Anda di halaman 1dari 1

‫ِف‬

‫َاَحْلْم ُد ِ ِهلل َر ِّب اْلَع اَلِم َنْي ْمَحًد ا ُيَو اىِف ِنَعَم ُه َو ُيَك ا ُئ َم ِز ْي َد ُه َياَر َّبَن ا َل َك‬.. ‫ِبْس ِم اِهلل الَّرمْح ـِن الَّر ِح ْيِم‬
‫ِّل َلى ِّيِدَنا َّم ٍد‬ ‫ِن‬ ‫ِظ‬ ‫ِغ‬
‫ َالَّلُه َّم َص ِّل َو َس ْم َع َس َحُم‬. ‫اَحْلْم ُد َك َم ا َيْنَب ْي َجِلَالِل َو ْج ِه َك ْالَك ِرِمْي َو َع ْيِم ُس ْلَطا َك‬
‫ِم‬ ‫ِت‬ ‫ِمَج‬ ‫ِت ِض‬ ‫ِل‬ ‫ِم ِمَج‬ ‫ِج‬
‫َص َالًة ُتْن ْيَن ا َهِبا ْن ْي ِع ْاَألْه َو ا َو ْاآلَف ا َو َتْق ْي َلَن ا َهِبا ْي َع اَحْلاَج ا َو ُتَطِّه ُر َن ا َهِبا ْن‬
‫َن ا ا ِعْنَد َك َأْع َلى الَّد اِت ِّلُغَن ا ا َأْق ى ْالَغا اِت ِم ِمَج ِع ا اِت‬ ‫ِت‬ ‫ِمَج‬
‫َي ْن ْي َخْلْيَر‬ ‫َرَج َو ُتَب َهِب َص‬ ‫ْي ِع الَّس ِّيَئا َو َتْر َفُع َهِب‬
. ‫ىِف اَحْلَياِة َو َبْع َد اْلَمَم اِت َو َعَلى َءاِلِه َو َصْح ِبِه َأَمْجِعَنْي‬

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada
kami. Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami memohon inayah dan rahmatMu agar dikurniakan
kepada kedua mempelai yang diraikan hari ini, iaitu …………………….. dan pasangannya
……………………….., kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan zuriat yang beriman lagi bertaqwa.

Allahumma Ya Rahim Ya Wadud

Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, Anugerahkanlah
keberkatan dan kerahmatan kepada kedua pasangan mempelai pada hari ini kerana mereka telah
menunaikan salah satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah
iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka. Perkasakan akhlak
dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan pengantin yang diraikan hari ini
keintiman, kecenderungan dan perasaan tenteram sentiasa. Jalinkanlah perhubungan mereka
dengan ikatan kasih sayang, persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan.

Kami memohon rahmat-Mu juga ya Allah, agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan kesihatan
kepada, tuan rumah seisi keluarga dan sekalian yang hadir bagi meraikan majlis yang diberkati ini. Ya
Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas
ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

‫َالَّلُه َّم اْجَعْل ْمَجَعَنا َه َذ ا ْمَجًع ا َمْر ُحْو ًم ا َو َتَفُّر َقَن ا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّرًقا َم ْع ُص ْو ًم ا َو َالْجَتَع ْل ِفْيَن ا َو َال َمَعَن ا َش ِق ًّيا‬
‫ َر َّبَنا َءاِتَنا ىِف الُّد ْنَيا َح َس َنًة َو ىِف ْاآلِخ َر ِة َح َس َنًة َو ِقَنا َع َذ اَب الَّناِر َو َص َّلى‬. ‫َو َالْحَمُر ْو ًم ا َيا َأْك َر َم ْاَألْك َر ِم َنْي‬
‫ِم‬ ‫ِهلل‬ ‫ِه ِع‬ ‫ِلِه‬ ‫ٍد‬ ‫ِد‬
‫اهللُ َعلى َس ِّي َنا َحُمَّم َو َعَلى َءا َو َصْح ِب َأَمْج َنْي َو اَحْلْم ُد ِ َر ِّب اْلَعاَل َنْي‬

Anda mungkin juga menyukai