Anda di halaman 1dari 1

DOA HI TEA

‫الرحِ ي ِْم‬
َّ ‫الرحْ َم ِن‬
َّ ِ‫س ِم هللا‬
ْ ‫ِب‬
َ‫ب العَالَمِ ْين‬ ِِّ ‫ا َ ْل َح ْم ُد هللِ َر‬,
‫علَى آ ِل ِه‬ َ ‫علَى‬
َ ‫س ِِّي ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫َوالعَاقِ َبة ِل ْل ُمت َّ ِق ْينَ َوال‬
َّ ‫صالَة َُوال‬
َ‫صحَابِ ِه أَجْ َم ِع ْين‬
ْ َ ‫َوأ‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Majlis Hi Tea Tahunan Victoria Insitution pada hari ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki .

Sesungguhnya di tangan-Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami
ini. Kau jadikanlah apa kiranya segala kerja kami selama ini, dan hari-hari yang mendatang, sebagai
ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami itu, sebagai amal soleh yang
Engkau berkati.

Rahmatilah REZEKI kami Ya Allah dengan HASIL kasih sayang-Mu, Hiasilah diri kami serta serikanlah
hidup kami dengan kekayaan dan ketinggian ilmu, Muliakanlah kami dengan kemuliaan akhlak dan
pekerti. Ya.. Allah! Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturahim dalam kalangan kami.
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan
minda untuk membimbing diri sendiri dan rakan-rakan kami agar kami dapat menjadi penjana
masyarakat, bangsa dan negara kami ke arah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ya Allah Ya Ghaffar ,

Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para pendidik , kakitangan sekolah dan ibu bapa
pelajar di sekolah ini, agar menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami sebagai
matlamat kami yang utama dan bersama .

َ ُ‫ظلَ ْمنَا أ َ ْنف‬


َ‫سنَا َوإِ ْن لَ ْم ت َ ْغف ِْرلَنَا َوت َْر َح ْمنَا لَنَك ُْونَنَّ مِ نَ ا ْل َخاس ِِر ْين‬ َ ‫َربَّنَا‬

ِ‫اب النَّ ِار وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين َوا ْل َح ْم ُد ِهلل‬ َ ‫سنَةً َوقِنَا‬
َ َ ‫عذ‬ َ ‫سنَةً َو ِِفي اآلخِ َر ِة َح‬
َ ‫َربَّنَا آتِنَا ِفي ال ُّد ْنيَا َح‬
َ ْ
َ‫ب العَالـمِ ْين‬ ِِّ ‫َر‬

Anda mungkin juga menyukai