Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬


ِ ‫ِبسْ ِم‬
‫س ْولِ َنا اَأل ِم ْي ِن‬ َ ‫السالَ ُم َع‬
ُ ‫لى َر‬ َّ ‫صالَةُ َو‬ َّ ‫العا َل ِم ْينَ َوال‬ ِ ‫اَ ْل َح ْم ُد‬
َ ‫هلل َر ِّب‬
َ‫ص َح ِاب ِه َأ ْجـ َم ِع ْين‬
ْ ‫لى آلِ ِه َوَأ‬
َ ‫َو َع‬
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah
mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Peyampaian
Watikah Perlantikan Pemimpin SMKDOJ pada hari ini.

Ya Allah, Ya Fattahu Ya ‘Alim


Jadikahlah Majlis ini sebagai pembuka kejayaan, ketenangan yang
menyeluruh untuk kami dan kaum muslimin keseluruhannya untuk
memelihara agama-Mu dan menjalankan amanah yang diberikan.
Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau
berikan kepada hambaMu yang terpilih.
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan
hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami
dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah, Ya ‘Aziz, Ya Jabbar, Ya Muntaqim


Bantulah kami dalam melaksanakan amanah sebagai pemimpin sekolah
ini, pimpinlah kami ke arah kebaikan. Berikanlah kekuatan kepada kami
agar dapat membantu pihak pengurusan, guru dan seluruh warga
sekolah ini dalam mewujudkan budaya sihat dan cemerlang di sekolah
ini.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
diberkati dan dirahmati. Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini
sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan
keburukan.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, ibu bapa kami, guru-guru kami
serta sekalian muslimin dan muslimat seluruhnya sama ada yang masih
hidup atau telah meninggal dunia.

َ ‫ِ ر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح َس َنة ًَو ِق َنا َع َذ‬
‫اب ال َّنار‬ َ
‫ َو ْال َحمْ ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعا َل ِمي َْن‬، ‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫صلَّى هللاُ َع َلى م َُح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai