Anda di halaman 1dari 6

SMK SULTAN ISMAIL

24000 KEMAMAN, TERENGGANU

TELEFON : 09-8591955
FAX : 09-8591463
KOD SEKOLAH : TEB 2025
EMAIL :teb2025_smksi@yahoo.com.my
WEBSITE :www.smksikmn.my

KERTAS KERJA
LAWATAN PENANDA ARAS KE IKBN KEMAMAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


PEMBELAJARAN
SMK SULTAN ISMAIL

TEMPAT:
IKBN KEMAMAN

TARIKH:
23 September 2020

ANJURAN:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
PEMBELAJARAN
SMK SULTAN ISMAIL 2020

“MENDEPANI PENDIDIKAN GLOBAL”


“KEMAMAN UNGGUL”
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

VISI PENDIDIKAN KHAS


Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid
Berkeperluan Khas Selaras Dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan

MISI PENDIDIKAN KHAS


Membangunkan modal insan, berkeperluan khas yang cemerlang
berasaskan:-
Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik
Perkembangan potensi diri, ke tahap optimum
Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran
Nilai-nilai murni sebagai warga yang bertanggungjawab dan
Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak
KERTAS KERJA
LAWATAN PENANDA ARAS KE IKBN KEMAMAN

1.0 PENDAHULUAN

Tujuan lawatan penanda aras  adalah untuk perkongsian pintar, sebagai penanda aras dan perolehan input-
input yang berguna yang boleh dijadikan panduan dan rujukan. Secara tidak langsung, program seperti ini
dapat membina jalingan antara sekolah dengan IKBN. Lawatan penanda aras kali pertama ini dijangka
mencipta titik permulaan jalinan antara kedua institusi ini. Di samping mewujudkan hubungan yang baik untuk
kemenjadian anak-anak MBK di sekolah serta menghubungk-jalinkan proses Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) di dalam dan luar kelas khususnya kemahiran pembuatan roti yang diajar di kelas.

Lawatan penanda aras ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan antara kedua-
dua institusi, malahan perkongsian idea yang bernas dapat membantu mencapai kecemerlangan dan
kemenjadian murid. Hal ini sekaligus akan meningkatkan taraf profesionalisme guru-guru di samping menimba
pengetahuan untuk menambahbaik pengurusan di institusi masing-masing.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Sekolah dapat membina jaringan dan interaksi dengan pihak IKBN.
2.2 Guru dan MBK dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran tentang
pembuatan roti secara terbimbing dan terlatih.
2.3 Murid-murid diberi peluang melihat secara terperinci tentang sesuatu
kursus pembuatan roti proses di peringkat yang tinggi.

3.0 SASARAN

Murid PPKI : 40 Orang


Guru : 12 Orang
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) : 4 Orang
---------------------------------------------------------------------------
Jumlah : 56 Orang
---------------------------------------------------------------------------

4.0 TARIKH / MASA / TEMPAT

4.1 Tarikh : 23 September 2020


4.2 Hari : Rabu
4.3 Masa : 8.00 pagi- 2.00 petang
4.4 Tempat : IKBN Kemasik, kemaman Terengganu
5.0 AJK PELAKSANA
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : Pengetua SMK Sultan Ismail
Ketua Rombongan : Penolong Kanan PPKI, SMK Sultan Ismail

JAWATAN NAMA BIDANG TUGAS


Penyelaras 1. Pn. Azmi Yanie Binti 1. Menyediakan surat menyurat.
Program Draman @ Abdullah 2. Merancang program dan aktiviti
lawatan
3. Taklimat program kepada guru dan
Pelajar

AJK 1. Pn. Che Noor Hidayah 1. Berhubung dengan pihak sekolah untuk
Pengangkutan   Binti Che Ali menempah bas ke lawatan tersebut.
 

AJK Fotografi 1. Pn. Suhana Binti Ghazali 1. Mengambil gambar sepanjang program lawatan.
& 2. Pn. Zainun Binti Mohd 2. Mendokumentasikan aktiviti (kamera
Dokumentasi Nor dan video- cam)
3. Pn. Nor Hazilah Binti
Abdul Wahab@Yong

AJK Makanan 1. Pn. Zuzi Azura Binti 1. Menguruskan makan dan minum
& Minuman Ismail MBK semasa program lawatan ini.

2. Pn. Sabariah Binti Azmy

AJK Disiplin/ 1. Pn. Nor Hafiza Binti 1. Memastikan disiplin pelajar terkawal.
Kebajikan & Omar 2. Pembahagian kumpulan guru dan
Keselamatan 2. Pn. Halimahton Saadiah MBK
Binti Abd Hamid
AJK Kebajikan 1. Pn. Mariani Binti Mat 1. Menyediakan peti kecemasan semasa program
dan Kecemasan Amin berjalan
2. Pn. Maziana Binti
Hamzah
3. Puan Zainun Binti
Dagang
          
6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI CATATAN

7.30 pagi  Pelajar Berkumpul di kelas PPKI

 Taklimat Keselamatan SMK Sultan Ismail

 Bertolak ke IKBN Kemaman

9.45 pagi IKBN


 Sesi taklimat oleh pihak IKBN
10.30 pagi Kemaman
 Tunjukcara penyediaan roti kepada WARGA

PPKI

 Majlis bersurai

12.30 tengah hari Pantai Kemasik


 Makan Tengah Hari
SMK Sultan Ismail
 Bertolak balik ke SMK Sultan Ismail
7.0 PENUTUP

Pengalaman dan pengetahuan yang akan diperolehi oleh MBK dalam lawatan ini dapat mewujudkan sikap
yang positif di dalam diri semua untuk menjalankan tugas dengan lebih dedikasi. Diharap guru-guru dapat
menggunakan pengalaman yang diperolehi untuk menambahbaik kualiti kerja. Semoga lawatan ini dapat
memberi manfaat kepada semua peserta khususnya MBK serta mampu memberi input yang berguna
untuk MBK bagi menjadikan mereka mampu berdikari, berkeyakinan diri dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan Oleh,

................................... ................................... .....................................

(AZMI YANIE BINTI ABDULLAH) (BIBINOORHAMIMAH BINTI ISMAIL) (MD. NAZERI BIN HASSAN)

Setiausaha PK Pendidikan Khas Pengetua

Anda mungkin juga menyukai