Anda di halaman 1dari 1

DOA MENGHADAPI PEPERIKSAN SPM

ِ‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬


ِ ‫سْ ِم‬
َ َ َ َ
‫صالة َوال َّسال ُم َعلى َرس ُْولِنا األ ِمي َْن َو َعلى َءألِ ِه َوأصْ َحاب ِه أجْ ـ َم ِعي َْن‬ َ ُ ‫ِـح‬
َّ ‫ َوال‬، ‫ات‬ َ ‫هلل الذِيْ ِبنِعْ َم ِت ِه َت ِت ّم ُالصَّال‬ َ ‫ ْال‬.
ِ ‫ـحمْ ُد‬

Segala pujian dan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan rahmat-Nya dapat kita sama-sama
meneruskan kehidupan dengan selamat dan sejahtera

Ya, Allah, Ya, Rahman Ya, Rahim


Kami memohon petunjuk dan hidayah dari-Mu, mudah-mudahan dengannya dapatlah kami
beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kami menadah tangan memohon agar segala usaha kami dalam menghadapi peperiksaan SPM
diberkati dan mendapat pertolongan dari-Mu Ya Allah, mudah-mudahan akan menjadikan kami
bertambah daya ingatan dan dapat menjawab dalam peperikaan dengan lancar dan tepat.

Ya, Allah, Ya, Rahman Ya, Rahim


Kami juga memohon agar segala ilmu yang kami pelajari selama ini dapat dimanfaatkan dalam
kehidupan yang akan datang untuk kesejateraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Ya, Allah, Ya, Rahman Ya, Rahim


Rahmatilah semua para guru kami yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan khidmat tidak
terhingga dalam menyampaikan ilmu kepada kami dengan bersungguh-sungguh.

Ya, Allah, Ya, Rahman Ya, Rahim


Ampunilah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan dosa seluruh
umat Islam di serata dunia. Jauhilah kami dari segala mala petaka dan bala bencana yang
menyebabkan kami terjerumus ke lembah kehinaan, kesengsaraan dan penderitaan.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim


Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami
meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana
Engkaulah yang Maha memakbulkan doa doa kami Ya Allah..

‫اب ال َّنار‬ َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح َس َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
َ ِّ‫ َو ْال َحمْ ُدهَّلِل ِ َرب‬، ‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‬
‫العالَ ِمي َْن‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى م َُح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai