Anda di halaman 1dari 9

Model Kompetensi Emosi

Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan keupayaan seseorang untuk mengenali perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta dapat menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain. Dalam Model Kompetensi Emosi yang dibina oleh Goleman, beliau telah membahagikan kecerdasan emosi kepada lima komponen utama. Kelima-lima komponen tersebut adalah nerkenaan dengan mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubungan. Dalam lima komponen itu, terdapat tiga komponen yang berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen yang berbentuk kompetensi sosial. Komponen yang pertama adalah mengenali emosi diri sendiri. Tindakan ini bertujuan agar seseorang dapat merasai keadaan emosinya, mempunyai penilaian yang realistik dan mempunyai keyakinan diri, seterusnya dapat membuat keputusan yang rasional. Terdapat tiga subkompetensi yang dikenalpasti, iaitu kesedaran emosi, ketepatan menilai diri sendiri dan keyakinan diri. Komponen yang kedua ialah kebolehan mengatur emosi dan keupayaan menangani kehidupan serta psikologi diri sendiri dengan terkawal. Dalam komponen kedua, terdapat lima subkompetensi, iaitu kawalan kendiri, amanah, berhemah, kebolehan menyesuaikan diri dan inovasi. Menurut Goleman, mereka yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi sendiri dan dapat menggiatkan kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebih berhemah dan dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak. Selain itu, peraturan emosi diri yang baik dapat membantu seseorang mengawal perasaan kebimbangan, kemarahan dan dorongan daripada melakukan tingkah laku yang tersasar. Individu yang cerdas emosinya berkeupayaan mengendalikan emosi ke arah yang positif apabila berhadapan dengan sesuatu rintangan. Komponen yang ketiga ialah keupayaan untuk menggerakkan dan mendorong diri sendiri untuk bertindak. Terdapat empat subkompetensi yang berkaitan dengan komponen ini, iaitu dorongan, pencapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme. Seseorang yang mempunyai emosi yang cerdas berupaya untuk bertindak, mengambil inisiatif dan berusaha ke arah pencapaian matlamat hidup. Kebolehan ini membantu seseorang itu untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih maju dan berupaya membangkit dari kegagalan. Komponen yang seterusnya ialah empati. Empati ialah keupayaan untuk memahami dan merasai apa yang orang lain merasakan serta dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan setiap lapisan masyarakat. Keupayaan ini dapat mewujudkan suasana yang baik dan harmoni dalam masyarakat. Komponen yang kelima ialah kemahiran sosial, iaitu kemahiran melibatkan pengendalian emosi untuk mewujudkan hubungan sosial yang baik. Kecerdasan emosi yang wujud dalam diri seseorang berupaya mengurus dan memahami situasi emosi orang lain dengan tepat. Dengan adanya kemahiran sosial, seseorang dapat mempengaruhi

dan merundingkan masalah dalam sesuatu konflik. Tambahan pula, kemahiran sosial juga adalah untuk mengurus perhubungan antara manusia. Terdapat lapan subkompetensi dalam komponen ini, iaitu pengaruh, komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan, pemangkin perubahan, menjalin ikatan, bersatu, bekerjasama dan keupayaan berkumpulan. Kebolehan ini dapat membantu manusia berinteraksi antara satu sama lain dengan baik

Model Kompetensi Kecerdasan Emosi

Konsep Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) Menurut Marshall, Patricia (1996), istilah kompetensimerupakan ciri potensi seorang individu yangmembolehkannya menghasilkan prestasi yang tinggi untuksesuatu tugas, peranan atau dalam sesuatu situ asi. Menurut Whiddett dan Hollyfords (2003), kompetensiditakrifkan sebagai tingkah laku y ang didemostrasikan olehindividu secara efektif atas kerja yang ditugaskan di bawahkont eks organisasinya. Ringkasnya, kompetensi ialah ciri-ciri yang berkaitandengan prestasi yang cekap dan ti nggi atas kerja yangditugaskan. Kompetensi Personal Kamus besar bahasa Indonesia (WJS. Purwadarminta),kompetensi (kewenangan) kekuasaan untuk menentukan ataume mutuskan sesuatu hal. Broke and stone, kompetensi merupakan gambaran hakikatdari perilaku guru yang tampak sangat bererti. Personal (peribadi) keperibadian pada diri seseorang. Jika kompetensi personal adalah kemampuan peribadiseseorang guru yang diperlukan agar dapat menjadi guru yang baik. Kompetensi personal ini mencakup kemampuan peribadiyang berkenaan dengan pema haman diri, penerimaan diri,pengarahan diri dan perwujudan diri. (Surya(2003:138)) Menurut Goleman.D (1998), terdapat tiga elemenkompetensi personal iaitu : kesedaran kendiri, pengurusankawalan diri dan motivasi diri. Konsep Kesedaran Emosi Kendiri Merujuk kepada pengenalpastian emosi diri dan emosiorang lain. Mengikut kajian McPhail, kesedaran emosi mengandungiempat tahap, disusun secara p rogresif, bermula darikompetensi mengenal pasti emosi diri dan emosi orang lain,diikuti dengan aplikasi emosi, kemudian empati emosi dan akhirnya emosionaliti. Konsep Pengurusan Emosi Kendiri Cara untuk mengenal pasti emosi kendiri. Dapat mengenal pasti jenis emosi yang kita sertapenyebab-penyebab yang mencetusk an emosi tertentu. Seseorang individu itu dapat mengurus keadaandalamannya dalam bentuk dorongan d an potensi dirinyasendiri. Contoh boleh dilihat melalui dorongan dan potensi yangseseorang individu itu peroleh dia dapat menguruskannyadengan baik melalui keadaan dalamannya

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (KKE)


1.0 EMOSI POSITIF

Dihargai Optimistik Gembira Rasa Bangga Berilmu Jujur Sabar dan lain-lain

2.0 EMOSI NEGATIF

Terbiar Iri Hati Kebencian Kepahitan Ketakutan Keraguan Cemas Terkejut Kekesalan Bersangka Buruk Busuk Hati

3.0 KOMPONEN KECERGASAN EMOSI Kompetensi kecergasan emosi boleh diklasifikasikan dalam dua komponen yang utama, iaitu komponen kompetensi personal dan komponen kompetensi sosial. 3.1 Komponen Kompetensi Personal Sebagaimana yang kita ketahui, Kompetensi Personal merangkumi dua komponen utama, iaitu Komponen Kesedaran Emosi Kendiri dan Komponen Pengurusan Emosi Kendiri. a. Komponen Kesedaran Emosi Kendiri Terbahagi kepada 5 komponen kecil iaitu:
Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Kompetensi Emosi Kendiri Sedar emosi dan mengenal ciri dan kesannya Sedar emosi diri yang dikaitkan dengan perasaan, pemikiran, tindak balas, tingkah laku dan Kesedaran Emosi Kendiri pertuturan. Sedar bagaimana emosinya mempengaruhi personaliti dan tingkah lakunya Sedar ciri emosinya adalah berkait rapat dengan ciri sahsiahnya. Berani mempertahankan hakikat yang benar Kesedaran Ketepatan Berupaya membuat keputusan tepat Kendiri Mempunyai kemahiran berfikir. Mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap nilai dan matlamat hidup Sedar kekuatan dan kelemahan diri Keyakinan Kendiri Bersikap hati terbuka Berkeyakinan, berketerampilan Sering menggunakan pemikiran reflektif untuk menambahbaik prestasi diri Penghormatan Kendiri Memiliki penghargaan kendiri positif Sering riang, gembira dan optimistik Kesejahteraan Kendiri Keceriaan dan optimistik. Kompetensi Kesedaran Emosi Kendiri

b. Komponen Pengurusan Emosi Kendiri Terbahagi kepada 8 komponen kecil iaitu:

Kompetensi Pengurusan Emosi Kendiri

Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Kompetensi

Pengurusan Emosi Kendiri Dapat mengawal emosi dan perasaan yang distruktif Tenang menghadapi tekanan Kawalan emosi kendiri Boleh membuat keputusan yang wajar dalam situasi tekanan. Mempunyai ciri fleksibel. Boleh menangani perubahan Kebolehsuaian Boleh adaptasi dengan keadaan yang sering berubah. Ada nilai jujur, amanah dan bertanggungjawab Menepati janji. Kebolehpercayaan Bertindak mengikut peraturan Ada sifat berdedikasi Keseronokkan dan kekusyukkan bekerja Ketekunan Membuat kerja dengan bersungguh-sungguh Kerap menggunakan pemikiran secara kritis dan kreatif Inovatif Berani dan gemar mencuba perkara baru Tidak takut pada kegagalan Mempunyai konsep kendiri positif Mempunyai konsep penghargaan kendiri yang Optimistik tinggi Melihat halangan sebagai cabaran Bersikap dan berfikiran positif Mempunyai bakat memimpin Inisiatif Bersedia merebut peluang yang akan datang. Motivasi intrinsik kuat. Mengamal pembelajaran sepanjang hajat. Berorentasikan pencapaian Kebolehan dalam melaksanakan tugas dengan sempurna.

3.1 Komponen Kompetensi Sosial Seperti Kompetensi Personal, Kompetensi Sosial juga terbahagi kepada dua komponen utama iaitu Komponen Kesedaran Sosial dan Komponen Kemahiran Sosial. a. Komponen Kesedaran Sosial: Empati - Kebolehan membayang dan menghayati emosi perasaan orang

lain (kemahiran asas manusia). - Orang yang menguasai kemahiran ini dapat mewujudkan suasanaharmoni dalam interaksi sosial. - Berupaya membaca emosi orang lain, sering menumpu perhatianmendengar, prihatin dan memahami perasaan dan keperluan orang lain Mengembangkan Orang Lain - Bermaksud rela dan berupaya membantu dan berupaya membantu dan menggalakkan meningkatkan prestasi mereka Kesedaran Organisasi - Bererti kecekapan membaca arus emosi ahli-ahli dalam organisasi yang terlibat. - Peka terhadap arus emosi ahli-ahli yang mempengaruhi operasi organisasi, dapat mengesan dengan tepat hubungan asas dan kuasa antara ahli-ahli dalam organisasi, mengesan dengan tepat jaringan-jaringan sosial dan mesra antara ahli-ahli organisasi Berorentasi Perkhidmatan - Bermakna kecekapan mengenali, menjangka dan memenuhi hasrat dan keperluan orang lain, sama ada keluarga, sahabat, masyarakat atau negara Melayani kepelbagaian - - Bererti keupayaan melayani kepelbagaian orang tanpa mengira keturunan, jantina, kedudukan, status ekonomi-sosial, agama. - Individu yang mempunyai kompetensi ini, biasanya menghormati orang daripada pelbagai latar belakang, bergaul mesra dengan pelbagai ragam manusia, fleksibel dan keadilan. b. Komponen Kemahiran Sosial: Komunikasi - Boleh diertikan sebagai satu proses penyampaian atau pertukaran maklumat di antara dua individu, atau antara seorang individu

dengan sekumpulan orang (interaksi sosial dalam kalangan orang melalui aktiviti pemindahan mesej secara lisan). - Orang yang mempunyai kemahiran ini, biasanya berupaya bertutur atau menulis dengan jelas dan tepat, mahir dalam menggunakan (body language), cekap menjalin hubungan mesra dan berkepimpinan. Pengaruh - Bererti menggunakan teknik yang berkesan untuk mendapat penerimaan, kepercayaan dan keyakinan orang lain. - Individu yang mempunyai pengaruh, biasanya memiliki kemahiran berkomunikasi dan kemahiran memimpin, cekap membuat persembahan dengan kemampuan menarik perhatian orang lain dan boleh memberi demonstrasi dengan berkesan dan berorentasikan pencapaian Pemangkin Perubahan - Merupakan katalis sesuatu jenis unsur yang berupayamempercepatkan proses atau urusan. Maka, kemahiran pemangkin perubahan bererti keupayaan menggerak dan mempercepat proses perubahan. - Individu yang mempunyai kemahiran pemangkin perubahan biasanya peka akan keperluan untuk berubah, sanggup menjadi agen perubahan dan mempunyai kemahiran inovasi Pengurusan Konflik - Konflik merupakan salah satu kehidupan dalam organisasi, dan kerap kali berlaku dalam individu sendiri, antara individu, individu dengan kumpulan dan kumpulan dengan kumpulan. - Kemahiran ini bermaksud kemahiran berunding untuk menyelesaikan perselisihan dalam kumpulan social - Orang yang mempunyai kemahiran ini, biasanya mempunyai ciri diplomasi, boleh memikir secara kritis dan logikal, mahir memudahcara, bertolak ansur serta berupaya membaca situasi penyelesaian yang memuaskan Membina Hubungan - Merujuk kepada kemahiran komunikasi interpersonal dalam aktiviti sosial. - Berkait rapat dengan popularity atau kualiti disanjungi, kepimpinan dan kecergasan interpersonal.

Kepimpinan Beraspirasi -Bererti kemahiran memimpin yang memberi inspirasi kepada ahli-ahli dalam organisasinya. - Terdiri daripada orang berpengalaman, berilmu pengetahuan dan berkemahiran, mempunyai sikap proaktif dan nilai peribadi yang murni. Kerja Berpasukan dan Berkolaberasi - Bererti kemahiran yang menyatu-padukan tenaga-tenaga pekerja sebagai satu unit yang erat dan bekerjasama mencapai matlamat yang dipersetujui. - Individu yang mempunyai kemahiran ini biasanya, berupaya memimpin, cekap berkomunikasi dan mahir menjalin hubungan interpersonal.

Anda mungkin juga menyukai