Anda di halaman 1dari 1

‫ِبْس ـــــِم آِهلل آلَّر ٰمْح ِن آلَّر ِح يـِم‬

‫ الَّصاَل ُة الَّس اَل َلى وِل ا َّم ٍد‬. ‫ اْل اِق ُة ِلْل َّتِق‬. ‫ ًد ا اِكِر ي‬. ‫َا ُد ِلَّلِه ِّب اْل اِلِم‬
‫َو ُم َع َر ُس َن َحُم‬ ‫َر َع َني ْمَح َش َن َو َع َب ُم َني َو‬ ‫َحْلْم‬
. ‫َو َءاِلِه َو َصْح ِبِه َأَمْجِعَني‬
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud,
Sesungguhnya kami memohon kepadaMu pemeliharaan dan keamanan dalam bulan Ramadhan ini.
Bersempena Majlis pelancaran Program Ihya’ Ramadhan peringkat SK Segamat Baru pada tahun ini, kami
menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan,
jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan
bertanggungjawab, tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta dapat menjalankan tugas sebagai
hambaMu Ya Allah.
Ya Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Perkasa,
Berkatilah kami, rahmatilah kami dan tekunkanlah kami dalam melaksanakan ibadah dalam bulan
Ramadhan ini. Perbaikilah segala keadaan dan akhlak kami serta segala amal kami. Panjangkanlah usia kami
dengan keberkatan Ramadhan. Perbaikilah akhlak kami dengan kemuliaan Ramadhan.
Ya Allah Ya Fattahu Ya ‘Alim
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh segala
ujian dan dugaan di sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan, dan penuh
keampunan. Kau permudahkanlah segala urusan kami dalam melaksanakan segala program yang telah
dirancang bagi menghidupkan suasana Ramadhan yang diberkati. Semoga segala ibadah yang dilaksanakan
akan diiringi bersamanya kesungguhan dan keikhlasan.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Jadikanlah pertemuan kami ini, sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati. Dan jadikanlah perpisahan
kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan.

‫ َّلى ا َلى ِّيِدَنا َّم ٍد‬. ‫ًة ِق ا َذ ا الَّنار‬ ‫ِخ‬ ‫ِت‬


‫َو َص ُهلل َع َس َحُم‬ ‫َر َّبَن ا َءا َن ا يِف الُّد ْنَيا َح َس َنًة َو يِف األ َر ِة َح َس َن َو َن َع َب‬
. ‫ َو َس الٌم َعَلى اْلُمْر َس ِلَنْي‬. ‫ ُس ْبحَن َر ِّب َك َر ِّب اْلِع َّز ِة َعَّم ا َيِص ُفْو َن‬. ‫َو َعَلى َءاِل ِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬
. ‫َو اَحْلْم ُد ِ ِهلل َر ِّب اْلَعاِلِم َنْي‬

Anda mungkin juga menyukai