Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERPISAHAN

َّ ْ‫من ا‬
‫لرحِ يْم‬ َّ ْ‫بِس ِْم هللاِ ا‬.
ِ ْ‫لرح‬
َ‫ص َحا ِب ِه أَجْ َم ِعيْن‬
ْ َ‫علَى آ ِل ِه َوأ‬ َ ‫علَى‬
َ ‫س ِيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َوال‬،‫ب ْال َعالَ ِميْن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِ َّ ِ ‫اَ ْل َح ْم ُد‬.
ِ ِّ ‫َلِل َر‬
Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon
ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga
kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada LIYANA ABDULLAH yang akan berpindah ke
sekolah baru di SK KPG ANGUS. Moga baginya selepas berpindah nanti, kehidupan yang
penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan,
ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah


Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan
atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai
seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat
juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai
pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran,
demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat
beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat


Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur.
Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami
kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang
cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami
segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram


Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan
jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

‫ َوالَ تَجْ عَ ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا‬،‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه ت َفَ ُّرقا ً َم ْع‬،‫اَللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
‫ط ُر ْودًا َوالَ َمحْ ُر ْو ًما‬ ْ ‫ش ِقيًّا َوالَ َم‬ َ ‫والَ َمعَنَا َوالَ َم ْن يَتْبَعُنَا‬. َ
‫اب النَّار‬ َ َ‫عذ‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ َ
َ ‫سنَة ً َوفِي األ ِخ َرةِ َح‬ َ ‫ربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬.ِ
َ
َ‫ب ال َعالَ ِميْن‬ ْ َّ
ِ َّ ِ ‫ َوال َح ْمد‬،‫سل َم‬
ِ ِّ ‫َُلِل َر‬ َ ‫صحْ ِب ِه َو‬ َ ‫علَى َءا ِل ِه َو‬ َ ُ‫صلَّى هللا‬
َ ‫علَى‬
َ ‫س ِيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai