Anda di halaman 1dari 2

DOA MESYUARAT AGUNG PIBG

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫و َعلَى آلِ ِه َواَصْ َح ِاب ِه اَجْ َم ِعيْن‬، َ ‫صالَةُ َوال َّسالَ ُم َعلَى اَ ْش َرفِ ْالمُرْ َسلِيْن‬ َّ ‫وال‬، َ ‫هلل َربِّ ْال َعالَ ِميْن‬
ِ ِ ‫اَ ْل َح ْم ُد‬.
ْ ‫َأل‬ ‫َأ‬ ْ ‫َأل‬ ‫َأ‬ ْ ْ ْ ْ ‫َأل‬ ‫َأل‬ ‫ ُن َأل‬... ‫ص ِّل َعلَى‬
ّ ‫اَللَّ ُه َّم‬
ِ ‫و صْ َح ِاب ِه ا خ َي‬...
... ‫ار‬ َ ‫ار‬
ِ ‫و لِ ِه ا ط َه‬...َ ‫ار‬ ِ ‫ َس ِّي ِد َنا م َُح َّمدٍالمُخ َت‬... ‫ار‬
ِ ‫ب ال َي َس‬ ِ ‫و ِمف َت‬...
ِ ‫اح َبا‬ َ ‫ار‬ ْ
ِ ‫اق ا غ َي‬ ِ ‫وتِرْ َي‬...
َ ‫ار‬ ِ ‫ َوسِ رِّ ا سْ َر‬... ‫ار‬ ِ ‫ور ا ْن َو‬
ِ
‫ضالِ ِه‬ ‫َأ‬
َ ‫هللا َو ْف‬
ِ ‫َعدَدَ ِن َع َم‬

Ya Allah … bersempena dengan Mesyuarat Agong PIBG kali KE-11 INI,


di atas keizinan MU jua kami berada di SINI,
untuk menzahirkan rasa kesyukuran kami yang tidak berbelah BAGI,
di atas segala limpah kurnia yang Engkau BERI,
dengan jayanya Mesyuarat ini kami HADIRI
Ya Rabbul IZZAH
Dengan kerjasama serta MAHABBAH, . .
semua staf, guru-guru, dan ibubapa yang IZZAH, . .
LIMPAHIlah mesyuarat kami ini dengan RAHMAH,
penuhi majlis ini dengan BARAKAH,
agar majlis ini sampai ke NOKTAH,
untuk mencari kesatuan FIKRAH,
menghurai segala MASALAH,
memperkasa tindakan dan LANGKAH
demi satu tujuan dan MASLAHAH.
Ya Miftahus Samawati wal Ardh,
JANGANLAH engkau bebani kami dengan tugas yang tidak mampu kami KANDAR.
kerana sesungguhnya tiada daya dan IHKTIAR,
melainkan ENGKAU tempat kami BERSANDAR,
Jika engkau inginkan kami menggalas tugas MENCABAR,
kerana engaku mengetahui bahawa kami mampu menggalas tugas yang SUKAR,
maka BANTULAH kami . . .untuk mengumpul segala IKHTIAR,
menggembeling tenaga penuh SABAR,
tawakkal dalam setiap usaha kecil mahupun BESAR,
kerana hanya engkau jua yang boleh mengubah qada dan QADAR,
selagi hamba usaha dan IHKTIAR,
demi memenuhi agenda pendidikan yang MENCABAR,
agar kecemerlangan sekolah dan PELAJAR,
dapat direalisasi dan diLAKAR.
Ya rabbul-ALAMI
KURNIAKAN kepada KAMI
anak-anak penyejuk di mata penawar di HATI
sihat jasmani dan ROHANI,
subur ruhi dan AQLI,
tinggi akhlaq dan BUDI,
mengambil berat perkara DINI,
ajaran nabi diIKUTI,
perintah Allah diPATUHI,
ibu bapa diSAYANGI,
guru-guru diHORMATI,
rakan-rakan diKASIHI,
mempunyai cita-cita TINGGI,
menuntut ilmu keutamaan DIRI,
demi berjaya duniawi dan UKHRAWI.
Ya Allah Ya Khairul Ihsan…
hidup dan mati ini . . . kepadaMu kami SERAHKAN,
berbekalkan nadi yang masih berdenyut dijiwa INSAN,
selagi nyawa dikandung BADAN,
bisikan doa yang sentiasa DIPANJATKAN,
bersama titisan air mata KEINSAFAN.
Ya ALLAH
ENGKAU TAMPUNGLAH segala KEKURANGAN,
ENGKAU tutuplah segala keAIBAN
ENGKAU satukan semangat dan TINDAKAN
ENGKAU perbaiki segala KELEMAHAN
ENGKAU maafkan segala KEALPAAN
ENGKAU rungkaikan segala PERMASALAHAN
ENGKAU berkati musyawarah dan PERBINCANGAN,
ENGKAU iringi segala usaha kami dengan KEBERKATAN,
Agar musyawarah hari ini sebagai lancar BERJALAN
demi anak-anak SEDESA generasi HARAPAN.
Aamiinn Ya Rabbal Alamiinn

‫ َوالَ َتجْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا َشقِ ًّيا َوالَ َم ْطر ُْو ًدا َوالَ َمحْ ر ُْومًا‬، ‫ َو َت َفرُّ َقـَ َنا مِنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ قا ً َمعْ ص ُْومًا‬، ‫ اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َجمْعًا َمرْ ح ُْومًا‬.
‫ك فِ ْي ِه‬ َ ‫ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخي َْر َأعْ َمالِ َنا َخ َوا ِت ُم ُه َو َخي َْر أيَّا ِم َنا َي ْو َم ْأل َقا‬ ‫َأ‬
ِ ‫اللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َخي َْر عْ َم‬
ً
‫ك َرء ُْوفٌ َر ِح ْي ٌم‬ َ ‫ان َوالَ َتجْ َع ْل فِيْ قـُلُ ْو ِب َنا غِ الّ ِللَّ ِذي َْن َءا َم ُن ْوا َر َّب َناإ َّن‬ ِ ‫اغفِرْ لَ َنا ُذ ُن ْو َب َنا َوِإل ْخ َوا ِن َنا الَّ ِذي َْن َس َبقُ ْو َنا ِباِإل ْي َم‬
ْ ‫اللَّ ُه َّم‬
َّ
‫اب النار‬ َ َ َ َ ْ ُّ
َ ‫ِ ر َّبنا َءا ِتنا فِي الدن َيا َح َسنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح َسنة ًَوقِنا َعذ‬ َ َ َ

‫ َو ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬، ‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‬


َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى م َُح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai