Anda di halaman 1dari 1

DOA JAMUAN AKHIR TAHUN

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫َو َع َلى آِلِه َو َاْص َح اِبِه َاْج َمِعْين‬، ‫َو الَّص َالُة َو الَّس َالُم َع َلى َاْش َر ِف اْلُمْر َس ِلْين‬، ‫َاْل َح ْم ُد ِ ِهلل َر ِّب اْلَع اَلِمْين‬.
‫َو َأْص َح اِبِه‬... ‫َو َأِلِه اَألْط َهاِر‬... ‫َسِّيِد َن ا ُمَح َّمٍداْلُم ْخ َت اِر‬... ‫َو ِم ْف َت اِح َباِب اْلَيَس اِر‬... ‫َو ِتْر َياِق اَألْغ َياِر‬... ‫ َو ِس ِّر اَألْس َر اِر‬... ‫ ُنوِر اَألْن َو اِر‬... ‫َالَّلُهَّم ّصِّل َع َلى‬
‫ َعَد َد ِنَع َم ِهللا َو َأْف َضاِلِه‬... ‫اَألْخ َياِر‬

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri …………………………………………………………………..

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki , Kurniakanlah kami lisan yang
lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu
serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,


Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan
majlis ini sebagai salah satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di
kalangan kami dan juga demi membangunkan dan memartabatkan
Sekolah ........................................................................... di persada arus perdana kecemerlangan
pendidikan negara. Satukanlah hati-hati kami sebagai murrabi, azatizah, pendakwah, pencetus
trnformasi yang mampu menghadapi cabaran yang semakin hebat.

Amin Ya Rabbal’alamin Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dalam
kerja berpasukan ; Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati pemuda
ashabul kahfi , sehingga kami mampu mengharungi susah senang, suka duka, pahit manis bersama
dalam melaksanakan amanah dan tugas kami , Jadikanlah hati-hati kami mampu meleburkan segala
kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang tinggi demi merealisasikan cita-cita
yang murni.

Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran
seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan
keperluan saudara-saudara seagama kami dan sahabat sejawatan kami sebagaimana Kekasih-Mu
mendidik para sahabat baginda berbuat demikian; Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak
balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk
bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .

ya Allah kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami hamba-Mu tidak akan terlepas
dari sunnah alam kurniaan-Mu, kegelapan malam disulami siang yang terang benderang, setiap
pertemuan itu ada detik perpisahannya, justeru dengan kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan
kun fayakun-Mu , maka jadikanlah pertemuan kami bersama insan yang diraikan sebagai pertemuan
yang dipenuhi dengan keberkatan dan kasih sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang penuh dengan kesejahteraan dan keamanan.
‫ الَّلُهَّم َال َس ْه َل ِإَّال َما َج َع ْلَت ُه َس ْه ًال َو َأْن َت َت ْج َع ُل‬. ‫ َو اْر ُزْق ُه ِمَن اْل َح َالِل َو َج ِّن ْبُه َع ِن اْلَح َر اِم‬، ‫ َو َأْت ِم ْم ِنَّي َت ُه َو َت َق َّبْل ِض َياَفَت ُه‬، ‫الَّلُهَّم َب ِارْك َصاِحَب َه َذ ا الَّط َع اِم‬
‫َأ‬
‫اْل ُح ْز َن ِإْن ِش ْئ َت َس ْه ًال َر َّب َن ا َظ َلْم َن ا ْنُفَس َن ا َو ِإْن َلْم َتْغ ِفْر َلَن ا َو َت ْر َح ْم َن ا َلَن ُك ْو َن َّن ِمَن اْلَخ اِس ِر ْي َن َر َّب َن ا آِتَن اِ في الُّد ْن َيا َح َس َن ًة َِو في اآلِخَر ِة َح َس َن ًة َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن اِر‬
‫َل‬ ‫ْل‬ ‫ْل‬
‫وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين َو ا َح ْم ُد ِ ِهلل َر ِّب ا َع ا ـِمْي َن‬

Anda mungkin juga menyukai