Anda di halaman 1dari 1

DOA IHYA RAMADHAN

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ ‫بِس ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ
َ‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوأَصْ َحابِ ِه أَجْ َم ِع ْين‬
َّ ‫ َوال‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَ ِم ْين‬
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu pemeliharaan dan keamanan dalam memasuki bulan
Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.
Bersempena Majlis Sambutan Ihya Ramadan pada kali ini, kami menadah tangan dengan penuh
pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, jiwa yang tenang dan
tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab,
tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta dapat menjalankan tugas sebagai hamba-Mu ya
Allah.
Ya Allah, Ya Fattahu Ya Alim,
Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kurniakanlah
kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan di
sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh keampunan itu nanti.
Moga-moga nanti kami berpeluang melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan bagi
merebut seribu ganjaran yang telah engkau janjikan.
Ya Allah, Ya Ghaffar
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam,
perkenankan doa kami dan lindungilah kami daripada melakukan maksiat terhadapMu kerana dengan
perbuatan itulah yang menghalang usaha dan doa kami.

Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan
keburukan.

ِ ِ ُّ ‫َربَّنَا ءَاتِنَا يِف‬


َ ‫الد ْنيَا َح َسنَة ً َويِف األخَر ِة َح َسنَة ًَوقنَا َع َذ‬
ِ ‫اب النَّار‬

. َ ‫العالَ ِمنْي‬
َ ‫ب‬ ِّ ‫ َواحْلَ ْم ُدلِلَّ ِه َر‬، ‫ص ْحبِ ِه َو َسلَّ َم‬ ِِ ٍ
َ ‫صلَّى اهللُ َعلَى حُمَ َّمد َو َعلَى ءَاله َو‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai