Anda di halaman 1dari 1

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِح ْي ِم‬

‫َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َسِّيِد َن ا ُم َح َّمٍد َو َع َلى آِلِه‬ , ‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْل َع اَلِم ْي َن‬
‫َو َأْص َح اِبِه َأْج َمِع ْي َن‬
YA Allah, Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan
dan berada dalam majlis perhimpunan sekolah khususnya PPKI Sk Semenggok secara dalam talian
pada hari ini.

YA Allah berkatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan
minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan
yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha
kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan
kegemilangan.

YA ALLAH, Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman
dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan
hidayah-Mu.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya
Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang
halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai