Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS

‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َر ُسْو ِلَنا األِم ْيَن َو َع َلى َء أِلِه‬، ‫اْلـَحْم ُد ِهلل الِذ ْي ِبِنْع َم ِتِه َتِتّم ُ الَّصاِلـَح اُت‬
‫َو أْص َح ابِه أْج ـَم ِع ْيَن‬
Ya, Allah…kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami
untuk berada di Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin-Pemimpin Sekolah Sesi 2022/2023
pada hari ini.

‫َيا هللا َيا َحُّى َيا َقُّيْو ُم‬


Jadikanlah Pemimpin-Pemimpin Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan
nasional, bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga
dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami.

‫َالَّلُهَّم َيا َك ِر ْيُم َيا َع ِز ْيُز‬


Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini, barisan
Pemimpin-Pemimpin Sekolah kami akan menjadi pemimpin yang bertanggungjawab,
mempunyai keyakinan diri yang tinggi, ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan
bakti kepada sekolah yang tercinta ini sekaligus menjadi pemimpin yang cemerlang,
terbilang, disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan
organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pemimpin yang berketrampilan dan
berwibawa.

‫َيا ُهللا َيا ُم َؤ ِّلَف اْلُقُلْو ِب‬


Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat
lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan
kesejahteraan. Ya Allah, sampaikan visi dan misi sekolah kami untuk kejayaan dalam
peperiksaan UPKK dan PSRA tahun ini dengan mendapat 8A dan Mumtaz dalam genggaman
serta lulus semua matapelajaran. Ya Allah permudahkanlah kami untuk mencapai sasaran
Setiabudi Unggul tercapai dengan jayanya.

‫ َو َال َتْج َع ِل الَّلُهَّم ِفْيَنا‬، ‫ َو َتَفُّر َقَـَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّر قًا َم ْع ُصْو ًم ا‬، ‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َجْمَع َنا َهَذ ا َجْم ًعا َم ْر ُحْو ًم ا‬
‫َو َال َم َع َنا َو َال َم ْن َيْتَبُعَنا َش ِقًّيا َو َال َم ْطُرْو ًدا َو َال َم ْح ُرْو ًم ا‬.
‫الَّلُهَّم اْج َع ْل َخْيَر َأْع َم اِر َنا َء اِخ ُر ُه َو َخْيَر َأْع َم اِلَنا َخ َو اِتُم ُه َو َخْيَر أَّياِم َنا َيْو َم أْلَقاَك ِفْيِه‬.
‫الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَنا ُذ ُنْو َبَنا َو ِإل ْخ َو اِنَنا اَّلِذ ْيَن َسَبُقْو َنا ِباِإل ْيَم اِن َو َال َتْج َع ْل ِفْي قُـُلْو ِبَنا ِغ ًّال ِلَّلِذ ْيَن َء اَم ُنْو ا‬
‫َر َّبَناإَّنَك َر ُءْو ٌف َر ِح ْيٌم‬.
‫َر َّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َحَس َنةً َو ِفي األِخَرِة َح َس َنةً َو ِقَنا َع َذ اَب الَّنار‬,
‫ َو اْلَحْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْيَن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َحَّمٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬.

Anda mungkin juga menyukai