Anda di halaman 1dari 9

Sambutan hari Guru 2022

CADANGAN KERTAS KERJA


SAMBUTAN HARI GURU
TAHUN 2022

PERINGKAT

SRA AL-ISLAMIAH

KUCHAI ENTREPRENEURS PARK, KUALA LUMPUR

NO TELEFON
03 – 79724000

EMAIL
Wpf010@jawi.gov.my

1
Sambutan hari Guru 2022

CADANGAN KERTAS KERJA


SAMBUTAN HARI GURU 2022
___________________________________________________________________

1. TAJUK
SAMBUTAN HARI GURU SRA AL ISLAMIAH 2022

2. TUJUAN
Hari Guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada
para guru dan para pendidik di atas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan
serta khidmat bakti. Justeru itu, sambutan Hari Guru SRA Al-Islamiah dijadikan
satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu
mendidik anak bangsa. Guru adalah aset penting dalam menzahirkan hasrat
kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang unggul selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Program ini juga amat bermakna bagi guru agar terus
berusaha memartabatkan profesion perguruan selaras dengan salah satu teras
utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu memartabatkan profesion
perguruan.

3. LATAR BELAKANG
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama
dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal
Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa
Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi
negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak
Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

4. RASIONAL
Sambutan Hari Guru peringkat SRA Al-Islamiah yang diadakan sejajar
dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memartabatkan profesion
perguruan. Sambutan ini juga dirancang bagi meningkatkan lagi kesedaran
masyarakat terhadap peranan, jasa dan pengorbanan guru serta dapat
mengeratkan hubungan dikalangan guru-guru dan mengenali sesama rakan

2
Sambutan hari Guru 2022

sekerja serta menenangkan minda dari beban tugas yang dipikul selama ini di
sekolah.

5. CADANGAN PERLAKSANAAN

5.1 OBJEKTIF
5.1.1 Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk
perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada
masyarakat.
5.1.2 Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting
kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
5.1.3 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas, muhibah dan kerjasama warga
pendidik, ibu bapa dan pelajar
5.1.4 Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5.1.5 Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam mendidik
anak-anak ke arah menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.

5.2 TEMA
Belum diketahui

5.3 TARIKH
16 MEI 2022

5.4 MASA
2.45 – 5.15 petang

5.5 TEMPAT
Dewan SRA AL-Islamiah, Jalan 1/116B, Kuchai Entrepreneurs Park,
Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur

5.6 ATURCARA
Lampiran 1

3
Sambutan hari Guru 2022

5.7 KAEDAH PENGISIAN


Pertandingan dan persembahan murid

5.8 SENARAI JAWATANKUASA DAN TUGAS

Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Us. Mohd Sariff bin Mohd Maidin
Timbalan Pengerusi : Ust. Hamlizah binti Tahir
Penyelaras : Ust. Kamariah binti Mat Daud
Setiausaha : Ust. Zafirah binti Rahmat

Jawatankuasa Program
Pengarah : Ust. Kamariah binti Mat Daud
Penolong Pengarah : Ust. Nurul Aina binti Abdul Rahim
Setiausaha : Ust. Suryati Yusnie binti Yusof
AJK Pengurusan dan Keselamatan : Us. Mohd Sauti bin Mamat
AJK hadiah : Ust. Jamelah binti Yusoff
AJK Jamuan dan kebersihan : Ust. Nur Syamimy binti Mohd Sabri
AJK Permainan dan pertandingan : Us. Nazrul Fadzli bin Zollcapli
AJK Dokumentasi : Ust. Mohd Aidil bin Ahmad Damanhuri

6. IMPLIKASI KEWANGAN
Lampiran 3

7. SYOR
Diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan. Semoga program sambutan hari guru peringkat sekolah ini
mendapat sokongan dan amat bermakna bagi guru agar terus berusaha
memartabatkan profesion perguruan. Manakala murid-murid terus mengenang dan
berterima kasih kepada para guru dan para pendidik di atas segala bentuk
pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti.

4
Sambutan hari Guru 2022

Disediakan oleh,

(SURYATI YUSNIE BINTI YUSOF)


Setiausaha Panitia Akhlak/Feqah
SRA Al-Islamiah

Disemak oleh,

(MOHD SARIFF BIN MOHD MAIDIN)


Guru Besar
SRA Al-Islamiah

5
Sambutan hari Guru 2022

LAMPIRAN 1

ATURCARA
SAMBUTAN HARI GURU 2022

2.45 – 3.00 petang - Murid-murid berkumpul di dewan

3.00 – 3.30 petang - Ucapan pengerusi majlis


- Ucapan Guru Besar
- Ucapan wakil murid
- Ikrar guru
- Nyanyian dan persembahan guru
- Nyanyian dan persembahan murid

3.30 – 4.30 petang - Aktiviti murid

Tahap 1:
- Tahun 1: Ambil gula-gula dengan mulut (kumpulan)
- Tahun 2: Tiup belon sampai pecah (kumpulan)
- Tahun 3: Menyambung tali hingga panjang (Kumpulan)

Tahap 2:
- Tahun 4: Sambung getah hingga terpanjang (Kumpulan)
- Tahun 5: Ambil gula-gula dengan penyepit (Kumpulan)
- Tahun 6: Berebut kerusi (Kumpulan)

4.30 – 5. 15 petang - Penyampaian hadiah


- Bacaan doa
- Bersurai

6
Sambutan hari Guru 2022

LAMPIRAN 2

DISKRIPSI TUGAS

BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS PENYELARAS


1. Pengarah • Memanggil AJK mesyuarat
Program • Memantau perjalanan program sebelum dan Us. Mohd Aidil
selepas bin Ahmad
• Mengadakan posmotem stelah selesai Damanhuri
program
• Membantu AJK yang lain
2. Penolong • Membantu pengarah program Nur Syamimy
Pengarah • Membantu AJK yang lain binti Mohd Sabri
3. AJK Keselamatan • Menyediakan peralatan kecemasan
& Keselamatan • Mengurus sebarang kes kecemasan
Us. Mohd Sauti
Murid • Memastikan murid berada dalam keadaan
bin Mamat
selamat
• Membantu AJK yang lain
4. AJK Hadiah • Menyediakan hadiah
• Menyediakan senarai murid yang memasuki Ust. Jamelah
pertandingan binti Yusoff
• Membantu AJK lain
5. AJK Jamuan dan • Menyediakan hadiah
Ust. Nurul Aina
Kebersihan • Menyediakan senarai murid yang memasuki
binti Abdul
pertandingan
Hamid
• Membantu AJK lain
6. AJK Permainan • Menyediakan peralatan pertandingan dan
dan Pertandingan permainan
Us. Nazrul Fadzli
• Menguruskan setiap pertandingan dan
bin Zollcapli
permainan sepanjang program berjalan
• Membantu AJK yang lain
7. AJK Dokumentasi • Menyediakan kertas kerja Ust. Suryati
• Mengambil gambar sepanjang program Yusnie binti

7
Sambutan hari Guru 2022

berjalan sebelum dan selepas Yusof


• Membuat laporan bertulis setelah selesai
program untuk dihantar ke JAWI.
• Membantu AJK yang lain

8
Sambutan hari Guru 2022

LAMPIRAN 3

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


SAMBUTAN HARI GURU 2022

PERBELANJAAN
BIL PERKARA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM)
1. Hadiah Pertandingan
Tempat Pertama RM 5 x 40 murid RM 200.00
Tempat Kedua RM 4 x 40 murid RM 160.00
Tempat Ketiga RM 3 x 40 murid RM 120.00
2. Hal-hal Lain
Perbelanjaan luar jangka RM 19.00
JUMLAH RM 499.00

PENDAPATAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1. Kewangan Sekolah RM 499.00

Anda mungkin juga menyukai