Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA OLAHRAGA

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِحْيم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َر ُسْو ِلَن ا األِمْي َن َو َع َلى َءأِلِه َو أْص َح ابِِه‬، ‫اْلـَح ْم ُد ِهلل الِذْي ِبِنْع َمِتِه َت ِتّم ُ الَّصاِلـَح اُت‬
‫أْج ـَم ِعْي َن‬

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,


Sesungguhnya pada pagi ini, kami menadah tangan menzahirkan rasa
kesyukuran atas iradat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami
untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia
ini, bagi menghadiri, Kejohanan MERENTAS DESA SMK PUTERI Tahun 2023.
Ya Allah, Ya Aziz, Ya Jabbar,
Kami memohon kepada-Mu, sejahterakanlah tubuh badan kami,
sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami,
kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk bersaing secara
sihat, seterusnya menjadi salah satu cara, bagi mengeratkan ukhwah dan
silaturrahim di antara kami. Dan Engkau lindungilah kami daripada sebarang
marabahaya dan perkara yang tidak diingini, sepanjang berlangsungnya majlis
ini dan selepasnya.
Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Berkatilah usaha-usaha kami, terimalah segala amalan kami, mudah-mudahan
dengan usaha-usaha ini, akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan syakhsiah.

‫ َو َال َت ْج َع ِل الَّلُهَّم ِفْي َن ا َو َال َمَع َن ا َو َال‬،‫ َو َتَفُّر َق َـَن ا ِمْن َب ْع ِدِه َتَفُّر قًا َم ْع ُصْو ًما‬،‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْم َع َن ا َه َذ ا َج ْم ًع ا َم ْر ُحْو ًما‬
‫َم ْن َي ْت َب ُع َن ا َش ِقًّي ا َو َال َم ْط ُرْو ًد ا َو َال َم ْح ُرْو ًما‬
‫َر َّب َن ا َءاِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخَر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
ِ ‫ َو اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِمْي َن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َح َّمٍد َو َع َلى َءاِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai