Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 1 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 1 AMBILAN

JANUARI 2014 : 18 21 Februari 2014 : Kem DAgroloka, Jelebu, Negeri Sembilan

Tarikh BIG Tempat

PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada tahun 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada prinsip Rukun Negara. Pembinaan insan guru adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa.

Seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dalam Model Konseptual Pendidikan Guru, elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberikan penekanan dalam proses pembentukan insane guru yang menyeluruh dan seimbang. Atas kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi.

Berdasarkan kepada rasional di atas, maka semua pelajar praperkhidmatan wajib mengikuti Program Bina Insan Guru sebagai satu syarat bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan Diploma Perguruan Malaysia.

Program ini mengandungi 3 tema utama:1. Konsep dan ciri-ciri dalam Pembinaan Insan Guru. 2. Pembangunan Insan guru 3. Peranan dan tanggungjawab Insan Guru.

Ketiga-tiga tema utama ini direalisasikan melalui satu pakej perkhemahan empat hari 3 malam. OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU KEM DAGROLOKA Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat:1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh pada ajaran agama. 2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup

bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan. 3. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. 4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan peserta. 5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan. 6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insane berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

LAPORAN PROGRAM Program Bina Insan Guru (B.I.G) merupakan program wajib bagi semua guru pelatih yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Pada 18-21 Februari 2014, guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Pendidikan Islam telah mengikuti program B.I.G di Kem DAgroloka, Jelebu, Negeri Sembilan. Kami telah diberikan taklimat awal sebelum bermulanya program ini dan dibahagikan kepada 8 ahli jawatankuasa yang terdiri daripada guru pelatih PISMP 1.01. Setiap ahli jawatankuasa telah diberikan tugasan masing-masing. Pada 18 Februari 2014 bersamaan hari Selasa merupakan hari pertama Program Bina Insan Guru (BIG) dengan peserta seramai 21 orang daripada semester 1 kursus Pendidikan Islam bermula. Peserta dikehendaki berkumpul di garaj bas tepat jam 7.00 pagi untuk mengangkat peralatan yang perlu dibawa. Pada pukul 7.30 pagi, semua peserta berkumpul di depan garaj bas IPG Kampus Pendidikan Islam untuk sesi taklimat sebelum bergerak ke Kem DAgroloka, Jelebu, Negeri Sembilan.
2

En Elias bin Abdul Kadir selaku pensyarah pengiring merangkap kem komander memberi taklimat ringkas berkenaan dengan peraturan dan perkara yang perlu dilakukan ketika keberadaan para peserta disana. Antara perkara penting ialah penggunaan telefon bimbit dilarang sama sekali sewaktu aktiviti sedang berlangsung. Peserta dikehendaki menyerahkan semua telefon bimbit kepada En Elias bin Abdul Kadir. Taklimat ini juga ada menekankan aspek disiplin dan larangan berwaspada semasa keberadaan peserta apabila tiba di Kem DAgroloka. Taklimat ini juga merupakan pendaftaran secara rasmi oleh beliau dengan mengira kecukupan peserta dan menyemak senarai nama setiap ahli. Pembahagian barang seperti topi dan tag

nama kepada peserta juga dilakukan sewaktu taklimat berlangsung. Setelah taklimat diberikan, bas bertolak dari IPG Kampus Pendidikan Islam agak terlewat sedikit 8.30 pagi. dan kami tiba di Kem DAgroloka kira-kira jam 12.00 tengah hari. Setelah sampai disana, kami dikehendaki untuk berkumpul dan membawa peralatan perkhemahan ke tapak khemah. Kami telah diarah untuk memasang khemah dan setiap khemah terdiri daripada 4 orang ahli. Pada sebelah petang pula, kami telah mengadakan aktiviti ice breaking di mana melibatkan semua guru pelatih dalam aktiviti tersebut. Pada sebelah malam pula, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 telah diadakan dan setiap peserta dikehendaki menjawab soalan Self Directed Search (SDS) untuk mengukur psikologi yang menggambarkan personaliti individu secara tidak langsung, contohnya, apabila seseorang itu meminati kerjaya sebagai pelukis, secara tak langsung menggambarkan individu berkenaan berpesonaliti Artistic. contoh lain, seseorang yang meminati kerjaya sebagai guru, secara tak langsung menggambarkan individu berkenaan berpesonaliti Social. Aktiviti pada hari pertama tamat kira-kira pada jam 10.30 malam dan kami diarahkan untuk makan malam dan masuk ke khemah masing-masing. Guru pelatih yang bertugas untuk berjaga malam pula ditugaskan untuk menjaga keselamatan perserta secara bergilir-gilir

berdasarkan jadual yang telah disediakan. Pada 19 Februari 2014 iaitu hari kedua kami berada di Kem DAgroloka seperti biasa kami diarahkan untuk bangun seawal 5.30 pagi untuk menunaikan solat subuh dan mengikuti tazkirah subuh. Pada jam 7.00 pagi, kami diarahkan untuk berkumpul di dataran bagi mengikuti aktiviti berkawad, nyanyian lagu dan senaman pagi Setelah
3

selesai, kami telah diberikan sedikit taklimat untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti air. Kami telah dibantu oleh beberapa jurulatih yang berpengalaman. Aktiviti yang dilaksanakan pada pagi itu ialah water confident dan water crossing. Kami telah didedahkan mengenai beberapa teknik-teknik tertentu seperti cara memakai jaket keselamatan, mengapungkan diri dalam air dan teknik merentasi air. Kami telah berhenti seketika pada waktu tengah hari untuk makan tengah hari dan menunaikan solat zohor berjemaah. Pada petang itu pula kami telah meneruskan aktiviti berakit dan berlari atas titi. Setelah selesai aktiviti tersebut, kami telah diberikan peluang untuk mengurus diri dan diarahkan berkumpul di dewan pada sebelah malam untuk LDK yang kedua iaitu perbincangan untuk pembentangan pada aktiviti kembara pada keesokan hari. Aktiviti ini turut dibantu oleh naqib dan naqibah kami iaitu Tuan Syed Hamid Bin Syed Alwi dan Puan Normazidah Binti Mahmud. Aktiviti pada hari kedua tamat kira-kira pada jam 10.30 malam dan seperti biasa kami diarahkan untuk kembali ke khemah masing-masing. Guru pelatih yang bertugas untuk menjaga malam pula memulakan tugas mereka. Pada hari ketiga iaitu bersamaan dengan 20 Februari 2014, kami telah diarahkan bangun seawal jam 5.30 pagi dan mengikuti rutin yang telah ditetapkan. Setelah selesai, kami telah diberikan sedikit taklimat untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti kembara. Setiap kumpulan telah dibekalkan dengan bekalan beras, ayam hidup seekor dan juga peralatan memasak. Aktiviti ini bermula kira-kira pada jam 10.00 pagi. Dalam aktiviti ini, kami berpeluang untuk mengetahui teknik mendaki dan menuruni bukit dengan betul. Kami meneruskan perjalanan masuk ke hutan dan setelah penat berjalan kaki, kami telah diberi peluang untuk berehat dan menunaikan solat zohor berjemaah seterusnya menyediakan makanan tengah hari. Kami juga dikehendaki untuk menyembelih ayam untuk dimasak seterusnya menyediakan makanan para jurulatih dan makanan tersebut akan dinilai oleh mereka. Setelah selesai aktiviti memasak, kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke tapak perkhemahan. Kami telah diberikan peluang untuk mengurus diri masing-masing dan pada sebelah malam, kami diarahkan untuk mengadakan persembahan bagi malam bakat yang akan diadakan selepas solat Isyak. Pada sebelah malam pula, detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba iaitu Malam Bakat Program B.I.G. Setiap kumpulan telah memberikan persembahan yang sangat menarik dan menghiburkan . Aktiviti pada hari ketiga tamat kira-kira pada jam 11.00
4

malam dan seperti biasa kami diarahkan untuk kembali ke khemah masing-masing. Guru pelatih yang bertugas untuk menjaga malam pula memulakan tugas mereka. 21 Februari 2014 merupakan hari terakhir kami berada di Kem D;Argoloka. Kami memulakan rutin kami seperti biasa dan pada jam 8.00 pagi, kami telah diarahkan untuk membuka khemah masing-masing dan memastikan tapak perkhemahan berada dalam keadaan yang bersih dan teratur. Selepas itu, kami dikehendaki untuk berkumpul di dewan bagi sesi refleksi dan majlis penutupan program. Majlis penutupan tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam, Tuan Haji Osman bin Hussain. Setelah selesai majlis,. Program B.I.G Fasa 1 bagi PISMP Ambilan Januari 2014 telah tamat dengan jayanya. Sesungguhnya, program ini merupakan salah satu program yang banyak memberikan kami pegetahuan dan pengalaman baru disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain. Semoga program B.I.G fasa seterusnya bakal berlangsung dengan lebih menarik dan mencabar bagi kami semua. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Kerjasama yang telah diberikan oleh semua telah menjayakan program ini.

Disediakan oleh

Disemak oleh

(MOHD NURHAFIZI TALANG) Pelajar PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2014

Anda mungkin juga menyukai