Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERSARAAN

َّ ْ‫منِا‬
‫لرحِ يْم‬ َّ ْ‫ ِبس ِِْمِللاِِِا‬.
ِِ ْ‫لرح‬

َِ‫ص َحابِ ِِهِأَجْ َم ِعيْن‬


ْ َ ‫علَىِآ ِل ِِهِ َوأ‬ َ ِ‫علَى‬
َ ‫سيِ ِدنَاِم َح َّمدِِ َو‬ َ ِِ‫سالَم‬ َّ ‫ِ َوال‬،‫بِ ْالعَالَمِ يْن‬
َّ ‫صالَةِ َوال‬ َِّ ِ ِِ‫ا َ ْل َح ْمد‬.
ِِ ‫لِلِِ َر‬

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan
RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan
dan kekuatan kepada ............................................. yang akan bersara, menamatkankan
perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh
gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan
ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala
jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau
limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah
mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang
sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-
mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan
perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah
kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal,
zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di
akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah
perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

ِْ ‫لَِ َم‬
ِ‫ن‬ ِ ‫لِاللَّه َِّمِ ِف ْينَاِ َو‬
ِ ‫لَِ َم َعنَاِ َو‬ ِ ‫ِ َو‬،‫نِ َب ْع ِدِِهِتَفَ ُّرقِا ًِ َم ْعص ْو ًما‬
ِِ ‫لَِتَجْ َع‬ ِْ ‫اَللَّه َِّمِاجْ َع‬
ِْ ‫ِ َوِت َفَ ُّرقَـَنَاِ ِم‬،‫لِ َج ْم َعنَاِ َه َذاِ َج ْمعًاِ َم ْرح ْو ًما‬
‫لَِ َمحْ ر ْو ًما‬
ِ ‫طر ْودًاِ َو‬ ْ ‫لَِ َم‬ َ ِ‫ َيتْ َبعنَا‬.
ِ ‫ش ِقيًّاِ َو‬

َِ ‫ع َذ‬
ِ.ِ‫ابِالنَّار‬ َ ‫سنَةًِِ َوفِيِاأل َ ِخ َرِةِِ َح‬
َ ِ‫سنَةًِ َوقِنَا‬ َ ‫َربَّنَاِ َءاتِنَاِفِيِال ُّد ْنيَاِ َح‬
ََِ‫بِالعَالَ ِميْن‬ َِِّ ِ ‫ِ َو ْال َح ْمد‬،‫سلَّ َم‬
ِِ ‫لِلِ َر‬ َ ‫علَىِ َءا ِل ِِهِ َو‬
َ ‫صحْ بِ ِِهِ َو‬ َ ِِ‫صلَّىِللا‬
َ ِ‫علَى‬
َ ‫سيِ ِدنَاِم َح َّمدِِ َو‬ َ ‫ َو‬.

Anda mungkin juga menyukai