Anda di halaman 1dari 10

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI,

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMBIRAI,


PETI SURAT 246, 89158 KOTA BELUD, SABAH.

KERTAS KERJA
MINGGU TRANSISI
PPKI 2023

ANJURAN :
UNIT KURIKULUM PPKI
1.0 PENGENALAN
Program Transisi PPKI SK Sembirai, merupakan satu program yang dianjurkan di
bawah kelolaan unit kurikulum PPKI. Matlamat utama program transisi ini diadakan
adalah untuk menyediakan murid daripada pelbagai latar belakang dan tahap
penguasaan untuk menghadapi perubahan rutin pembelajaran, menyesuaikan diri
serta membina keyakinan diri dalam persekitaran baharu di sekolah rendah khususnya
di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi. Selain itu, program ini juga ingin menarik
minat murid supaya berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.

2.0 TARIKH DAN MASA


2.1 Tarikh : 20 Mac hingga 24 Mac 2022
2.2 Masa : 7.10 a.m hingga 12.30 a.m

3.0 RASIONAL
Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) terdiri daripada murid yang mempunyai
pelbagai kelainan upaya masalah pembelajaran. Sebagai contoh, lembam, down
syndrome, autistik, ADHD, disleksia dan sebagainya. Ketidakupayaan setiap murid
juga mempengaruhi kesediaan diri murid untuk menerima pendidikan formal di
sekolah. Justeru, rasional program ini dibuat adalah untuk membantu murid
menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan baharu bersama dengan guru dan
rakan sebaya.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM


4.1 Murid tahu peraturan-peraturan sekolah dan kelas PPKI
4.2 Murid tahu kawasan larangan dalam sekolah.
4.3 Murid tahu tatacara menyanyikan lagu patriotik dengan betul.
4.4 Murid dapat bergaul dan bersuaikenal dengan semua rakan dan guru
dalam PPKI
4.5 Membangkitkan motivasi diri murid untuk hadir ke sekolah

5.0 PESERTA PROGRAM TRANSISI


32 orang murid PPKI yang terdiri daripada pelbagai jenis kelainan upaya

6.0 PENGISIAN AKTIVITI


6.1 Taklimat Program
6.2 Sesi Suai Kenal
6.3 Taklimat Disiplin
6.4 Adab dan Tatasusila dalam kelas
6.5 Adab dan Tatacara Menyanyi Lagu Patriotik
6.6 Adab membaca doa dan belajar doa-doa rutin
6.7 Adab Di Kantin
6.8 Refleksi aktiviti
6.9 Aktiviti Panitia
6.10 Senamrobik dan sukaneka
6.11 Taklimat KOKUM
6.12 Taklimat Program Nilam / Pusat Sumber
6.13 Tayangan video motivasi
6.14 Aktiviti Gotong-royong Bersama ibubapa
6.15 Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah

7.0 KAEDAH PERLAKSANAAN


7.1 Taklimat Program
- Taklimat akan disampaikan oleh penyelaras program pada hari pertama
program dijalankan.

7.2 Sesi Suai Kenal


- Sesi berkenalan antara guru, murid dan Pembantu Pengurusan Murid
secara ringkas. Antara butiran diri yang diperkenalkan adalah seperti
nama panggilan dan asal (nama kampung).

- Pembahagian kumpulan murid dan guru pembimbing (4 kumpulan),


pelantikan ketua untuk setiap kumpulan.(Senarai nama ahli kumpulan
ada dalam lampiran 1)

7.3 Taklimat Disiplin


- Menerangkan kepada murid mengenai peraturan sekolah dari segi;

i. Kehadiran : Waktu datang dan waktu pulang mengikut jadual


waktu kelas serta surat amaran sekiranya tidak hadir.
ii. Pakaian seragam sekolah dan pakaian sukan yang dibenarkan
iii. Pemilihan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas
(pelantikan akan dibuat pada hari penutupan program)
iv. Peraturan umum sekolah

7.4.1 Adab dan Tatasusila dalam kelas


- Menerangkan kepada murid tentang perkara rutin yang perlu dilakukan
sebelum, semasa dan selepas aktiviti pembelajaran dalam kelas.
7.4.2 Adab dan Tatacara Menyanyi Lagu Patriotik
- Menerangkan kepada murid mengenai adab atau disiplin sewaktu
menyanyikan lagu patriotik.
- Latihan dan praktikal menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah
Airku, dan lagu Sekolah

7.4.3 Adab dan Tatacara Membaca Doa dan Ikrar


- Menerangkan kepada murid mengenai adab atau disiplin sewaktu
membaca doa dan lafaz ikrar.
- Latihan dan praktikal membaca doa dan lafaz ikrar

7.7 Adab Di Kantin


- Menerangkan kepada murid mengenai disiplin yang perlu dipatuhi
ketika bergerak menuju ke kantin dan amalan yang perlu di lakukan
sebelum dan selepas makan di kantin iaitu ;
i) Berjalan ke kantin dalam keadaan beratur
ii) Membaca doa sebelum makan
iii) Membaca doa selepas makan
iv) Menyimpan bekas makanan di tempat yang disediakan

7.8 Refleksi Aktiviti


- Mendapatkan maklum balas, pandangan atau pengalaman murid
tentang aktiviti sebelumnya serta makluman awal tentang aktiviti
sepanjang hari tersebut.

7.9 Aktiviti Panitia


- Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan guru-guru mata pelajaran
kepada murid serta memberi ruang kepada murid untuk merapatkan
hubungan murid sesama rakan dalam kumpulan.
- Semua panitia mata pelajaran yang terlibat dalam aktiviti ini adalah
terdiri daripada Bahasa melayu, Bahasa inggeris, matematik,
pengurusan diri, kemahiran manipulatif, Pendidikan seni visual,
Pendidikan Muzik, Pendidikan jasmani, Pendidikan islam/moral,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pendidikan Sains sosial dan alam
sekitar dan Kemahiran Hidup.
7.10 Senamrobik dan Sukaneka
- Aktiviti ini dimasukkan dalam aktiviti panitia Pendidikan jasmani dan
akan dikendalikan oleh guru-guru panitia Pendidikan jasmani

- Murid melakukan aktiviti senamrobik untuk memanaskan badan


sebelum memulakan aktiviti sukaneka.

- Antara permainan yang dicadangkan dalam sukaneka adalah seperti


berikut;

i. Sambut bola
ii. Baling botol
iii. Lantun bola dalam raga
iv. Lompat katak
v. Selipar terbang

7.11 Taklimat KOKUM

- Taklimat akan disampaikan oleh penyelaras unit ko-kurikulum PPKI.


- Memberi makluman awal tentang aktiviti Kokurikulum sepanjang
tahun dan memperkenalkan guru-guru penasihat kepada murid.

7.12 Taklimat program Nilam / Pusat Sumber


- Memberi makluman kepada murid mengenai program Nilam dan Pusat
Sumber PPKI

7.13 Tayangan video motivasi


- Aktiviti ini akan dikendalikan oleh guru panitia mata pelajaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
- Aktiviti ini memberi pendedahan kepada murid mengenai kehidupan
golongan istimewa yang mampu berdikari serta memperoleh kejayaan
walaupun bergelar Orang Kurang Upaya.

7.14 Aktiviti Gotong-royong


- Aktiviti gotong-royong akan dikendalikan oleh panitia Kemahiran
Hidup.
- Aktiviti ini melibatkan semua murid, ibubapa, guru dan PPM.
- Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada
murid mengenai salah satu aktiviti di PPKI yang dijalankan secara
berkala serta membersihkan Kawasan perkebunan untuk kegunaan
murid sewaktu kelas kemahiran hidup perkebunan.
7.15 Majlis Penutupan
- Pengisian majlis penutupan ialah:

i. Nyanyian lagu patriotik (negaraku, sabah tanah airku, lagu sekolah)


ii. Bacaan Doa
iii. Lafaz Ikrar
iv. Ucapan Penolong Kanan Pendidikan Khas & Guru Besar
v. Pelantikan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas
vi. Penyampaian Hadiah aktiviti kumpulan

8.0 CARTA ORGANISASI

8.1 Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana Program

Penasihat Encik Mohd Nazri Bin Mohd Yaman (Guru


Besar)
Pengerusi 1 Encik Sabran Bin Marusin (GPK 1)
Pengerusi 2 Puan Maimonah Komad (GPK PK)
Penyelaras Puan Norfadillah Dimi
Setiausaha Puan Norsafira Ahmad Karim
Bendahari Puan Raimu Jelamit
Panitia Bahasa Melayu Puan Norfadillah Dimi
Panitia Bahasa Inggeris Puan Faridah Othman
Panitia Matematik Puan Rynie Justine
Panitia Pengurusan Diri Puan Nur Syafikah Mohamat
Panitia Kemahiran Manipulatif Cik Allya Cassandra Alim
Panitia Pendidikan Muzik En. Datu Khairul Hayat Datu Masjidin
Panitia Pendidikan Seni Visual Puan Dayang Nur Qawira
Panitia Jasmani dan Kesihatan Encik Mohd Nur Salam
Panitia Teknologi Maklumat dan Puan Norsafira Ahmad Karim
Komunikasi
Panitia Kemahiran Hidup Puan Amisah Rejikan
Panitia Sains Puan Raihana Minah
Panitia Pendidikan Islam / Moral Puan Norfarahana Ajek/Cik Allya Cassandra
8.2 AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA (MAJLIS PENUTUPAN)

Penasihat Encik Mohd Nazri Bin Mohd Yaman (Guru


Besar)
Pengerusi 1 Encik Sabran Bin Marusin (GPK 1)
Pengerusi 2 Puan Maimonah Komad (GPK PK)
Penyelaras Puan Norfadillah Dimi
Setiausaha Puan Norsafira Ahmad Karim
Bendahari Puan Raimu Jelamit
Pengacara Majlis Puan Raihana Minah
AJK Hadiah Puan Rynie Justine
Puan Rosmah Gan
Puan Zubaidah Shamsudin
AJK Fotografi Puan Nur Syafikah Mohamat
AJK Backdrop Puan Dayang Nur Qawira
Cik Allya Cassandra Alim
AJK persediaan dan kawalan Puan Faridah Othman
murid Puan Amisah Rejikan
Ustazah Norfarahana
AJK PA Sistem Encik Mohd Nur Salam
Encik Datu Khairul Hayat Datu Masjidin

9.0 JADUAL AKTIVITI PROGRAM TRANSISI PPKI 2020


Seperti dalam Lampiran 2

10.0 KOS PERBELANJAAN

Bil Butiran Perbelanjaan Anggaran Perbelanjaan


1. Hadiah Kumpulan RM 30 X 4 RM 120

3. Hadiah Kuiz RM 20

4. Banner saiz 2.5 x 4 RM 30


Jumlah RM 170
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar setiap aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan lancar
dan mencapai objektif yang disasarkan. Semoga setiap usaha dan keikhlasan dalam
membantu murid-murid berkeperluan khas ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah
S.W.T.

12.0 KELULUSAN DAN PENGESAHAN

Kertas Kerja ini:

Disediakan oleh: Disemak oleh:

MAIMONAH BINTI KOMAD


NORFADILLAH DIMI
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Penyelaras Program Transisi 2023
Program Pendidikan Khas Integrasi
Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Sembirai, Kota Belud
SK Sembirai, Kota Belud
Sabah
Sabah
Tarikh:
Tarikh:

Disahkan oleh

MOHD NAZRI BIN MOHD YAMAN


Guru Besar
SK Sembirai, Kota Belud
Sabah.
Tarikh:

ULASAN:
---------------------------------------------------------------------------------------------
LAMPIRAN 1

PEMBAHAGIAN KUMPULAN

Kumpulan K1 K2 K3 K4
Guru Rynie (K) Safira (K) Allya (K) Datu (K)
Pembimbing Fadila Salam Faridah Amisah
Farah Dayang Raihana Syafikah
Rosmah Riani Raimu Zubaidah

Murid 1. Hanania 1. Hakimi 1. Isma 1. Danney


2. Iman 2. Rihyan 2. Azlie 2. Wanda
3. Aimin 3. Raziq 3. Hafiy 3. Haffiz
4. Atirah 4. Ammar 4. Helmi 4. Sharizuan
5. Hazim 5. Asmadey 5. Al-wafiy 5. Damia
6. Firrash 6. Wazif 6. Sailey 6. Huzaimiey
7. Lorena 7. Fiqri 7. Adam 7. Akim
8. Aqasha 8. Qamil 8. Fazrul 8. Muhammad
LAMPIRAN 2
JADUAL AKTIVITI
MINGGU TRANSISI PPKI SESI 2023/2024
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK.SEMBIRAI
BIL. TARIKH / MASA AKTIVITI TINDAKAN /
HARI PENYELARAS
AKTIVITI
1 20/03/2023 7.00 - 7.40 Perhimpunan
ISNIN 7.40 – 8.00 Taklimat Program Cikgu Fadila
8.00 – 9.00 Aktiviti Suaikenal Cikgu Rynie
9.00 – 9.30 Adab ke kantin Cikgu Amisah
9.30 – 10.00 Rehat
10.00 – 10.50 Aktiviti Panitia : Bahasa Melayu Cikgu Fadila
10.50 – 11.40 Aktiviti Panitia : Bahasa Inggeris Cikgu Faridah
11.40 – 12.20 Aktiviti Panitia : P.Seni Visual Cikgu Dayang
12.20 – 12.30 Refleksi Aktiviti Cikgu Fadila
2 21/03/2023 7.10 – 7.40 Taklimat aktiviti dan Cikgu Fadila
SELASA persediaan murid
7.30 – 8.10 Senamrobik Panitia PJ
8.10 - 9.30 Aktiviti panitia Pendidikan Jasmani : Cikgu Salam
Sukaneka
9.30 – 10.00 Rehat
10.00 – 10.40 Taklimat Disiplin Cikgu Khairul
10.40 – 11.30 Adab dalam kelas Cikgu Amisah
11.30 – 12.20 Aktiviti Panitia: TMK Cikgu Safira
(Tayangan Video Motivasi)
12.20 – 12.30 Refleksi Aktiviti Cikgu Fadila
3 22/03/2023 7.10 – 7.30 Taklimat aktiviti dan Cikgu Fadila
RABU persediaan murid
7.30 – 9.30 Aktiviti Panitia Kemahiran Hidup : Cikgu Amisah
Gotong-royong Bersama ibubapa
9.30 – 10.00 Rehat
10.00 – 10.40 Aktiviti Panitia Pendidikan Muzik (Adab Cikgu Khairul
dan tatacara menyanyi lagu patriotik)
10.40 – 11.40 Aktiviti Panitia Kemahiran Manipulatif Cikgu Allya
11.40 – 12.20 Taklimat Kokum Cikgu Raihana
12.20 – 12.30 Refleksi Aktiviti Cikgu Fadila
4 23/03/2023 7.10 – 7.30 Taklimat aktiviti dan Cikgu Fadila
KHAMIS persediaan murid
7.30 – 8.30 Aktiviti Panitia Matematik Cikgu Rynie
8.30 – 9.30 Aktiviti Panitia Sains Cikgu Raihana
9.30 – 10.00 Rehat
10.00 – 10.40 Aktiviti Panitia : Pengurusan Diri Cikgu Syafikah
10.40 – 11.30 Taklimat program Nilam / Pusat Sumber Cikgu Safira
11.30 – 12.20 Aktiviti Panitia Pendidikan Moral Cikgu Allya
12.20 – 12.30 Refleksi Aktiviti Cikgu Fadila
5 24/03/2023 7.10 – 9.30 Persediaan tempat untuk majlis Semua guru,
JUMAAT penutupan PPM dan murid
9.30 – 10.00 Rehat
10.00 – 11.30 Majlis Penutupan Semua guru &
PPM

Anda mungkin juga menyukai