Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA KEM KEPIMPINAN 2023

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِحْي ِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َر ُسْو ِلَن ا األِم ْي َن َو َع َلى َء أِلِه‬، ‫اْلـَح ْم ُد ِهلل الِذ ْي ِبِنْع َم ِتِه َت ِتّم ُ الَّص اِلـَح اُت‬
. ‫َو أْص َح ابِه أْج ـَم ِع ْي َن‬
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu / kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri KEM KEPIMPINAN 2023 pada hari ini .

Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,

Sesungguhnya pada hari ini / kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar
pendapat / di samping menyumbang buah fikiran / dalam membentuk generasi yang berguna pada
masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Engkau perbaikilah akhlak kami , Engkau hiasi kami dengan akhlak-akhlak yang baik , terpuji serta
hindarilah kami dari sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan / dan bimbinglah
kami ke jalan kebenaran .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,


Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan / lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan / lantas bersegera
meninggalkan keburukan .
Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani / agar kami dapat menempuh ujian
yang mendatang daripada-Mu Ya Allah .
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi
sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati / samada dalam bidang
akademik mahupun keperibadian .

‫ َو َال َت ْج َع ِل الَّلُهَّم ِفْي َن ا‬، ‫ َو َت َفُّر َقَـَن ا ِمْن َبْع ِدِه َت َف ُّر قًا َمْع ُصْو ًم ا‬، ‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْمَع َن ا َه َذ ا َج ْمًع ا َمْر ُحْو ًم ا‬
. ‫َو َال َمَع َن ا َو َال َم ْن َي ْت َبُع َن ا َش ِقًّي ا َو َال َم ْط ُرْو ًدا َو َال َمْح ُرْو ًم ا‬
‫الَّلُهَّم اْج َع ْل َخ ْيَر َأْع َم اِر َن ا َء اِخُرُه َو َخ ْيَر َأْع َم اِلَن ا َخ َو اِتُم ُه َو َخ ْيَر أَّي اِم َن ا َيْو َم أْلَقاَك ِفْي ِه‬
‫الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَن ا ُذ ُنْو َب َن ا َو ِإلْخ َو اِنَن ا اَّلِذ ْي َن َسَب ُقْو َن ا ِباِإلْيَم اِن َو َال َت ْج َع ْل ِفْي قُـُلْو ِبَن ا ِغ ًّال ِلَّلِذ ْي َن َء اَم ُنْو ا‬
‫َر َّب َن اإَّن َك َر ُءْو ٌف َر ِح ْي ٌم‬
ِ‫َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫ َو اْلَح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai