Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH APRESIASI

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِح ْي ِم‬


‫ َو الَع اِقَب ة ِلْلُم َّت ِقْي َن َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َس ِّي ِد َن ا ُمَح َّم ٍد َو َع َلى آِلِه‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬
‫َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْي َن‬

Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan
qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi
yang berbahagia ini di Majlis Anugerah Apresiasi peringkat SK Tengku Bendahara
Azman 1 bagi tahun 2023/2024

Ya Allah Ya Tuhan kami, kau berkatilah majlis ini dari awal hingga akhirnya. Jadikanlah
ia suatu kenangan terindah untuk dikenang. Jadikanlah kami terus istiqamah
melaksanakan amal baik. Hindarilah kami dari hasutan syaitan yang mengajak kearah
kemungkaran.

Ya Allah ya Tuhan kami, kau terbitkanlah rasa kebesaran, di dalam setiap hati kami para
guru dan murid yang menerima hadiah kecemerlangan dan penghargaan pada hari ini,
dengan rasa kesyukuran dan kehambaan kepada-Mu Ya Allah. Semoga majlis pada hari
ini menjadi dorongan dan galakan kepada muri-murid lain untuk mereka sama-sama
berusaha dengan gigih dan tekun di dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan aspek
pembinaan diri insan.

Jadikanlah kami ya Allah, dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman dan


bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah daripada melanggari perintah-Mu. Kurniakanlah
kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang
waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

ِ‫َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫ َو اْلَح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai