Anda di halaman 1dari 3

DOA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKO PERINGKAT KEBANGSAAN

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمدهلل الذى هدانا لهذا وماكنا لنهتدى لوال ان هدانا هللا اللهم صلى‬
‫وسلم على اشرف المرسلين حبيبنا محمد االمين وعلى اله وصحبه‬
‫اجمعين ومن تبيعهم باحسان الى يوم الدين‬
Di hari yang penuh bererti ini, kami menadah tangan bersyukur dengan kejayaan
dan kecemerlangan yang engkau kurniakan kepada kami sepanjang tahun ini.
Namun begitu ya Allah, kami adalah manusia yang lemah serta serba kekurangan
yang tidak sunyi dari sebarang kesilapan dan kealpaan, lantaran itu kami
memohon keampunan atas segala kelemahan, kekurangan dan kecacatan yang
kurang menepati kehendak Mu ya Allah.

Kami memohon kepada Mu supaya kami menjadi golongan yang sentiasa


bermuhasabah diri bagi memperbaiki kualiti diri, pengurusan dan pentadbiran
untuk tahun yang mendatang.

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kekuatan kepada kami melangkah terus
ke hadapan dalam menabur bakti mendidik anak bangsa kami. Kami bersyukur
dalam menjalani tugas kami ini, walau pun berhadapan dengan seribu liku namun
dengan berkat kesabaran yang telah Engkau sematkan ke dalam hati kami
akhirnya kami berjaya mendidik pelajar-pelajar kami menjadi insan yang berjaya
dalam kurikulum dan juga kokurikulum.

Pada pagi yang penuh barakah ini kami berhimpun bagi menyatakan rasa
kesyukuran terhadap kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami dari
persatuan pandu puteri,yang mendapat johan badan uniform cemerlang sekolah-
sekolah menengah, Anugerah kecemerlangan kokorikulum peringkat kebangsaan
Ya Allah jadikanlah bakat dan kebolehan yang Engkau berikan kepada kami untuk
kami menyumbang bakti dalam amal soleh dan kebajikan bagi memajukan agama,
masyarakat dan Negara kami.

Ya Allah, jadikanlah kami hamba Mu yang bersyukur di atas anugerah yang


Engkau berikan kepada kami untuk kami hidup dan melaksanakan syariat Mu.

Ya Allah, ya Rahman ya Rahim, jadikanlah kami hamba Mu yang tidak lupa diri dan
sentiasa mengingati jasa guru-guru kami. Jadikanlah sumbangan dan
pengorbanan mereka sebagai amal soleh yang mendapat kerahmatan dan
keberkatan dunia dan akhirat. Engkau sejahterakanlah anak didik kami agar terus
berjaya dalam apa juga lapangan yang Engkau redhai.

Ya Allah, kami merasa bangga dan bersyukur atas kejayaan anak-anak kami ini.
Engkau berilah kekuatan kepada mereka untuk meneruskan kecemerlangan pada
masa akan datang.

Ya Allah, bukakanlah hati anak-anak kami yang lain agar mereka menjadikan
rakan-rakan yang cemerlang ini sebagai contoh untuk mereka berusaha mencapai
kecemerlangan dan kejayaan sebagaimana rakan mereka yang telah berjaya.

ً ‫ َوتَفَ ُّرقَ َـنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرق ا‬، ‫اج َع ْل َج ْم َعنَ ا َه َذا َج ْم ًع ا َم ْر ُح ْو ًم ا‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
َ‫ش قِيًّا َوال‬ َ ‫ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَ ا َوالَ َم َعنَ ا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَ ا‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫َم ْع‬
. ‫َم ْط ُر ْو ًدا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬
‫اخ ُرهُ َو َخ ْي َر أَ ْع َمالِنَ ا َخ َواتِ ُم هُ َو َخ ْي َر أيَّا ِمنَ ا‬ ِ ‫اج َع ْل َخ ْي َر أَ ْع َما ِرنَا َء‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم‬
‫يَ ْو َم أ ْلقَا َك فِ ْي ِه‬
‫ان َوالَ ت َْج َع ْل فِ ْي‬ ِ ِ‫س بَقُ ْونَا ب‬
ِ ‫اإل ْي َم‬ َ ‫اللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َو ِإل ْخ َوانِنَ ا الَّ ِذ ْي َن‬
‫قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذ ْي َن َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْوفٌ َر ِح ْي ٌم‬
‫اب النَّار ِ‬ ‫سنَة ً َوقِنَا َع َذ َ‬ ‫سنَة ً َوفِي ِ‬
‫األخ َر ِة َح َ‬ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َ‬
‫س لَّ َم ‪َ ،‬وا ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب‬ ‫ص لَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو َ‬
‫ص ْحبِ ِه َو َ‬ ‫َو َ‬
‫ال َعالَ ِم ْي َن‬

Anda mungkin juga menyukai