Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّرِح ْيِم‬


‫ َو الَعاِقَبة ِلْلُم َّتِقْيَن َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َسِّيِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آِلِه‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َرِّب الَعاَلِم ْيَن‬
‫َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud..
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan
dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan 2023 peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin pada hari ini.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..


Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan
rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan
dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang
khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini.

Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang
akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan
kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai
bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah Ya Ghaniyyu Ya Hamid..


Jadikanlah pelajar-pelajar serta guru-guru yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada
hari ini sebagai mereka yang bersyukur di atas pengiktirafanMu ini. Dalam erti kata lain,
jadikanlah mereka insan yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk
meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan
peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan
agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar
lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk
mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

‫الَّلُهَّم اْج َعْل َخ ْيَر َأْع َم اِرَنا َء اِخ ُرُه َو َخ ْيَر َأْع َم اِلَنا َخ َو اِتُم ُه َو َخ ْيَر أَّياِم َنا َيْو َم أْلَقاَك ِفْيِه‬
‫الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَنا ُذ ُنْو َبَنا َو ِإل ْخ َو اِنَنا اَّلِذ ْيَن َسَبُقْو َنا ِباِإل ْيَم اِن َو َال َتْج َعْل ِفْي قُـُلْو ِبَنا ِغ ًّال ِلَّلِذ ْيَن َء اَم ُنْو ا َر َّبَناإَّنَك َرُءْو ٌف‬
‫َر ِح ْيٌم‬
ِ‫َرَّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنةً َو ِفي األِخ َرِة َح َس َنةً َو ِقَنا َع َذ اَب الَّنار‬
‫ َو اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َرِّب الَعاَلِم ْيَن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai