Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA LAWATAN PENANDAARASAN

1. TAJUK

1.1 Lawatan Penanda Arasan Unit Ko-Kurikulum Madrasah Tarbiah Islamiah Tahun 2018.

2. PENDAHULUAN

Lawatan ini merupakan Lawatan Penandaarasan Unit Ko-Kurikulum terdiri daripada GPK Ko-
kurikulum, setiausaha, penyelaras-penyelaras dan guru penasihat Sukan Petanque Madrasah
Tarbiah Islamiah. Ia merupakan program untuk meningkatkan taraf profesionalisme guru-guru di unit
ko-kurikulum di samping menimba pengetahuan untuk menambahbaik pengurusan ko-kurikulum
sekolah.

3. OBJEKTIF

3.1 Dapat memperkayakan pengetahuan dan pengalaman guru-guru tentang


pengurusan ko-kurikulum Sekolah Kluster Kecemerlangan.
3.2 Guru-guru dapat berkongsi pengetahuan tentang kecemerlangan sukan kebitaraan
Petanque SMK Seri Bentong, Karak, melalui pengalaman sebenar.
3.3 Sekolah dapat berinteraksi dan membina jalinan dengan SMK Seri Bentong, Karak.

4. RASIONAL

4.1 Dapat memberi motivasi kepada unit ko-kurikulum khususnya ke arah mencapai
taraf pengurusan cemerlang ko-kurikulum.

4.2 Menggalakkan perkongsian maklumat dan kepakaran dalam mencapai kecemerlangan


Sukan petanque ke arah kebitaraan sekolah.

4.3 Dapat memberi galakan kepada guru-guru dan kakitangan untuk bekerja dengan lebih tekun
dan bersungguh-sungguh ke arah memastikan sekolah terus mencapai kecemerlangan
dalam ko-kurikulum dan bersedia mencapai taraf Sekolah Kluster kecemerlangan.

5. TARIKH LAWATAN

05 Jun 2018

6. TEMPAT LAWATAN

SMK Seri Bentong, Karak, Bentong, Pahang.

7. KUMPULAN SASARAN

AJK Unit Ko-Kurikulum dan Guru Penasihat Sukan Petanque (7 orang)

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara RM
Pendapatan
2. Sumbangan Syarikat Segumpal Bakti RM 100
Jumlah RM 100
Perbelanjaan
1. Pengangkutan RM 60
2. Cenderamata untuk SK Bandar Uda 2 RM 40
.Jumlah RM 100
9. TENTATIF PROGRAM

05/06/2018 - Selasa

7.15 pagi - Semua peserta lawatan berkumpul di MTI


7.30 pagi - Bertolak ke SMK Seri Bentong
8.45 pagi - Taklimat Pengurusan Ko-kurikulum
- Pengurusan Sukan kebitaraan : Petanque
- Asas Petanque
10.30 pagi - REHAT
11.00 pagi - Lawatan Tapak - Padang
12.00 tghari - Bertolak balik ke MTI

10. JAWATAN KUASA LAWATAN PENANDAARAS UNIT KOKURIKULUM 2018

Pengerusi : Tuan Haji Mohd Hamidim bin Abdul Hamid

Naib Pengerusi : En. Muhammad Akashyah bin Khalil Safri

Setiausaha : Pn. Asmaq binti Kamazlan

Penyelaras : Tn. Haji Mohd Anis bin Mahmud

Cenderahati dan Sijil : Pn. Nurul Syafinas bt. Mazlan

Pengangkutan : En. Shuzailal bin Hamzah

Keselamatan : En. Zulhaimi bin Narin

Fotografi : En. Muhd Fazli bin Supar

Dokumentasi : En. Zainal bin Abdullah

12. PENUTUP

Pengalaman dan pengetahuan yang akan diperolehi oleh guru-guru dalam unit
kokurikulum dalam lawatan ini diharapkan dapat mewujudkan sikap yang positif di dalam diri semua
untuk menjalan tugas dengan lebih dedikasi. Diharap guru-guru dapat menggunakan pengalaman
yang diperolehi untuk menambahbaik kualiti kerja dan melahirkan satu tujuan untuk melahirkan sukan
petanque sebagai sukan kebitaraan di Madrasah Tarbiah Islamiah, Kg. Chatin ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

______________________________ ____________________________
(ASMAQ BINTI KAMAZLAN) (MOHD ANIS BIN MAHMUD)
Setiausaha Penyelaras
Lawatan Penandaarasan Lawatan Penandaarasan

Diluluskan oleh ,

______________________________
(MOHD HAMIDIM BIN ABDUL HAMID)
Pengetua
Madrasah Tarbiah Islamiah, Kg. Chatin,Temerloh.

Anda mungkin juga menyukai