Anda di halaman 1dari 4

DOA SOLAT HAJAT (IHYA RAMADHAN)

Ya allah ya tuhan kami, sempena 10 malam terakhir kami amat bersyukur kepada mu
ya allah kerana telah mengizinkan kami untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi
menghidupkan bulan ramadhan yakni bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan
ini. Jadikan usaha2 kami ini sebagai suatu ibadah yang diterima ya allah.

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan
urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang
menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan
dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan. Ya Allah, perbaikilah diri
antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat,
selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada
perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi,tidak kira apapun status
dan pangkat kami, jika kami ada melukakan atau mengguris hati dalam kalangan kami.
Maka berikanlah jalan kebaikan dan perbaikilah hubungan antara kami ini ya allah. ya
Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para
isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta guru kami yang
telah berjasa kepada kami.

Ya Allah Rabbul Jalil.....


Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik..supaya dengannya kami
dapat beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu
DOA SOLAT HAJAT (IHYA RAMADHAN)

banyak dosa kepadaMu ya Allah...kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat
padamu bila ditimpa sakit, kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila
datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, kami ingat kepadaMu
ketka sedih dan kecewa, kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami
mula mengingatiMu tika usia sudah tua,...justeru ya Allah...ampunilah semua dosa
kami..berikan kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa
melalaikan kami daripada mengingatiMu ya Allah....

Ya Allah...ya Rahman....ya Rahim...


Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami selaku pendidik utama yang mengajarkan kami
sejak kecil...setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami...kau gantikan dengan
kebajikan untuknya yg membawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap
keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga
kami....kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu. Ya Allah.
Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan
terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada
dalam kesenangan dan kemewahan....justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami
tempat yang istimewa di syurgaMu ya Allah......

Ya Allah....
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-
guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam
barzakh...golongkanlah mereka dalam orang-orang yang kau redha...apabila tiba pula
giliran kami menuju barzakhMu.
Maka kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik...dalam keampunan dan
rahmatMu ya Allah....

Ya rahman ya Rahim dikesempatan ini juga ya allah.

Kami mohon kurniakanlah anak-anak kami ini kefahaman para nabi dan hafalan para
rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga
kurniakanlah anak-anak kami ini kesihatan.

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai. Ingatkanlah anak-anak
kami ini apa-apa yang telah mereka baca, apa-apa yang mereka pelajari dari guru-guru
mereka dan tidak akan lupa apabila diperlukan kelak

Kami guru-guru dan ibu bapa mereka dengan segala rendah diri memohon agar
Engkau kurniakan anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan ini dan hamba-
hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan
petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha yang bersungguh-sungguh
DOA SOLAT HAJAT (IHYA RAMADHAN)

selama ini dapat menunai hajat mereka iaitu mendapat sepenuh kejayaan 6A dalam
UPSR nanti.

Ya Allah Ya Latif

Di malam yang berkat ini juga kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu.
Anugerahkanlah anak-anak kami yang bakal menduduki peperiksaan cetusan idea
yang bernas, kesihatan akal fikiran, kesihatan rohani dan kesihatan jasmani supaya
meraka dapat mengapai cita-cita mereka, cita-cita guru-guru dan cita-cita ibu bapa
mereka serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Ya Allah, Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya
ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik
dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah. Ya Allah, Jadikanlah anak kami anak yang
soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah
anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan
amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka
daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.
Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka
dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah, Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah.
Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak
bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang
Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau
murkai.

Ya Allah, Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana
Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan
kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa
kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan
memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan
mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin. Aamiin.


.










DOA SOLAT HAJAT (IHYA RAMADHAN)

Anda mungkin juga menyukai