Anda di halaman 1dari 3

TEKS BACAAN DOA

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN


JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
IPG KAMPUS IPOH SESI 2015/2016


.


.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, yang Maha Pemurah lagi Maha


Penyayang, kami berhimpun pada hari ini, berdoa memohon
rahmat dan hidayah dari-Mu. Semoga dengan rahmat itu, Engkau
berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan ikatan kami,
Engkau perbaiki urusan Agama dan dunia kami.

Allahumma Ya Azizu Ya Qahhar,


Sempena Majlis Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar, IPG Kampus Ipoh sesi 2015/2016 ini, kami pohonkan
ehsan daripada-Mu Ya Allah, agar Engkau kurniakan kepada kami
nikmat

kesejahteraan

lindungilah

kami

dan

daripada

keselamatan
segala

yang

keburukan

berterusan,

dan

keaiban,

hindarkanlah kami daripada segala bentuk kemungkaran dan


kemaksiatan,

agar

tenang

hati-hati

kami

dalam

menjalani

perjalanan kehidupan ini, Ya Allah. Peliharalah kami daripada


segala bencana, anugerahkanlah kami dengan nikmat kesihatan
agar kami dapat meneruskan usaha kami, dalam mencurahkan
bakti dan menaburkan jasa.

Ya Fattahu Ya Razzak,
Ya Allah, Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan
kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami,
restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus dan
benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan.
Hindarkanlah kami dari segala mala petaka dan sifat-sifat yang
keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh
membawa perpecahan dan kebinasaan.

Anda mungkin juga menyukai