Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERKAHWINAN SYAHIR & DALILA

22 . 02 . 2020

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫مـن‬
ِ ‫الر ْح‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫ِب ْس ِم‬
‫ف ْاألَ ْنبِيَا ِء َو ْال ُمرْ َسلِ ْينَ سيدنا‬
ِ ‫صالَةُ َوال َّسالَ ُم َعلَى أَ ْش َر‬
َّ ‫اَ ْل َح ْم ُد ِهللِ الَّ ِذى جعل لنا متزوجين َوال‬
‫محمد رحمة للعالمين َو َعلَى َءالِ ِه الطاهرين واصحابه الذين كالنجوم للمهتدين‬
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam, serta keluarga
dan sahabat-sahabat Baginda sekeliannya.
Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran
kami di atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan kedua-dua mempelai yang diraikan,
iaitu Muhammad Syahir bin Mohd Roslan dengan pasangan pilihannya Nordalila Hafizah bt
Samsudin.

‫ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد‬ ‫اَللَّهُ َّم يَا َر ِح ْي ُم يَا َو ُدوْ ُد‬
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini. Semoga ianya berjalan dengan
sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki, dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan
keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.

ِ ْ‫ت َواألَر‬
‫ض‬ ِ ‫اَللَّهُ َّم يَا بَ ِد ْي َع السَّمـ َوا‬
Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua
mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat, serta dikurniakan zuriat yang soleh dan
solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat
menghormati antara mereka, berakhlak mulia dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-
.Mu ya Allah pada setiap masa

َ‫ ْال َعرُوْ َس ْي ِن َك َما أَلَّ ْفتَ بَ ْينَ ْال َما ِء َوالطِّ ْي ِن َو بَ ْين‬  َ‫ف بَ ْين‬ ْ ِّ‫ض اَللَّهُ َّم أَل‬
ِ ْ‫ت َواألَر‬ َ ‫اَللَّهُ َّم يَا بَ ِد ْي َع الس‬
ِ ‫َّمـوا‬
َ‫ َوبَ ْين‬،َ‫ب َو َرحْ َمة‬ َ ْ‫ َوبَ ْينَ أَيُّو‬،‫ َوبَ ْينَ يُوْ سُفَ َو ُزلَ ْي َخة‬،‫اره‬ َ ‫ َوبَ ْينَ إِب َْرا ِه ْي َم َوهَا َج َر َو َس‬،‫آ َد َم َو َح َّواء‬
‫صلَّى هللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َو َزوْ َجاتِ ِه‬ َ ‫ َوبَ ْينَ َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬،‫ َوبَ ْينَ ُسلَ ْي َمانَ َوبَ ْلقِيْس‬،‫صفُوْ َره‬ َ ‫ُموْ َسى َو‬
َ
. َ‫ك يَا أرْ َح َم الرَّا ِح ِم ْين‬ َ
َ ِ‫ان هللاِ َعلَ ْي ِه َّن أجْ َم ِع ْينَ بِ َرحْ َمت‬ ُ ‫ت ِرضْ َو‬ِ ‫ال ُمطَهَّ َرا‬ ْ
Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini, serta eratkan hubungan
keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti
Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan
seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.
Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang
mendambakan rahmatMu.

‫فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا‬  ْ‫اَللَّهُ َّم اجْ َعلْ َج ْم َعنَا هَ َذا َج ْمعًا َمرْ حُوْ ًما َوتَفَرُّ قَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَرُّ قًا َم ْعصُوْ ًما َوالَتَجْ َعل‬
. َ‫َشقِيًّا َوالَ َمحْ رُوْ ًما يَا أَ ْك َر َم ْاألَ ْك َر ِم ْين‬
}‫ار‬ِ َّ‫اب الن‬َ ‫آلخ َر ِة َح َسنَةً َوقِنَا َع َذ‬ ِ ‫{ َربَّنَا َءاتِنَا فِى ال ُّد ْنيَا َح َسنَةً َوفِى ْا‬
. َ‫ َو ْال َح ْم ُد ِهللِ َربِّ ْال َعالَ ِم ْين‬  َ‫صحْ بِ ِه أَجْ َم ِع ْين‬
َ ‫صلَّى هللا ُ عَلى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai