Anda di halaman 1dari 2

‫َأُع ْو ُذ اِب ِهلل ِم َن الَّش ْي َط اِن الَّر ِج ِمْي‬

، ‫ِبْس ِم ِهللا الَّر َمْحِن الَّر ِح ِمْي‬


‫ ْمَح دًا ُيَو ايِف ِنَع َم ُه َو ُيَاكُئِف َمِز ْيَد ُه َاي َر َّبَنا َكَل اَحلْم ُد اَمَك َيْنَبِغ ْي ِلَج َالِل‬، ‫اَحلْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع ْا َلِم َنْي‬
. ‫َو ِهْج َك الَكِر ِمْي َو َع ِظ ِمْي ُس ْلَط ْا ِنَك‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kami merafa’kan kesyukuran atas keizinan-
MU untuk kami berkumpul di sini, di Majlis ANNUAL HI-TEA SEKOLAH
MENENGAH SAINS BANTING TAHUN 2020/2021 . pada petang yang
permai ini, menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar
kami dikurniakan limpah kurnia, inayah dan riayah, taufik dan hidayah, agar
kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, tekad dan azam yang tinggi untuk
Berjaya serta menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggung jawab.
Ya Allah Ya ‘Alimu Ya Hakim,
Sepanjang 2 Tahun yang telah berjalan bagi tahun 2020/2021 ini, kami telah
sedaya upaya melaksanakan tugas kami, mendidik anak bangsa sesuai dengan
Falsafah pendidikan Negara, menyampaikan ilmu berdasarkan sukatan
pelajaran, berusaha membantu anak murid kami, memahami konsep ilmu yang
tersirat disebalik yang tersurat, serta membantu dan menjaga anak murid kami
agar dijauhi daripada dijangkiti wabak COVID-19, bagi melahirkan hamba-
hamba yang taat kepada agama Mu.
Jesteru itu ya Allah, kami memohon agar Engkau ampunkan dosa kami,
sekiranya kami tersilap dalam memberi makna, tersalah dalam menghurai fakta,
terlanggar batas tutur kata dan adab bicara, tersasar dari landasan kebenaran,
tersalah anggap terhadap anak didik kami dan kurang memahami kehendak
mereka. Serta tidak berupaya menarik minat mereka supaya cintakan ilmu, yang
menjadi tugas utama profesion kami.
Ya Allah Ya Hafizu Ya Muhaimin,
Sekiranya usaha kami pada tahun ini, tidak setimpal dengan apa yang
sepatutnya kami curahkan, maka Engkau ampunkanlah dosa kami, berkatilah
rezeki kami, halalkanlah pendapatan kami, dan sekiranya masih berkurangan,
maka engkau tampungkanlah ia dengan ibadat-ibadat sunat dan kebajikan yang
kami kerjakan.
Ya Allah, Ya Jabbar Ya Mutakabbir,
Engkau tunjukkanlah kami jalan yang benar, tetapkanlah iman kami,
tambahkanlah kecintaan kami kepada Agama MU, hidupkanlah kami dengan
perasaan kasih uhkwah islamiah, satukanlah hati kami, kukuhkanlah perpaduan
antara kami, jadikanlah kami para guru dan kakitangan sekolah yang mampu
berbincang tanpa berbalah, berbeza pendapat tanpa sengketa, mempunyai
jalinan kerja yang utuh, dan jauhkanlah kami ya Allah, dari sifat mazmumah,
dengki-mendengki terhadap pencapaiaan sesame sendiri, bermusuh-musuhan
dan berpaling muka, serta tindas-menindas demi kepentingan diri sendiri,
sebaliknya, Engkau campakkanlah kedalam hati- hati kami, perasaan ingin
membantu agar yang berat sama dipikul dan yang ringan dijinjing sama, demi
kecemerlangan SK Pengkalan Pegoh.

‫ َو َال ْجَت َع ِل الَّلُهَّم‬،‫ َو َتَفُّر َقَـَنا ِم ْن َبْع ِد ِه َتَفُّر قًا َمْعُص ْو ًم ا‬،‫َالَّلُهَّم اْجَع ْل ْمَج َعَنا َه َذ ا ْمَج ًع ا َم ْر ُح ْو ًم ا‬
.‫ِف ْيَنا َو َال َم َعَنا َو َال َمْن َيْتَبُعَنا َش ِقًّيا َو َال َم ْط ُر ْو ًدا َو َال َمْح ُر ْو ًم ا‬
‫الَّلُهَّم اْجَع ْل َخ َرْي َأَمْع اِر اَن َء اِخ ُر ُه َو َخ َرْي َأَمْع اِلَنا َخ َو اِتُم ُه َو َخ َرْي أاَّي ِم َنا َيْو َم أْلَقاَك ِف ْيِه‬
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah perhimpunan ini sebagai perhimpunan
yang Engkau rahmati, dan perpisahan kami selepas majlis ini sebagai
perpisahan yang terpelihara daripada bala bencana dan kemaksiatan.
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan
dosa mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup atau yang telah
meninggal dunia.

‫اللُهَّم اَّن َنُع ْو ُذ ِبَك ِم ْن ْهُج ِد الَبِال ِء َو َد ْر ِك الَّش َقْاِء َو ُس ْو ِء الَقَض اِء َو َمَش اَتِة اَألْعَد اِء َو ُع َض ْا ِل‬
‫ِإ‬
‫اَّدل ْا ِء َو َخ ْيَبِة الَّر َج ْاِء َو َنْس َأَكُل اللُهَّم ُجِب ْو ِد َك َو َكَر ِم َك َس َالَم ًة يِف اِّدل ْيِن واُّدل ْنَيا َو َعاِف َيًة يِف‬
‫اَجلَس ِد َو َس َع اَدًة يِف اآلِخ َر ِة‬.
‫ َو َص ىَّل ُهللا َعىَل َس ِّي ِد اَن‬. ‫َر َّبَنا آِتَنا يِف اُّدل ْنَيا َح َس َنًة َو يَف اآلِخ َر ِة َح َس َنًة َو ِق َنا َعَذ اَب الَّناِر‬
‫ َو َس َالٌم َعىَل‬، ‫ ُس ْب َح اَن َر ِّبَك َر ِّب الِع َّز ِة َّمَعا َيِص ُفْو َن‬، ‫ُم َح َّم ٍد َو َعىَل آِهِل َو ْحَص ِب ِه َأَمْج ِع َنْي‬
‫اُملْر َس ِلَنْي َو اَحلْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم َنْي‬.

Anda mungkin juga menyukai