Anda di halaman 1dari 3

IKRAR WATIKAH PEMIMPIN CILIK

Bahawasanya Kami,
Pemimpin Cilik
Sekolah Agama Tun Sakaran Tahun 2023,
berikrar akan komited,
terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Kami juga berjanji, akan sentiasa memantapkan,
Jati diri dan personaliti dari semasa ke semasa,
Menjaga sahsiah, tingkah laku dan adab sopan,
Sesuai dengan tanggungjawab yang diamanahkan,
Seterusnya menjadi contoh,
Kepada sekalian pelajar ,
Di Sekolah Agama Tun Sakaran.
Kami juga berjanji, akan belajar bersungguh-sungguh,
bagi mencapai, kecemerlangan akademik
dan kokurikulum, serta
mengharumkan nama sekolah kami,
seterusnya menjadi insan yang kamil,
berguna kepada agama, bangsa, masyarakat,
keluarga dan negara.
DOA SEMPENA PELANTIKAN PENGAWAS

‫بِس ِْم هللاِ الرَّحْ َم ِن ال َّر ِحي ِْم‬


‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َرسُوْ لِنَا األ ِم ْينَ َو َعلَى َءألِ ِه‬ َ ‫ْال‬
ُ ‫ـح ْم ُد هللِ ال ِذيْ بِنِ ْع َمتِ ِه تَتِ ّم ُالصَّالِـ َح‬
َّ ‫ َوال‬، ‫ات‬
َ‫ َوأصْ َحاب ِه أجْ ـ َم ِع ْين‬.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah
mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Pelantikan
Rasmi Pemimpin Cilik Sesi 2023/2024 pada hari ini.

Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi ,


Jadikanlah Pemimpin Cilik sekolah ini sebagai wahana untuk
membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar
pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke
arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .

Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha
kami ini) , barisan pemimpin cilik kami akan menjadi pemimpin yang
bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi ,
ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada
sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pemimpin yang
cemerlang, terbilang , pemimpin yang disegani dan dihormati,
samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi
seterusnya mampu melahirkan barisan pemimpin yang
berketrampilan dan berwibawa .

Ya ‘Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,


Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan
hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami
dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
‫اَللَّهُ َّم اجْ َعلْ َج ْم َعنَا هَ َذا َج ْمعًا َمرْ حُوْ ًما ‪َ ،‬وتَفَرُّ قَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَرُّ قا ً َم ْعصُوْ ًما ‪َ ،‬والَ تَجْ َع ِل اللَّهُ َّم فِ ْينَا‬
‫طرُوْ دًا َوالَ َمحْ رُوْ ًما‬ ‫‪َ .‬والَ َم َعنَا َوالَ َم ْن يَ ْتبَ ُعنَا َشقِيًّا َوالَ َم ْ‬
‫ارنَا َءا ِخ ُرهُ َو َخي َْر َأ ْع َمالِنَا خَ َواتِ ُمهُ َو َخي َْر أيَّا ِمنَا يَوْ َم ْألقَاكَ ِف ْي ِه‬ ‫اللَّهُ َّم اجْ َعلْ خَ ْي َر َأ ْع َم ِ‬
‫ان َوالَ تَجْ َعلْ فِ ْي قـُلُوْ بِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذ ْينَ َءا َمنُوْ ا‬ ‫اللَّهُ َّم ا ْغفِرْ لَنَا ُذنُوْ بَنَا َوِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذ ْينَ َسبَقُوْ نَا بِاِإل ْي َم ِ‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ ‫ك َرءُوْ ٌ‬ ‫َربَّنَاإنَّ َ‬
‫اب النَّار‬‫ِ َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَة ً َوفِي األ ِخ َر ِة َح َسنَة ً َوقِنَا َع َذ َ‬
‫صحْ بِ ِه َو َسلَّ َم ‪َ ،‬و ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعالَ ِم ْينَ‬‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو َ‬ ‫َو َ‬

Anda mungkin juga menyukai