Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

AKTIVITI PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI MELALUI


PROGRAM MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS)

1.0 PENGENALAN

Pembangunan adab dan nilai seseorang memerlukan usaha berterusan serta


merangkumi pelbagai aspek. Antara aspek penting yang perlu dilihat adalah
sahsiah, akademik, kemahiran dan rasa tanggungjawab dalam menjalankan tugasan
serta mampu memberikan manfaat kepada masyarakat. Adab dan nilai juga penting
dalam membangunkan sebuah negara yang bertamadun.

Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) adalah sebuah aktiviti


pertandingan yang dianjurkan setiap tahun dalam pelbagai peringkat dan acara.
Tujuan utama pertandingan ini adalah bagi membangunkan sebuah modal insan
yang berkualiti disamping dapat membentuk jati diri murid agar memiliki nilai tambah
dan menjadi seorang murid yang berjaya di masa hadapan.

Sehubungan itu, pihak sekolah juga turut mengambil peluang dengan


melibatkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Kajang dalam aktiviti MQSS tersebut.
Usaha dalam membentuk modal insan yang memiliki adab dan nilai yang tinggi
semestinya memerlukan kerjasama dan dorongan daripada pelbagai pihak termasuk
guru, ibu bapa dan pihak-pihak luar yang dirasakan mampu memberi impak dalam
pembangunan tersebut.

Oleh itu, pihak sekolah berharap agar aktiviti ini bakal menjadi satu wadah
untuk membina sebuah generasi yang memiliki nilai dan jati diri serta dapat
mengubah masa depan negara ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.

2.0 NAMA PROGRAM

AKTIVITI PEMBANGUNAN ADAB DAN NILAI MELALUI


PROGRAM MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS)

3.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan membentuk adab serta menambahkan nilai dalam diri
murid-murid melalui penglibatan dalam acara-acara yang dipertandingkan. Selain
itu, program ini juga bertujuan untuk mengasah bakat murid serta memberi
pengalaman kepada murid untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran yang tidak akan
diperoleh di dalam kelas.
4.0 OBJEKTIF

Program ini diharap dapat:

i. Menambah ilmu dan kemahiran murid melalui penyertaan dalam acara


yang dipertandingkan.
ii. Mencungkil bakat serta memberikan pengalaman baru kepada murid.
iii. Memupuk semangat kerjasama pelbagai pihak dalam membina
sebuah modal insan yang cemerlang.
iv. Menjalin hubungan baik antara sekolah dan pihak luar.
v. Memupuk adab dan menambahkan nilai dalam diri murid-murid.

5.0 PELAKSANAAN

Tempoh : Sepanjang tempoh MQSS berlangsung


Tempat : Sekolah Kebangsaan Kajang
Kaedah : Pertandingan dijalankan secara dalam talian
(rakaman dan siaran langsung)

Sila rujuk lampiran 1

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bilangan acara disertai : 7 Acara


Bilagan peserta : 14 orang (Lelaki dan perempuan)

Bil Perkara Anggaran


A. Saguhati jurulatih jemputan. RM 1000.00

JUMLAH A RM 1000.00
B. Kelengkapan dan keperluan
peserta :
i. pakaian dan perhiasan RM 400.00
ii. alat tulis (acara khat) RM 50.00
iii. hiasan pentas (rakaman) RM 200.00
iv. microphone RM 200.00
(untuk rakaman dan siaran langung)

JUMLAH B RM 850.00

JUMLAH KESELURUHAN (A+B) RM1850.00

2
8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Tarikh : 1 April – 30 April 2021


Tempat : SK Kajang
Aktiviti : Pembangunan Adab Dan Nilai Melalui Program Mahrajan
Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS)

JAWATANKUAS NAMA SKOP TUGASAN


A

Penasihat Encik Azmi Bin Zakaria -Mengawal selia dan memantau


Guru Besar keseluruhan program.
-Mendapatkan sumbangan dan
penajaan.

Pengerusi Puan Haslina Binti Azizul Kamal -Mempengerusikan mesyuarat dan


Penolong Kanan Kokurikulum perjumpaan jawatankuasa
pelaksana.

-Memastikan skop tugasan dipatuhi


dan menepati objektif dan matlamat
program.

Penyelaras Pn Siti Shakimah Binti Abd Hamid - Bertanggungjawab dalam


Ketua Panitia Pendidikan Islam menguruskan pentadbiran,
kewangan dan pelaksanaan
program.
- Memastikan tugasan dapat
dijalankan mengikut garis masa
yang ditetapkan

Guru Pembimbing Guru Pembimbing Acara : - Bertanggungjawab membimbing


peserta dalam acara yang disertai.
e-Tarannum
- Menyediakan bahan dan
1. Ahmad Fairuz B Mazanan kelengkapan untuk peserta
2. Ahmad Aslam Bin Badu Ganti mengikut acara.
3. Sarzini Bt Ibrahim
4. Nur Isra Raihanah Bt Iskandar - Membentuk nilai dan adab dalam
diri peserta dalam setiap masa.
e- Hafazan Al-Quran

1. Rafiuddin Bin Mohd Shaihuddin


2. Norhani Bt Hj Mohd Amin

e- Daie Cilik

1. Suyuti Bin Abdullah


2. Muhamad Zul Athfi Bin Abidin
3. Norafizah Bt Budin
4. Nur Ashiqin Bt Rosli
e-Pertandingan Nyanyian Solo
Lagu Kerohanian

1. Mohammad Faizal Bin Ibrahim


2. Azlina Bt Ismail
3. Rohani Bt Chor

Pertandingan Seni Khat Siber

1. Siti Shakimah Bt Abd Hamid

Deklamasi Syair

1. Siti Hajar Bt Mokhilas


2. Muhammad Muammar Bin
Muhajirin
3.Salina Bt Khalid

Deklamasi Sajak

1. Wan Zuraifah Bt Wan Abdullah


2. Mohamad Idris Bin Ahmad Rosdi
3. Siti Zawahil Bt Awang

9 PENUTUP

Adalah menjadi harapan kami agar program ini dapat diluluskan dan akan
berjalan seperti yang dirancang. Semoga program ini dapat memberi manfaat
kepada semua pihak.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

............................................. .............................................
(Rafiuddin Bin Mohd Shaihuddin) (Azmi Bin Zakaria)
Guru Pendidikan Islam Guru Besar,
SK Kajang, SK Kajang,
Kajang, Selangor. Kajang, Selangor.

2
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai