pendakian dengan penuh semangat. Kami saling tolong-menolong rakan sekumpulan jika terjumpa sesuatu yang berkaitan dengan 9

tugasan kami itu tadi. Semasa menuruni bukit, kawasan yang curam agak mencabar kekuatan kaki dan tangan. Banyak ikatan tali yang digunakan. Kira-kira jam 12.15, perjalanan kami berakhir. Kami pulang semula ke tapak perkhemahan untuk menyiapkan makanan tengah hari.

Aktiviti 3 : LDK 4 (Profesion Guru)

Slot LDK 4 pula dikendalikan oleh En. Ghazali bin Ismail. Beliau memberikan sedikit penerangan asas dan beberapa maklumat penting mengenai profesion perguruan. Antaranya etika pemakaian, sikap dan peribadi seorang guru dan pengalaman beliau sebagai seorang penjawat awam dan guru. Seterusnya, kami diberikan tugas untuk membuat perbincangan mengenai profesion perguruan dan membentangkannya di hadapan semua peserta. Antara tugasannya ialah, mengapa memilih profesion perguruan, kelebihan menjadi guru, nilai positif yang perlu ada pada seorang guru. Setelah selesai perbincangan ini, hasilnya kami dapat mengetahui banyak perkara mengenai profesion perguruan seperti kebaikan, keistimewaan, cabaran dan kekangan yang perlu dihadapi oleh seorang guru.

Aktiviti 4 : Malam Kebudayaan

Aktiviti Malam Kebudayaan merupakan acara kemuncak bagi Program Bina Insan Guru Siri 1 kali ini kerana Jemputan Khas Timbalan Pengarah IPG KPT telah sudi menghadiri Majlis Penutupan dan Malam Kebudayaan kami. Bertempat di dewan serbaguna Tanjung Uda River Resort, perancangan aktiviti Malam Kebudayaan telah dapat dilaksanakan dengan baik. Acara bermula seawall jam 9 malam dan berakhir kira-kira 10.30 malam. Semua kumpulan telah melakukan persiapan awal seperti yang ditugaskan oleh penghulu dan penghuluwati. Semua peserta telah memberikan kerjasama yang baik pada petang itu dengan menyediakan memberi surat jemputan kepada tetamu khas, menghias dewan dan persiapan tempat dan tidak ketinggalan juga, kami sempat melakukan latihan persembahan dalam tempoh yang singkat. Kami 10

sungguh berbesar hati kerana mendapat pujian daripada urusetia dan Timbalan Pengarah mengenai persembahan kami yang pelbagai dan keluar daripada kepompong malu dan segan. Antara persembahan kami ialah sketsa, sktesa muzikal, choral speaking dan dikir barat. Bagi acara penutupan pula, penyampaian hadiah untuk setiap aktiviti telah diberikan pada malam itu.

Hari Keempat 30.5.2012 (RABU)

Aktiviti 1 : Riadah

Aktiviti riadah dan melipat bendera pagi ini dikendalikan oleh En. Ab. Rahim. Beliau mengajar kami beberapa teknik dan disiplin dalam pengakap bagaimana cara melipat bendera dengan betul sebelum melakukan sedikit senaman ringan.

Aktiviti 2 : Gotong-Royong/Break Camp

Penghuluwati telah membahagikan tugasan membersihkan kawasan mengikut kumpulan. Kami melipat kembali khemah-khemah sebelum membersihkan tapak dan keseluruhan kawasan dengan kemas dan elok seperti sedia kala.

Aktiviti 3 : Refleksi dan Penilaian Kursus

Untuk aktiviti refleksi dan penilaian kursus, semua peserta dikehendaki berkumpul dengan mentor kelas masing-masing. Saya sebagai ahhli Kumpulan Pendidikan Islam 1 berkumpul dengan rakan-rakan lain untuk membincangkan sedikit refleksi dengan Tuan Hj. Zaimuddin b Hussein. Setiap peserta dikehendaki mengutarakan pendapat masing-masing. Alhamdulillah, ustaz kelihatan berpuas hati dengan penglibatan kami sepanjang program ini.

11

REFLEKSI KESELURUHAN (ANALISIS SWOT)

Kekuatan

Program Bina Insan Guru Siri 1 KPLI j-QAF ini telah berjalan dengan lancar selama 4 hari. Peserta yang terlibat terdiri daripada kumpulan Pendidikan Islam 1, Pendidikan Islam 2 dan Pendidikan Islam 3. Banyak pengalaman yang telah dikongsi bersama serta maklumat yang bertambah mengenai profesion perguruan masa kini. Segala input yang telah diterap sepanjang aktiviti memberi kesan positif untuk diaplikasikan dalam pembinaan kerjaya yang kukuh dan mantap.

Banyak kelebihan yang dapat dikutip daripada program ini. Pertamanya, program ini telah memberi pengalaman yang cukup berharga kepada saya dalam aktiviti perkhemahan. Pengalaman dalam setiap aktiviti meneguhkan lagi ketahanan diri sebagai seorang guru seperti giliran berjaga malam, memasak sendiri, tidur berhimpit, pengurusan masa yang padat dan banyak lagi. Sikap tolak ansur dan kesabaran sangat diperlukan untuk menguatkan emosi dan spiritual.

Selain itu, keperluan kerjasama dalam pasukan juga dapat dirasakan dalam setiap aktiviti. Ini kerana, setiap tugasan hanya diberikan masa yang singkat untuk disiapkan. Hanya melalui kerjasama sahaja, segala-galanya dapat berjalan dengan baik. Malah setiap peserta juga memberikan kerjasama yang cukup baik dengan penghulu dan penghuluwati. Segala tugasan dapat disiapkan dengan cepat dan tepat. Bagi persembahan malam kebudayaan pula, semua peserta bersikap terbuka untuk melakukan yang terbaik sehingga mendapat pujian daripada Timbalan Pengarah.

Pengalaman dalam aktiviti berkayak dan kembara juga memberi kelebihan kepada peserta untuk merasai betapa kuatnya cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang guru. Setiap cabaran dilakukan dengan berani dan bersungguh-sungguh sehingga hasilnya kekuatan emosi dan ketahanan diri dapat dipertingkatkan. Begitulah

12

nilai seorang guru di mata masyarakat, perlunya kekuatan bukan hanya pada rohani sahaja tetapi juga ketahanan fizikal.

Seorang guru juga dituntut untuk terus berfikiran positif dan inovatif. Setiap aktiviti perbincangan dan LDK pasti ditekankan nilai inovatif. Jika guru sentiasa berfikiran kreatif, kritis dan inovatif pastinya objektif pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan.

Kelemahan

Di sebalik kelebihan yang diperolehi, terselit juga beberapa kelemahan yang dikenalpasti. Antaranya ialah persediaan peserta untuk menyertai program ini cukup kurang. Hal ini dapat dibuktikan apabila setiap aktiviti yang dijalankan seperti baru diketahui oleh peserta. Malah maklumat setiap slot juga tidak diambil secara jelas kerana peserta tidak menjangkakan perlunya membuat laporan selepas aktiviti ini dijalankan. Pengajarannya, peserta perlulah berasa bertanggungjawab untuk

mendapatkan maklumat mengenai program BIG supaya dapat bersedia sepenuhnya.

Selain itu, pembaziran makanan amat mendukacitakan. Menurut pengurus makanan, peruntukan makanan disediakan seperti biasa tetapi untuk kumpulan kali ini, pembaziran banyak dilakukan kerana makanan tidak dihabiskan setiap kali

dihidangkan. Kumpulan yang menyediakan makanan seharusnya cuba untuk mengurangkan kuantiti masakan pada hidangan seterusnya.

Kelemahan yang lain pula ialah apabila kurangnya rasa tanggungjawab peserta terhadap peserta-peserta lain. Contohnya apabila tiada sebarang maklumat kepada pihak maktab dan ahli kumpulan daripada seorang peserta sehingga menyebabkan kami lewat bergerak ke tempat perkhemahan akibat menunggu dan cuba

menghubunginya. Oleh itu, penting bagi setiap orang untuk rasa bertanggungjawab dan prihatin dengan kewajipan kepada orang sekeliling terutamanya apabila melibatkan ramai orang. 13

Peluang

Program BIG yang bertempat di Tanjung Uda River Resort ini merupakan kawasan perkampungan yang tenang dan damai. Di sini, kami sungguh bertuah dapat menikmati keindahan alam dan udara yang segar serta laut yang tenang geloranya di waktu pagi. Peluang seperti ini memberikan semangat baru kepada kami untuk mengecas semula kekuatan diri dan rohani apabila pulang ke maktab kembali.

Selain itu juga, tugasan menyediakan makanan oleh setiap kumpulan memberikan peluang kepada kami merasai pelbagai jenis dan versi masakan daripada pelbagai negeri. Walaupun hidangan serba ringkas, namun kami cukup gembira dan berpuas hati kerana semua kumpulan berusaha menyiapkan makanan dengan sebaiknya. Malah, kami berpeluang mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat lagi di samping dapat mempelajari cara masakan secara langsung daripada mereka.

Ancaman

Dari sudut ancaman pula, secara keseluruhannya kami tidak menghadapi sebarang masalah besar. Hampir keseluruhan program berjalan dengan baik dan mengikut perancangan. Oleh kerana kami sedang mengikuti program perkhemahan di kawasan perkampungan, hanya ancaman nyamuk pada waktu senja dan malam yang memnggusarkan kami. Namun begitu, kami mengambil inisiatif dengan membakar sabut kelapa di sekeliling dewan. Sebelum masuk tidur pula, kami bekerjasama menyalakan unggun api di luar khemah.

Secara keseluruhannya, saya cukup bertuah dan berterima kasih kepada pihak maktab kerana memberi peluang kepada kami menatapkan diri dan sahsiah dengan menyertai program Bina Insan Guru kali ini. Banyak manfaat, ilmu dan pengalaman yang diterima. Semoga kami terus berusaha untuk menjadi guru yang terbaik demi mendidik harapan negara menjadi cemerlang dunia dan akhirat. 14

Anda mungkin juga menyukai