Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI SUKAN

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِح ْي ِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى‬، ‫اْلـَح ْم ُد ِهلل الِذ ْي ِبِنْع َم ِتِه َت ِتّم ُ الَّصاِلـَح اُت‬

. ‫َر ُسْو ِلَن ا األِم ْي َن َو َع َلى َء أِلِه َو أْص َح ابِِه أْج ـَم ِع ْي َن‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Sesungguhnya pada pagi ini, kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas
iradat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi
ini, bagi menjayakan Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah SMK Dato’ Shahardin Kali
ke-36 Tahun 2023.

Ya Allah, Ya Muhaimin Ya Aziz Ya Jabbar,


Justeru, kami memohon kepada-Mu, sejahterakanlah tubuh badan kami, pendengaran
kami serta penglihatan kami. Kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan
untuk bersaing secara sihat seterusnya menjadi salah satu cara bagi mengeratkan
ukhuwwah dan silaturrahim di antara kami. Jauhkanlah kami daripada sebarang perkara
yang tidak diingini.

Ya Allah, Ya Zaljalali wal Ikram,


Kami mengetahui bahawasanya, akal yang sihat datangnya daripada tubuh badan yang
sihat.
Oleh itu, jadikanlah acara-acara yang kami sertai dalam kejohanan ini sebagai usaha
dalam membentuk kecerdasan mental dan kecergasan fizikal kami.

Ya Allah, Ya Hayyu Ya Qayyum,


Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan
sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah
keindahan diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,,


Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami, sekolah ini
menjadi sekolah yang cemerlang dan terbilang, sekolah yang disegani dan dihormati,
sekolah yang akan melahirkan murid-murid yang gemilang dalam aspek akademik dan
kokurikulum seterusnya berjaya di dunia mahu pun di akhirat .
‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْم َع َن ا َه َذ ا َج ْمًعا َم ْر ُحْو ًما ‪َ ،‬و َتَف ُّر َقَـَن ا ِم ْن َب ْع ِدِه َتَف ُّر قًا‬
‫َم ْع ُصْو ًما ‪َ ،‬و َال َت ْج َع ِل الَّلُهَّم ِفْي َن ا َو َال َمَع َن ا َو َال َم ْن َي ْت َب ُع َن ا َش ِقًّي ا َو َال‬
‫َم ْط ُرْو ًد ا َو َال َم ْح ُرْو ًما ‪.‬‬
‫الَّلُهَّم اْج َع ْل َخ ْي َر َأْع َم اِر َن ا َء اِخُرُه َو َخ ْي َر َأْع َم اِلَن ا َخ َو اِتُمُه َو َخ ْي َر أَّياِم َن ا‬
‫َي ْو َم أْلَقاَك ِفْي ِه‬
‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َح َّمٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم ‪َ ،‬و اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب‬
‫الَع اَلِم ْي َن‬

Anda mungkin juga menyukai