Anda di halaman 1dari 1

DOA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN

‫ِبْس ِم اِهلل الَّر ْح مـِن الَّر ِح ْيم‬


‫َِاْلَحْم ُد ِ ِهلل َر ِّب اْلَع اَلِم ْيَن َحْم ًد ا ُيَو اِفى ِنَعَم ُه َو ُيَك اِفُئ َم ِز ْي َدُه َياَر َّبَن ا َل َك اْلَحْم ُد َك َم ا َيْنَبِغْي ِلَج َالِل َو ْج ِه َك‬
‫ْالَك ِر ْيِم َعِظ ْيِم ْلَطاِنَك َالَّلُه َّم ِّل ِّل َعَلى ِّيِد َنا َّم ٍد َالًة ْنِج ْيَنا ِبَه ا ِم ِم ْيِع ْاَألْه اِل ْاآلَفاِت‬
‫َو َو‬ ‫ْن َج‬ ‫َس ُمَح َص ُت‬ ‫َص َو َس ْم‬ ‫ُس‬ ‫َو‬
‫َن ا ِبَه ا ِع ْن َد َك َأْع َلى الــَّد اِت‬ ‫ْق ِض َلَن ا ِبَه ا ِم ْي اْل ا اِت ُتَطِّه َن ا ِبَه ا ِم ِم ْي ِع الَّس ِّيَئاِت‬
‫َرَج‬ ‫َو َتْر َفُع‬ ‫ْن َج‬ ‫َج َع َح َج َو ُر‬ ‫َو َت ْي‬
‫ِه‬ ‫ِلِه‬ ‫ِة‬ ‫ِف‬ ‫ِم‬
. ‫َو ُتَبِّلُغَنا ِبَه ا َأْقَص ى ْالَغاَياِت ْن َج ِم ْيِع اْلَخ ْيَر اِت ى اْلَحَيا َو َبْع َد اْلَمَم اِت َو َعَلى َءا َو َصْح ِب َأْج َم ِعْيَن‬
Pada hari ini, kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami
untuk berada di dalam Majlis Penutupan
Bulan Kebangsaan Kali ke-66 Peringkat Sekolah

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki ,Jadikanlah
majlis ini penuh barakah, dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-
hari yang kami lalui permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan diakhiri
dengan kecemerlangan .
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami ingin melahirkan rasa syukur yang tidak
terhingga atas nikmat kemerdekaan yang telah Engkau kurniakan kepada tanah air kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami kekuatan untuk mempertahankan dan mengisi
kemerdekaan ini dengan sumbangan bermakna. Kami amat menyedari dan menginsafi
susah payah generasi terdahulu yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan, maka Engkau
cucurilah rahmat ke atas roh pejuang-pejuang kemerdekaan . Moga-moga dengan keinsafan
dan kesedaran yang mendalam menjadi titik tolak untuk kami bersatu-padu, bekerjasama
dan bantu-membantu dikalangan kami demi membangunkan negara dalam menghadapi
cabaran baru ini.

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan
serta menghayatinya. Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas
melakukannya, begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas
bersegera meninggalkannya .

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan
janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan,
dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.

‫َر َّبَنا َء اِتَنا ِفى الُّد ْنَيا َح َس َنًة َو ِفى ْاآلِخ َرِة َح َس َنًة َو ِقَنا َع َذ اَب الَّناِر َو َص َّلى هللاُ َع َلى َسِّيِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬
‫َو اْلَح ْم ُدِ ِهلل َر ِّب اْلَعاَلِم ْيَن‬

Anda mungkin juga menyukai