Anda di halaman 1dari 2

ِ ‫من ْالر‬

‫َّحيْم‬ ِ ْ‫بِس ِْم هللاِ ْالرَّح‬.

َ‫صالَة ُ َوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأصْ َحابِ ِه َأجْ َم ِع ْين‬
َّ ‫ َوال‬،‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَ ِميْن‬.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

 Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan,
memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq
dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan
kepada ............................................. yang akan bersara, menamatkankan
perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti,
kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan
kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan. 

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

 Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan
keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang
bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai
ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di
dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin yang sentiasa
berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak
bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi
pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

 Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan


bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu.
Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang
sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan
generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia
dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

 Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang
diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

‫ َوالَ تَجْ َع ِل اللَّهُ َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن‬،‫ َوتَفَرُّ قَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَرُّ قا ً َم ْعصُوْ ًما‬،‫اَللَّهُ َّم اجْ َعلْ َج ْم َعنَا هَ َذا َج ْمعًا َمرْ حُوْ ًما‬
.‫طرُوْ دًا َوالَ َمحْ رُوْ ًما‬ ْ ‫يَ ْتبَ ُعنَا َشقِيًّا َوالَ َم‬
‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَة ً َوفِي اَأل ِخ َر ِة َح َسنَة ً َوقِنَا َع َذ َ‬
‫اب النَّار ِ‪.‬‬
‫صحْ بِ ِه َو َسلَّ َم‪َ ،‬و ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعالَ ِم ْينَ ‪.‬‬
‫صلَّى هللاُ‪َ  ‬علَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد‪َ  ‬و َعلَى َءالِ ِه َو َ‬
‫َو َ‬

Anda mungkin juga menyukai