Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP JAMBORI SKIM LENCANA ANTI

DADAH (SLAD) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِحْي ِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬
‫َع َلى َس ِّي ِد َن ا ُمَح َّم ٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْي َن‬

Ya Allah Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya pada-Mu sahajalah
kami panjatkan kesyukuran atas segala rahmat yang Engkau kurniakan dan
mengizinkan kami untuk merealisasikan Jambori Skim Lencana Anti Dadah
(SLAD) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

Ya Allah berkatilah perhimpunan kami. Satukanlah hati-hati kami,


eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha
kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era
teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan
rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana
kecemerlangan di masa hadapan.
‫يا اهلل يا فارج الهم ويا كاشف الغم‬
Ya Allah, satukanlah minda kami untuk membentuk Malaysia Madani yang
bencikan dadah. Kuatkanlah tekad dan semangat kami untuk memanah
segala bahaya, menghala tepat ke busar si durjana. Ya Allah kurniakanlah
kemenangan yang hakiki kepada kami demi untuk menjulang bendera
kemurnian diri. Jadikanlah kami orang yang istiqamah dalam menabur bakti
membangunkan umat, masyarakat, bangsa dan agama.

Ya Allah, terimalah usaha murni kami ini, jadikanlah aktiviti sepanjang


Jambori SLAD ini berlangsung, sebagai amal ibadah yang diterima disisi Mu,
ampunilah segala dosa yang kami lakukan sama ada sedar mahupun tidak.
dan permudahkanlah urusan kami untuk pulang ke negeri masing-masing.

‫ وتفرقنا من بعده‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬


‫تفرقا معصوما‬
‫ِق‬ ‫ِف ِخ ِة‬ ‫ِف‬
‫َرَّبَنا َءاِتَنا ي الُّد ْنَيا َحَسَنةً َو ي األ َر َحَسَنةً َو َنا َعَذ اَب‬
ِ‫الَّنار‬
، ‫َو َص َّلى اُهلل َعَلى َس ِّيِد َنا ُمَح َّم ٍد َو َعَلى َءاِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬
‫ِم‬‫َل‬ ‫ا‬ ‫ال‬ ‫ِّب‬ ‫اْل ُد ِلَّلِه‬
‫َو َحْم َر َع ْيَن‬

Anda mungkin juga menyukai