Anda di halaman 1dari 2

Prinsisp Kerjasama Grice 1967 Pada 1967, Grice mencetuskan PK berasaskan penggunaan implikatur perbualan dalam meneroka sesuatu

ujaran. Jadikan sumbangan anda sebagaimana yang dikehendaki sahaja, di tahap apabila perbualan itu mengambil tempat, dan tepat pula arah tujuan perbualan yang sedang berlansung. Peranan PK utk mengekalkan kesinambungan sosial dan pertalian mesra dan membolehkan kita mengandaikan bahawa yang kita ajak berbual itu memang rela bekerjasama dengan kita. Berdasarlkan prinsip ini, penutur harus menjadikan perbualannya sebagai satu sumbangan sebagaimana yg diperlukan si pendengar Penutur harus memastikan perbualan bersifat dua hala yang turut melibatkan pendengar sebagai penutur kedua. Pastikan tujuan perbualan itu sesuai dengan konteks perbualan serta dapat diterima/difahami pendengar. Terdapat 4 maksim yang dikemukan oleh Grice, a) maksim kuantiti (sempurn.a)memberi maklumat yang cukup imformatif dan memastikan malclumat tidak melebihi daripada apa yang sepatutnya. b) Maksim Kualiti (betul)- tidak menyebut sst yang difikirkan tidak betul dan tidak akan menyebut sesuatu yang tidak cukup dalil atau bukti. c) Maksim Pertalian-berkesinambungan dan relevan maklumatnya. d) maksim cara (sejelas mungkin) elakan kesamaran, ketaksaan, ringkas dan teratur. Prinsip Kesantunan Leech 1983 Peranan PK untuk mengekalkan kesinambuangan social dan pertalian mesra dan membolehkan kita mengandaikan bahawa yang kita ajak berbual itu memang rela bekerjasama dengan kita. Berdasarlkan prinsip ini, penutur harus menjadikan perbualannya sebagai satu sumbangan sebagaimana yg diperlukan si pendengar. Penutur harus mernastikan perbualan bersifat dua hala yang turut melibatkan pendengar sebagai penutur kedua, Pastikan

tujuan perbualan itu sesuai dengan konteks perbualan serta dapat diterima/difahami pendengar. Antara maksim yang dikemukakan oleh Leech iaitu: a) Maksim santun/berhemah meminimumkan kos dan memaksimumkan faedah kepada orang lain

b) Maksim budiman/kedermawanan meminimumkan faedah/manfaat dan memaksimumkan pujian terhadap orang lain. c) Maksim sokongan/berkenan meminumumkan kos dan memaksimumkan faedah kepada orang lain. d) Maksim merendah diri/kerendahan hati meminimumkan pujian, memaksimumkan cacian terhadap diri sendiri. e) Maksim persetujuan meminimumkan perbalahan, memaksimumkan persetujuan antara diri dengan orang lain. f) Maksim simpati meminimumkan antipati, dan memaksimumkan simpati antara diri dengan orang lain.
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim, dan Mohd Rain Shaari (2009), Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Pustaka Salam Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai