Anda di halaman 1dari 1

DOA PERHIMPUNAN SEBELUM PEPERIKSAAN SPM

ِ ‫بِس ِْم هللاِ الرَّحْ َم ِن الر‬


‫َّحيْم‬
َ‫صالَة َوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأصْ َحابِ ِه َأجْ َم ِع ْين‬
َّ ‫ َوال َعاقِبَة لِ ْل ُمتَّقِ ْينَ َوال‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َربِّ ال َعالَ ِم ْين‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah. Ya
Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa saudara mara kami, dosa
.ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat

Ya Allah Ya Ghofur Ya Raouf

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa
bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa
.yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu

Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid

Hari ini kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untuk kami menjawab kertas
peperiksaan SPM bagi matapelajaran __________________ sebentar lagi. Jauhilah kami daripada perasaan
resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan
.sepertimana skema jawapan

Ya Allah, Ya Tuhan Kami


Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun ini. Mudah-mudahan dengan keputusan
yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk kami menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri
.kepada Mu. Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim


Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada
Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha
..……memakbulkan doa doa kami Ya Allah

‫صحبِ ِه‬ ِِ ٍ ِ َّ‫صل‬ ِ‫اَألخر ِة حسنةً وقِنا ع َذاب النَّا‬ ِ ‫ربَّنَا َأتِنَا ىِف الدُّنيا حسنةً وىِف‬
َ ‫لى َسيِّدنَا حُمَ َّمد َو َعلَى اَله َو‬
َ ‫ع‬
َ ‫اهلل‬ ‫ى‬ َ ‫و‬
َ ‫ر‬ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ََ َ َ
.‫ني‬ ِ ‫ب‬ ِ ُ ‫ص ُفو َن وسالَم علَى املرسلِني واحل‬ ِ ‫ب العَِّز ِة ع َّما ي‬ ِ
َ ‫العلَم‬
َ ِّ ‫مد ِهلل َر‬ َ ََ َُ َ ٌ ََ َ َ ِّ ‫ك َر‬
َ ِّ‫بحا َن َرب‬
َ ‫ني ُس‬
َ ‫َأمجَع‬

Anda mungkin juga menyukai