Anda di halaman 1dari 1

DOA SEBELUM MASUK BILIK PEPERIKSAAN

‫بِس ِْم هللاِ الرَّحْ مـ ِن ال َّر ِحي ِْم‬


َ‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأصْ َحابِ ِه َأجْ َم ِع ْين‬
َّ ‫ َوال َعاقِبَة لِ ْل ُمتَّقِ ْينَ َوال‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َربِّ ال َعالَ ِم ْين‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan
hidayah Mu ya Allah. YaAllah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua
ibu bapa kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru
kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat
.
Ya Allah Ya Ghofur Ya Raouf 
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami
manusia yang sentiasa bersyukur kepadaMu. Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa mencintaiMu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini
sebagai suatu amal ibadah yang diterimaMu
.
Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid
Hari ini kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untuk
kami menjawab kertas peperiksaan SPM
bagi matapelajaran…………………………………….. sebentar lagi. Jauhilah
kami daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan
peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan
sepertimana skema jawapan
.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM tahun
ini. Makbulkanlah permintaan kami agar dapat mencapai kejayaan. Mudah-
mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk
kami menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri kepada Mu.
Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan
cemerlang di akhirat
.
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana engkaulah tuhan kami.
Kami meminta kepadaMu kerana engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu
kepada Mu kerana engkaulah yang Maha memakbulkan doa doa kami Ya Allah..

َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَةً َوفِي ْاآل ِخ َر ِة َح َسنَةً َوقِنَاـ َع َذ‬
ِ َّ‫اب الن‬
‫ار‬
َ‫صحْ بِ ِه َأجْ َم ِع ْينَ َو ْال َح ْم ُد ِهللِ َربِّ ْال َعالَ ِم ْين‬
َ ‫صلَّى هللا ُ َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai