Anda di halaman 1dari 1

DOA HARI ORIENTASI TAHUN 1

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِح ْي ِم‬


‫ َو الَع اِقَب ة ِلْلُم َّت ِقْي َن َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َس ِّي ِد َن ا ُمَح َّم ٍد َو َع َلى آِلِه‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬
‫َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْي َن‬

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud


Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Program Orientasi murid-murid tahun 1 peringkat Sekolah Kebangsaaan
__________________________pada hari ini.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Besar


Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dari awal hingga ke
akhirnya dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam
menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.

Ya Allah , Tuhan yang Maha Berkuasa


Jadikanlah anak-anak kami, anak yang cerdik lagi soleh, anak-anak yang taat
kepada perintah-Mu ya Allah. Anak-anak yang taat kepada ibu bapa, anak-anak yang
sentiasa mendapat petunjuk-Mu ya Allah. Permudahkanlah pembelajaran anak-anak
kami di sekolah ini ya Allah. Jadikanlah anak-anak kami anak yang cintakan ilmu,
sentiasa ingin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Jauhkanlah anak-anak
kami daripada pengaruh-pengaruh yang tidak baik. Ya Allah lindungilah kami dari segala
masalah. Berikanlah kami kekuatan fizikal dan mental, untuk membincangkan segala
permasalahan dan berupaya mencapai kata sepakat secara harmoni. Isikanlah hati kami
dengan kekuatan akal untuk sama-sama membuka minda dan menyumbang idea-idea
yang bernas yang berwawasan, berinovasi dan produktif demi kebaikan anak-anak
kami.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri
kami dengan sifat kesabaran dan ketenangan, dan indahkanlah diri kami dengan
kesihatan.

‫الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَن ا ُذ ُنْو َب َن ا َو ِإلْخ َو اِنَن ا اَّلِذ ْي َن َس َب ُقْو َن ا ِباِإلْيَم اِن َو َال َت ْج َع ْل ِفْي قُـُلْو ِبَن ا ِغ ًّال ِلَّلِذ ْي َن َء اَم ُنْو ا َر َّب َن اإَّن َك‬
ِ‫َر ُءْو ٌف َر ِح ْي ٌم َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫ َو اْلَح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai