Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

___________________________________________

SAMBUTAN MAAL HIJRAH


1444H/2023M

Tarikh: 28 Julai 2023


Hari: Jumaat
Masa: 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat: Dewan Terbuka SKDA

______________________________________________________________________________________________________________
__________

ANJURAN

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SK DESA AMAN

DENGAN KERJASAMA

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING


SK DESA AMAN
PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H/2023M
PERINGKAT SEKOLAH – SK DESA AMAN

1.PENDAHULUAN

Maal Hijrah dari sudut bahasa ialah sama-sama berpindah manakala dari segi istilah
pula ialah berpindah dari perkara yang negatif kepada yang positif dan dari perkara positif
kepada perkara yang afdhal. Justeru itu penghayatan cara hidup Islam yang sebenar perlu
ditanam di dalam jiwa setiap warga SK Desa Aman bagi menghasilkan kehidupan yang lebih
bahagia di dunia dan akhirat.

2.RASIONAL

Dalam program keagamaan yang disiarkan di kaca tv terutama apabila tibanya bulan
Muharram atau Maal Hijrah terdapat banyak ceramah serta kuliah yang membincangkan
tajuk tentang Hijrah ini. Ceramah dan kuliah seperti ini mengajar kita untuk menghayati
perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam peristiwa Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah.
Tajuk ini juga boleh menjadi motivasi kepada pelajar dalam menuntut ilmu dan perubahan
akhlak dalam mendapatkan keredhaan Allah.

3.OBJEKTIF

3.1 Pelajar dapat memahami maksud hijrah yang sebenar


3.2 Mengetahui jalan cerita penghijrahan Rasulullah dan para sahabat
3.3 Mengambil iktibar dari peristiwa hijrah Rasulullah.

4.TARIKH

28 Julai 2023 Hari Jumaat ( 10 Muharram 1445 Hijrah)


8.30pg – 10.30pg

5.TEMPAT

Dewan Terbuka SK Desa Aman.

6.SASARAN

Murid Islam Tahun 4,5 dan 6.

7.JAWATANKUASA PROGRAM MAAL HIJRAH

Penasihat : En. Shahidan bin Hj. Said ( Guru Besar )


Pengerusi : En. Norherman Shah bin Mohd Ansor ( PK Pentadbiran )
Timb. Pengerusi : Pn. Zaiton bt Abdul Rahman ( PK HEM )
Naib Pengerusi 1 : En Abdul Halim bin Wan Hassan (PK Kokurikulum )
Naib Pengerusi 2 : Pn Zanariah bt Zakaria ( PK Petang )
Ketua Panitia : Ustaz Mohd Fairus B Ismail
Penyelaras Program : Ustaz Kamarul Aifin bin Kamarudzzaman
Timb. Penyelaras : Ustazah Norwati Bt Imammuhairi
Setiausaha : Ustazah Majida binti Selidin
Bendahari : Ustazah Dayang Supia Bt Darmawi
AJK KERJA

Persiapan Tempat : Ust Kamarul Aifin bin Kamarudzzaman


Pengerusi Majlis : Ust Khairil Aswan bin Hara Bayni
Pertandingan Kuiz : Ustzh Rosnita bt Ismail
Hadiah Murid : Ustzh Nurul Zakiah bt Ab Rahman
Disiplin Murid : Ustzh Normala bt Taib
Ustzh Majida bt Selidin
Ustzh Wan Halimah bt Wan Abdullah
Ust Kamarul Aifin bin Kamarudzzaman

8.ATURCARA PROGRAM

7.30pg – 8.00pg : Murid masuk kelas/Guru kelas ambil kehadiran


8.00pg – 10.00pg : Murid berkumpul di Dewan Terbuka.
Ceramah Maal Hijrah Bermula
Penceramah : Ustaz Haza Akademi Youtuber
Sesi soal jawab bersama penceramah

10.00pg – 10.30pg : Kuiz Maal Hijrah dilaksanakan

9.IMPLIKASI KEWANGAN

Jumlah (RM)
9.1 Sumber Kewangan

1 PCG Panitia Pendidikan Islam & Moral RM650.00

Jumlah RM650.00

9.2 Perbelanjaan Jumlah (RM)

1. Bayaran Penceramah RM200.00


2. Pembelian Hadiah Kuiz
15 hadiah kuiz Tahun 4 × RM10.00 RM150.00
15 hadiah kuiz Tahun 5 × RM10.00 RM150.00
15 hadiah kuiz Tahun 6 × RM10.00 RM150.00

Jumlah RM650.00

10.ULASAN JPN/PPD

-Tiada-
11.PENUTUP

Semoga usaha murni mengingati sirah perjuangan Rasulullah dalam peristiwa hijrah
ini mendapat sokongan dari semua pihak. Mudah-mudahan juga seluruh umat Islam
berusaha untuk berubah dari tabiat mazmumah kepada akhlak mahmudah, khususnya
kepada warga SK Desa Aman. Seterusnya marilah kita sama-sama beristiqamah dan
beriltizam untuk menjadi ummat Nabi Muhammad yang mendapat keredhaanNya di dunia
dan akhirat.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

...................................... ...................................
(KAMARUL AIFIN BIN KAMARUDZZAMAN) (ABDUL HALIM BIN WAN HASSAN)
Penyelaras Program Sambutan Maal Hijrah, Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Desa Aman Sekolah Kebangsaan Desa Aman

Tarikh: ......................... Tarikh: .............................

KERTAS KERJA
PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H/2023M
PERINGKAT SEKOLAH – SK DESA AMAN
_________________________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja:

Program Sambutan Maal Hijrah 1445H/2023M

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Sambutan Maal Hijrah


1445H/2023M

Ulasan :

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Disahkan Oleh,

________________________
(SHAHIDAN BIN HAJI SAID)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Desa Aman

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai