Anda di halaman 1dari 3

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِحْي ِم‬

‫ َو الَع اِقَب ة ِلْلُم َّت ِقْي َن َو الَّص َالة َُو الَّس َالُم َع َلى َس ِّيِد َن ا ُم َح َّمٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِعْي َن‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِمْي َن‬
Ya Allah, Tuhan Semesta Alam,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Majlis sambutan Hari Guru Tahun 2023 peringkat Sekolah Kebangsaan Seri
Iskandar pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : “Guru Insani Pemangkin Generasi
Madani”

Ya Allah, Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman ,
justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan
tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar
menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan
keredhaan-Mu semata-mata.

Ya Allah, Ya Mudabbiral amr,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-
Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman
terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak-
anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat
kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat
juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang
pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan
kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena
pendidikan perdana amnya .

Ya Allah, Ya Mukawwiral laili wan nahar,

Pada kesempatan ini, kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah
kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-
mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami ,
mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan
bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada
agama , bangsa dan negara tercinta .

‫ َو َال َتْج َع ِل الَّلُهَّم ِفْيَنا‬، ‫ َو َتَفُّر َقَـَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّر قًا َم ْع ُصْو ًم ا‬، ‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َجْمَع َنا َهَذ ا َجْم ًعا َم ْر ُحْو ًم ا‬
‫ َو َال َم َع َنا َو َال َم ْن َيْتَبُعَنا َش ِقًّيا َو َال َم ْطُرْو ًدا َو َال َم ْح ُرْو ًم ا‬.
‫َر َّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنًة َو ِفي اَأْلِخَرِة َحَس َنًة َو ِقَنا َع َذ اَب الَّناِر َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َحَّمٍد َو َع َلى‬
‫ َو اْلَحْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْيَن‬، ‫َعاِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Doa 2: Doa Majlis Sambutan Hari Guru


‫اْلَح ْم ُد ِهللا َر ِّب الَعاَلِم يَن َو العافية للُم َّتِقيَن َو الَّص الُة َو الَّس اَل ُم َع َلى َسِّيِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Pada pagi yang berbahagia ini, kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu
ya Allah, kerana dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama menyambut sambutan
Hari Guru peringkat sekolah di sekolah ini. Kami bermohon dan bermunajat kepadaMu,
mudah-mudahan majlis ini akan mendapat keredhoaan dan keberkatanMu dari awal hingga
ke akhir majlis.

Ya Allah ya Tuhan kami,

Guru merupakan permata yang akan menyinari masa depan sesuatu bangsa. Permata ini
perlu digilap sentiasa dengan menguasai ilmu yang baru dan terkini.Tanggungjawab
mendidik, mengasuh dan mentarbiah pelajar bukanlah satu tanggungjawab yang mudah
dan boleh dipandang ringan. Ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan,
lantaran itu Ya Allah, kami barisan pendidik …….. bermohon dan bermunajat kepada mu
agar menjadikan segala urusan mendidik dan mentarbiah anak didik kami ini
dipermudahkan olehmu ya Allah , diberikan kesenangan dan kefahaman yang mendalam
dan dikira sebagai amalan soleh .

Ya Allah ya Rohman ya Rahim

Kau berkatilah usaha-usaha kami ini, untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding
bahu dan bertolak ansur, menumpukan dengan sepenuhnya pada usaha mendidik anak
bangsa dengan penuh rasa tanggungjawab, jujur dan ikhlas di samping dapat bekerja
sebagai satu pasukan bagi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan cintakan agama,
bangsa dan negara di sekolah ini..

Ya Allah Ya Rahman.

Kau berikanlah kami keyakinan bahawa usaha mendidik dan mengasuh anak-anak ini akan
mendapat ganjaran yang besar disismu dan mudah-midahan dikira sebagai satu amalan
yang soleh.

‫ َو اَل َتْج َع ِل الَّلُهَّم ِفْيَنا َو اَل َم َع َنا َو َاَلَم ْن َيْتَبُعَنا َش ِقًّيا َو َال‬، ‫ َو َتَفُّر َقَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّر قًا َم ْع ُصْو ًم ا‬، ‫الَّلُهَّم اْج َع ْل َجْمَع َنا َهَذ ا َجْم ًعا َم ْر ُحْو ًم ا‬
‫َم ْطُرْو ًدا َو َال َم ْح ُرْو ًم ا الَّلُهَّم اْج َع ْل َخْيَر َأْع َم اِرَنا َعاِخ ُر ُه َو َخْيَر َأْع َم اِلَنا َخ َو اِتُم ُه َو َخْيَر َأَّياِم َنا َيْو َم َأْلَقاَك ِفْيِه الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَنا ُذ ُنوَبَنا‬
‫َو ِإل ْح َو اِنَنا اَّلِذ ْيَن َسَبُقوَنا ِباِإْل ْيَم اِن َو اَل َتْج َع ْل ِفي َقُلْو َبَنا َع اَل ِلَّلِذ يَن َعاَم ُنوا َر َّبَنا ِإَّنَك َر ُء وٌف َر ِح يٌم‬
‫َر َّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َحَس َنًة َوِفي اَأْلِخَر ِة َح َس َنًة َوِقَنا َع َذ اَب الَّناِر َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَحَّمٍد َو َع َلى َعاِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم ‪َ ،‬و اْلَحْم ُد ِهَّلِل‬
‫َر ِّب الَع اَلِم ْيَن‬

Anda mungkin juga menyukai