Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2021

‫ ال اِق ة ِلْل َّتِق الَّصَالةُ الَّسَال َلى ِّيِدَنا َّم ٍد َلى آِلِه‬, ‫َا ُد ِهلل ِّب ال اَلِم‬
‫َو ُم َع َس َحُم َو َع‬ ‫َحْلْم َر َع َنْي َو َع َب ُم َنْي َو‬
‫ِه ِع‬
‫َو َأْص َح اِب َأَمْج َنْي‬
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud,

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami mengadakan dan berada dalam
Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2021 di SMKA Syeikh Abdullah Fahim pada pagi yang mulia ini.

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid,

Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu,
semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak
juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di
sekolah yang bertuah ini .

Di saat ini juga kami merafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
menganugerahkan kepada kami kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik mahupun aspek
pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi
kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada hari ini dan masa-masa akan datang.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima slip keputusan spm pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang
cemerlang dan bersyukur dengan apa jua keputusan yang diperolehi. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar
yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka
dalam bidang akademik mahupun keterampilan peribadi yang luhur, mudah mudahan majlis ini akan
menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan
menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan diri dan mengharumkan nama sekolah ini.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid,

Ya Allah sesungguhnya pelajar-pelajar kami pada hari ini adalah pelajar yang menghafal al-Quran.
Jadikanlah hati mereka sentiasa cintakan al-Quran, sentiasa berusaha menjaga 30 juzuk al-Quran dan
sentiasa berakhlak dengan akhlak al-Quran. Bimbinglah mereka dengan al-Quran walau di mana jua
mereka berada dan syafaatilah mereka dengan al-Quran.

‫أَّياِم َنا أْلَق اَك ِف ِه‬ ‫ِل‬ ‫ِر ِخ‬ ‫َّل‬


‫ْي‬ ‫َيْو َم‬ ‫ال ُه َّم اْجَعْل َخ ْيَر َأْع َم ا َنا َءا ُر ُه َو َخ ْيَر َأْع َم ا َنا َخ َو اُمِتُه َو َخ ْيَر‬
‫ِح‬ ‫ِغ ِل ِذ‬ ‫ِب ِن‬ ‫ِن ِذ‬ ‫ِف‬
‫الَّلُه َّم اْغ ْر َلَنا ُذُنْو َبَنا َو ِإل ْخ َو ا َنا اَّل ْيَن َس َبُقْو َنا اِإل َمْيا َو َال ْجَتَعْل ْيِف قُـُلْو ِبَنا ًّال َّل ْيَن َءاَم ُنْو ا َر َّبَناإَّنَك َر ُءْو ٌف َر ْيٌم‬
ِ‫َر َّبَنا َءاِتَنا يِف الُّد ْنَيا َح َس َنةً َو يِف األِخ َر ِة َح َس َنةً َو ِقَنا َعَذ اَب الَّنار‬
‫ِم‬ ‫ِل ِه‬ ‫ِه‬ ‫ِلِه‬ ‫ٍد‬
‫ َو اَحْلْم ُد َّل َر ِّب الَعاَل نْي‬، ‫َو َص َّلى اُهلل َعَلى َحُمَّم َو َعَلى َءا َو َصْح ِب َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai