Anda di halaman 1dari 18

LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN PUNANG 2011 04HB NOVEMBER HINGGA 05HB NOVEMBER 2011

1. PENDAHULUAN:
Sekolah Kebangsaan Punang telah menganjurkan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Tahun 2011 pada 04hb hingga 05hb November yang lalu. Perkhemahan Tahunan ini telah dirancang dan dianjurkan oleh unit kokurikulum SK Punang yang diterajui oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Madini Bin Masri dan diselaraskan oleh semua Penyelaras Unit Beruniform Sekolah. Pada tahun ini, julung-julung kalinya aktiviti perkhemahan diadakan di kawasan sekolah. Perkhemahan selama 2 hari dan 1 malam ini adalah bertujuan untuk menjayakan hasrat kerajaan melahirkan murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi ,Rohani, Intelektual, dan sahsiah (JERIS) yang digarapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Para peserta yang didedahkan dengan disiplin sepanjang masa perkhemahan ini diharapkan akan menggunakan dan memanafaatkan segala kemahiran dan ilmu yang diperoleh bagi meneruskan kehidupan yang berguna dalam alam ciptaan Allah ini.

2.

RASIONAL
Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan

kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan ke manusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabarancabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka menyelesaikan masalah. Selain itu, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif serta psikomotor masing-masing. Demikian
~1~

jugalah , aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbang kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan agama.

3.

MATLAMAT
3.1
3.2 3.3 3.4 3.5 Melahirkan peserta yang sihat tubuh badan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan Melahirkan peserta yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial Melahirkan peserta yang mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi Membentuk jati diri peserta melalui aktiviti yang dijalankan Menerapkan sendiri. nilai-nilai murni, berketrampilan, bekerjasama, jatidiri, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan sikap tidak mementingkan diri

4.

OBJEKTIF
4.1 PSIKOMOTOR 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas Perkhemahan serta pelbagai kemahiran ikhtiar hidup Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin Mempraktik dan mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajar Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar 4.2 KOGNITIF 4.2.1 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain masing-masing kebudayaan. 4.2.3 Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukunrukun beragama dan kehidupan bermoral. dalam bidang rekacipta, kesenian dan 4.2.2 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti

~2~

4.3

AFEKTIF 4.3.1 4.3.2 Memberi peluang kepada para peserta mewujudkan intergrasi pelbagai kaum. Mendedahkan para peserta kepada alam fauna dan flora sebagai sebahagian daripada kehidupan sejagat

5.

PELAKSANAAN
Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform peringkat Sekolah Kebangsaan

Punang bagi Tahun 2011 telah dijalankan pada 04 hingga 05 November yang lalu. Program ini berlangsung selama 2 hari dan 1 malam. Pada tahun ini sedikit kelainan dilakukan apabila keseluruhan aktiviti diadakan di dalam kawasan sekolah tidak seperti kebiasaan pada tahun-tahun sebelum ini. Perkhemahan tahun ini dimulakan dengan sesi pendaftaran pada 04hb November 2011 (Jumaat) pada jam 2.00 petang. Seramai 36 orang peserta telah mendaftar manakala 4 orang peserta tidak hadir dan dikira tarik diri. Selesai pendaftaran murid-murid dikehendaki berkumpul di padang sekolah depan ruang RMT bagi mendengar taklimat daripada Kem Komandan dan Penyelaras Aktiviti serta Ketua Jawatankuasa Penempatan dan Keselamatan. En. Abdillah dan En. Muizzuddin telah memberikan taklimat berkaitan aktiviti sepanjang perkhemahan berlangsung dan mengingatkan peserta supaya sentiasa menjaga keselamatan sepanjang perkhemahan berlangsung. En. Madini juga menyampaikan taklimat ringkas berkaitan aktiviti dan penempatan. Selepas taklimat, aktiviti pertama pada hari pertama adalah Ice-Breaking yang telah dikendalikan oleh En. Madini dari jam 2.30 petang hingga 3.45 petang. En. Madini telah dibantu oleh semua fasilitator atau guru pembimbing dan ahli jawatankuasa yang bertugas. Sepanjang berlangsungnya ice-breaking ini, 3 acara telah dilangsungkan iaitu mencari ahli kumpulan dengan bunyi binatang, perlawanan nyanyian dan bunyi binatang antara kumpulan, dan akhir sekali perlawanan nyanyian dan aksi pergerakan. Semua aktiviti dijalankan secara berkumpulan. Empat kumpulan telah ditubuhkan. Setiap kumpulan dibantu oleh 4 orang fasilitator atau guru pembimbing.
~3~

Setiap kumpulan diberi nama binatang iaitu kambing, itik, ayam dan kucing. Kumpulan yang dibentuk perlu melantik seorang ketua. Semua murid mengambil bahagian dalam keseluruhan aktiviti dan mereka amat bersemangat. Semua aktiviti dalam kumpulan yang dilaksanakan dan dijalankan perlu ada pemenang. Bagi aktiviti Ice-Breaking pemenangnya adalah dari kumpulan kambing. Selesai rehat dan minum petang aktiviti kedua diteruskan dengan latihan dan Pertandingan kawat kaki yang telah dikendalikan oleh En. Muizzuddin dari jam 4.00 petang hingga 5.00 petang. Kawat kaki yang diajar kepada para peserta perkhemahan adalah Kawat Statik. Dalam kawat statik ini, para peserta belajar cara masuk baris, sedia, senang diri, rehatkan diri, berpusing ke kanan, kiri, dan belakang serta keluar baris dalam kumpulan masing-masing. Bagi aktiviti pertandingan kawat kaki ini pemenangnya adalah dari kumpulan itik.

Selesai rehat aktiviti ketiga diteruskan dengan Memasang Khemah. Taklimat tentang cara memasang khemah yang telah dikendalikan oleh En. Madini dari jam 5.00 petang hingga 5.30 petang. Para peserta diberikan penerangan tentang cara memasang khemah dengan betul dan cepat. Semua peserta dibantu oleh fasilitator dan guru bertugas telah membina khemah peserta. Pada tahun ini khemah dibina di kawasan padang sekolah untuk megelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku disamping menjamin keselamatan perserta. Kawasan perkhemahan dibahagi
~4~

dua iaitu khemah untuk peserta lelaki di belakang dan khemah peserta perempuan di depan. Lapan buah khemah untuk para peserta telah dipasang iaitu empat buah khemah perempuan dan empat buah lagi khemah lelaki dan setiap khemah terdiri daripada lima atau empat orang peserta.

Selepas pengurusan diri dan makan malam, semua peserta beredar ke surau untuk menunaikan solat Magrib dan isyak berjemaah dan mengikuti kuliah Magrib yang di sampaikan oleh Ustaz Wan Ahmad Nizam. Jam 8.00 malam, semua peserta menyertai aktiviti keempat iaitu Kembara Malam yang telah dikendalikan dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam untuk melatih murid berani menghadapi cabaran yang akan menanti mereka. Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut kumpulan dalam ice-breaking. Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat pelaksanaan aktiviti dan keselamatan oleh En. Mohd Sofyan. Selesai taklimat, semua fasilitator atau guru pembimbing setiap kumpulan membawa anak buah masing-masing yang telah ditutup mata mengelilingi sekolah melalui laluan yang gelap dan sunyi untuk menguji kekuatan semangat mereka mengikut giliran kumpulan. Kemudian ada peserta dibiarkan bersendirian terpisah dari kumpulannya dan ada juga yang disembunyikan. Pelbagai gelagat peserta dapat dilihat, ada yang menangis, ada yang takut dan ada juga yang berani. Akhir sekali sesi soal jawab dijalankan untuk mengetahui pengalaman murid dan rasional aktiviti ini diadakan.
~5~

Selesai sesi soal jawab murid-murid dibenarkan rehat dan aktiviti diteruskan lagi malam itu dengan melukis logo dan moto kumpulan masing-masing. adalah dari kumpulan kucing. Bagi aktiviti Pertandingan Kembara Malan dan melukis logo dan moto kumpulan ini pemenangnya

Selepas itu, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti kelima iaitu BBQ dan minum malam yang telah dikendalikan oleh En. Awg Idris dari jam 10.00 malam hingga 11.00 malam. Sebelum semua peserta masuk tidur, Kem Komandan telah membahagikan tugas kepada para peserta untuk bertugas berjaga malam mengikut khemah yang telah ditetapkan dan akan bertugas dalam empat sesi iaitu dari jam 12.00 malam hingga 4.30 pagi.

~6~

Pada hari kedua iaitu 05hb November 2011 (sabtu), selepas menunaikan solat Subuh secara berjemaah, para peserta dikehendaki menukar pakaian mereka kepada pakaian sukan untuk aktiviti keenam pagi itu ialah Senaman Pagi yang telah dikendalikan oleh En. Johari dari jam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi. Senaman pagi ini dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan regangan. Kemudian peserta berjoging di sekitar kawasan kampung. Selepas aktiviti senaman pagi, para peserta bergerak untuk bersarapan bersama-sama. Selepas itu, para peserta mengemas diri masing-masing dan bersiap sedia untuk melakukan aktiviti seterusnya.

Aktiviti seterusnya adalah aktiviti yang ketujuh iaitu ADK Merempuh Halangan yang telah dikendalikan oleh En. Erwan dari jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi. Aktiviti ini adalah untuk melatih murid berani menghadapi cabaran yang akan menanti mereka serta kerjasama di antara ahli kumpulan. Sepanjang berlangsungnya ADK Merempuh Halangan ini, terdapat 7 stesen yang perlu dilalui oleh semua peserta, iaitu berjalan kaki mengelilingi luar kawasan sekolah, halangan berjalan di atas batu-bata, halangan berjalan di atas titi, halangan berjalan di atas tayar, halangan merangkak dalam lumpur, halangan sarang labah-labah dan halangan memanjat. Semua aktiviti dijalankan secara berkumpulan mengikut kumpulan dalam ice-breaking. Setiap kumpulan diberikan Tongkat Amanah dan Bendera yang perlu dijaga dengan baik dalam setiap stesen halangan yang dilalui oleh para peserta yang bermula dari stesen 1 dan berakhir dengan stesen 1 juga. Pelbagai gelagat peserta dapat dilihat dalam merempuh halangan di setiap stesen. Akhir sekali sesi soal jawab
~7~

dijalankan untuk mengetahui pengalaman murid dan rasional aktiviti ini diadakan. Bagi aktiviti ADK Merempuh Halangan ini pemenangnya adalah dari kumpulan kambing.

~8~

Selesai rehat dan minum pagi aktiviti kelapan diteruskan dengan Pertandingan Masakan Rimba yang telah dikendalikan oleh En. Azlan dari jam 9.30 pagi hingga 10.00 pagi. Aktiviti ini dimulakan awal satu jam dari jadual asal program. Setiap kumpulan hanya dibekalkan bahan mentah yang terhad dan mereka dikehendaki menyediakan menu masakan iaitu maggi dan telur secara berkumpulan dibantu oleh fasilitator atau guru pembimbing kumpulan masing-masing. Masa pertandingan hanya 1 jam sahaja dan peralatan yang disediakan hanya 2 batang buluh dan sekotak macis setiap kumpulan. Sebarang penggunaan barang logam tidak dibenarkan dan hidangan hendaklah dihidangkan di dalam bekas dan hiasan yang berasaskan semulajadi. Makanan perlu dimasak menggunakan kayu api dan bukannya dapur gas. Aktiviti ini amat menarik kerana pelbagai cara menghidupkan api dan memasak dapat dilihat. Masakan yang telah siap dimasak dan dihiasi akan diadili oleh hakim yang telah dilantik. Hakim terdiri daripada En. Erwan dan En. Abdillah. Bagi aktiviti Pertandingan Masakan Rimba ini pemenangnya adalah dari kumpulan Ayam.

Selepas

rehat,

aktiviti

diteruskan

lagi

dengan

aktiviti

kesembilan

iaitu

Pertandingan Gajet yang telah dikendalikan oleh En. Shafri dari jam 12.00 tengahhari hingga 01.30 petang. Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat cara membuat gajet, ikatan dan contoh-contoh gajet yang akan dipilih oleh setiap kumpulan. Setiap kumpulan hanya dibekalkan segulung tali, parang, gergaji, kayu dan buluh yang terhad dan mereka dikehendaki membuat gajet yang telah dipilih secara berkumpulan dibantu oleh fasilitator atau guru pembimbing kumpulan masing-masing.
~9~

Semua peserta mengambil bahagian dengan semangat kerjasama yang cukup tinggi dalam menghasilkan gajet kumpulan masing-masing. Kumpulan kambing dan itik memilih membuat gajet rak tempat simpan barang dapur, kumpulan kucing pula memilih membuat gajet jemur kain dan kumpulan ayam memilih membuat gajet ampaian kain dan rak kasut. Bagi aktiviti Pertandingan Gajet ini pemenangnya adalah dari kumpulan Ayam.

Selepas mandi, solat zohor dan makan tengahhari, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti kesepuluh iaitu Khimas yang telah dikendalikan oleh En. Madini dan semua guru-guru dari jam 02.00 petang hingga 03.00 petang. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah menanam bunga di kawasan sekolah, membuka dan mengemas semula khemah yang digunakan serta membersihkan kawasan padang sekolah. Kemudian majlis penutup dan penyampaian hadian dijalankan.
~ 10 ~

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah berlangsung pada jam 03.00 petang dan tamat pada jam 03.30 petang. En. Abdillah telah menjadi pengerusi majlis. Acara dimulakan dengan ucapan daripada Penolong Kanan Kokurikulum, En. Madini Bin Masri dan seterusnya ucapan perasmian penutup oleh Othman Bin Adol, Guru Besar SK Punang. Seterusnya penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang telah memenangi setiap aktiviti yang dipertandingkan telah dilangsungkan. Peserta terbaik lelaki ialah Muhammad Nazri Bin Ahmad Safie dari kelas Tahun 5 manakala peserta terbaik perempuan ialah Siti dari kelas Tahun 6. Selesai majlis murid-murid dibenarkan bersurai.

~ 11 ~

6.

PENYERTAAN
Perkhemahan Tanunan Unit Beruniform pada kali ini disertai oleh 36 orang murid

dari tahun 5 dan 6 Sek. Keb. Punang. Peluang dan keutamaan telah diberikan kepada murid yang mempunyai kehadiran gerak kerja kokurikulum yang baik.

7.

JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN

AHLI JAWATANKUASA INDUK Penasihat Pengerusi Naib pengerusi Setiausaha Bendahari Kem Komandan Pen. Kem Komandan AHLI JAWATANKUASA AJK Urusetia/Pendaftaran AJK Khemah dan Peralatan AJK Aktiviti 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. : Johari Bin Tangah : Madini Bin Masri : Erwan Bin Othman (Ketua) : Othman Bin Adol ( Guru Besar ) : Madini Bin Masri ( GPK Kokurikulum ) : Komodin Bin Slamah ( GPK 1 ) : Abdul Rahman Bin Randah ( GPK HEM ) : Abdillah Bin Nurdin Asis : Noorsiah Binti Mat Brahim : Abdillah Bin Nurdin Asis : Abu Hassan Al Syaari Bin Muhammad

Ais Breaking Madini Bin Masri Kawat Kaki Muizzuddin Bin Alawi BBQ Awg Idris Bin Malam Kembara Malam Mohd Sofyan Ats Tsaury Bin Supaih Senaman Pagi Johari Bin Tangah ADK Merempuh Halangan & Jelajah Minda (Explorace) Erwan Bin Othman Masakan Rimba Azlan Bin Soaibah Pertandingan Gajet Shafri Bin Ismail Khidmas Liaw Chee Chiang
~ 12 ~

AJK Kerohanian/Motivasi AJK Keselamatan/Kecemasan AJK Makan dan Minum AJK Siaraya dan Disiplin AJK Hadiah dan Sijil AJK Juru Acara AJK Kebersihan

: Wan Ahmad Nizam Bin Wan Mohamad (Ketua) Nor Azila Binti Mohd Zin : Abdul Rahman Bin Randah : Nurai Binti Matjais Wong Yau Ping : Rusdi Bin Amit : Zuliana Binti Tamin : Muizzuddin Bin Alawi : Pembersih (Pekerja Swasta)

8.

LAPORAN KEWANGAN
Sumber Kewangan
Sumbangan Unit Kokurikulum Kutipan dari Pelajar Sumbangan PIBG JUMLAH KESELURUHAN RM 680.00 RM RM -

RM 680.00

Perbelanjaan
Makanan Murid dan Guru Hadiah BBQ Aktiviti (Peralatan) JUMLAH KESELURUHAN RM 400.00 RM 80.00 RM 100.00 RM 100.00 RM 680.00

~ 13 ~

9.

JADUAL AKTIVITI

HARI JUMAAT (04 NOVEMBER 2011) 2.00 2.15 ptg 2.15 2.30 ptg 2.30 3.45 ptg 3.45 4.00 ptg 4.00 5.00 ptg 5.00 5.30 ptg 5.30 6.15 ptg 6.15 7.45 mlm : : : : : : : : Pendaftaran Peserta Taklimat Ringkas Aktiviti 1 Ice Breaking / Pembentukan Kumpulan Rehat dan Minum Petang Aktiviti 2 Kawat Kaki Aktiviti 3 Memasang Khemah Pengurusan Diri / Solat Asar / Makan Malam Solat Magrib Tazkirah / Motivasi Solat Isyak 7.45 8.00 mlm 8.00 10.00 mlm 10.00 12.00 mlm : : : Rehat Aktiviti 4 Kembara Malam Aktiviti 5 BBQ

~ 14 ~

HARI SABTU (05 NOVEMBER 2011) 4.30 5.00 pagi 5.00 6.30 pagi 6.30 7.00 pagi 7.00 7.30 pagi 7.30 10.30 pagi 10.30 11.00 pagi 11.00 12.30 tgh 12.30 1.00 ptg 1.00 3.00 ptg 3.00 3.20 ptg 3.20 4.20 ptg : : : : : : : : : : : Pengurusan Diri Solat Subuh Tazkirah / Motivasi Aktiviti 6 Senaman Pagi Serapan pagi / Rehat Aktiviti 7 ADK Merempuh Halangan & Jelajah Minda (Explorace) Minum Pagi / Rehat Aktiviti 8 Masakan Rimba Pengurusan Diri / Solat Zohor / Rehat Aktiviti 9 Pertandingan Gajet Minum Petang / Rehat Aktiviti 10 Khidmas Tanam bunga dan membersihkan kawasan khemah 4.20 5.00 ptg : Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

~ 15 ~

10.

LAPORAN PASCA NILAI (POST-MORTEM )

KELEBIHAN 1. 2. 3. Kerjasama yang padu daripada barisan ahli jawatankuasa terutamanya guru-guru kafa, kakitangan sekolah sekolah dan swasta. Kem Komandan dan penyelaras aktiviti yang mantap dan sentiasa berusaha gigih. Kesungguhan peserta menjalankan semua aktiviti yang telah diadakan dan murid-murid sendiri mengikut semua arahan yang telah diberikan. KEKURANGAN/MASALAH 1. 2. Penyelaras untuk aktiviti Khidmas tidak datang dan tidak mengikuti perkhemahan dan tugasnya terpaksa diganti dengan guru lain. Kurang mendapat kerjasama dari segelintir guru yang hadir dan tidak membantu Kem Komandan dan penyelaras aktiviti dalam menjalankan aktiviti bersama murid. 3. 4. Ketua dan ahli jawatankuasa kerja kurang peka dengan skop kerja dan tugas masing-masing. Ada segelintir Ketua dan ahli jawatankuasa yang menjalankan tugas sambil lewa umpama sekadar melepaskan batuk ditangga. PENAMBAHBAIKAN (CARA ATASI MASALAH) 1. Penyelaras aktiviti atau Ketua jawatankuasa perlu dilantik dikalangan guru-guru yang berminat dengan perkhemahan dan berkaliber. 2. Semua ketua jawatankuasa perlu diberi taklimat yang lengkap tentang jadual tugasan serta skop kerja jawatankuasa masing-masing. 3. Mewajibkan semua guru terlibat dalam perkhemahan supaya adil dan telus. 4. Menyediakan jawatankuasa kerja yang mencukupi dan selari dengan skop kerja jawatankuasa.
~ 16 ~

5. Semua ahli jawatankuasa kerja perlu bersedia dan bertanggungjawab menjalankan tugasan yang telah diamanahkan sejurus selepas dilantik. 6. Semua ahli jawatankuasa kerja perlu ada sikap tolong menolong dan bertanggungjawab serta amanah dalam masing-masing. 7. Tidak boleh ada sifat pentingkan diri dan mengharapkan orang lain menjalankan tugas. melaksanakan tugasan

11.

PENUTUP
Syukur kepada Tuhan, Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Tahun

2011 telah berjaya dilaksanakan hasil kerja keras ahli-ahli jawatankuasa kerja dan semua fasilitator. Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, Kem Komandan, En. Abdillah dan Penyelaras Aktiviti, En. Madini dan guru-guru bertungkus lumus melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang sehingga kurang rehat. Selain itu, peserta juga memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi dan melaksanaka aktiviti walaupun kepenatan. Perkhemahan ini juga telah berjaya mencapai objektif yang dihasratkan, khususnya kepada para peserta dan telah mewujudkan perubahan yang positif di dalam diri murid-murid selepas mengikuti aktiviti perkhemahan ini. Di samping itu, aktiviti aktivit yang dilaksanakan telah memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan, dan kreativiti, di samping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat bekerjasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab. Dalam pada itu, unsur-unsur keriangan dan keseronokkan yang disepadukan dalam perkhemahan ini diharapkan telah menimbulkan kesedaran tentang hakikat bahawa keriangan dan keseronokan juga adalah sebahagian daripada kebahagiaan kehidupan yang perlu dijana secara berdisiplin dan berhemah berpandukan etika dan budaya bangsa. Akhir sekali, pihak penganjur, Sekolah Kebangsaan Punang, Lawas, merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada guru guru kafa
~ 17 ~

yang telah memberi sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bahagi terutama dalam penyediaan makanan kepada semua peserta dan ahli-ahli jawatankuasa kerja dan semua fasilitator dalam menjayakan Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Tahun 2011 ini. Adalah diharapkan kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan. INSYAALLAH .

Disediakan oleh,

Disemak oleh:

.............................................................. (Abdillah Bin Nurdin Asis) Setiausaha Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2011 SK Punang Lawas

............................................................ ( Madini Bin Masri ) Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Punang Lawas

~ 18 ~

Anda mungkin juga menyukai