Anda di halaman 1dari 1

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬ ْ ‫ِب‬

‫صالَة ُ َوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬ َّ ‫ َوال َعاقِبَة لِ ْل ُمتَّقِ ْينَ َوال‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َربِّ ال َعالَ ِم ْين‬
َ‫َوَأصْ َحابِ ِه َأجْ َم ِع ْين‬
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menjayakan majlis restu ilmu pada hari ini sempena peperiksaan SPM
yang akan berlangsung pada minggu hadapan.  Sesungguhnya Ya Allah pada pagi ini
kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami
dengan keredhaan-Mu ,

Ya Allah Ya Ghaffar

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh
umat manusia yang berada di bumi Mu ini. lengkapkanlah budi pekerti kami,
sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan
jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada
pagi ini, dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon perlindungan dengan
Engkau daripada melakukan keburukan . teguhkanlah iman kami,kuatkanlah hati
kami. Kurniakanlah kepada kami hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu. Jauhilah
kami dari segala laranganMu. Dekatkanlah kami dengan segala suruhanMu.
Tanamlah rasa benci di hati kami kepada maksiat. Tanamlah rasa cinta di hati kami
kepada ibadat. Agar ilmu yang kami pelajari selama ini mendapat berkat

Ya Hannan Ya Mannan,Ya dzal jala li wal ikram

kurniakanlah kami dengan kefahaman seperti kefahaman para nabi,dan hafazan para
rasul, serta ilham daripada para malaikat yang hampir dengan Mu, dan kurniakanlah
kami kesihatan yang berkekalan.Ya Allah, Sejahterakanlah tubuh badan kami ,
sejahterakanlah pendengaran kami, dan sejahterakanlah penglihatan kami .

Ya Allah Ya Hafiz

perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara
daripada bahaya dan keburukan.

ِ ‫رَ َّب َنا ءَا ِت َنا فِي ال ُّد ْنيَا حَ سَ َنة ً َوفِي األخِرَ ِة حَ سَ َنة ًَوقِ َنا َع َذابَ ال َّنار‬

َ‫ َو ْالحَ ْم ُدهَّلِل ِ رَ بِّ العَالَ ِميْن‬، ‫َوصَ لَّى هللاُ عَ لَى مُحَ َّم ٍد َوعَ لَى ءَالِ ِه َوصَحْ ِب ِه َوسَ لَّ َم‬

Anda mungkin juga menyukai