Anda di halaman 1dari 3

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Dato .

dengan diiringi oleh Puan Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan,

Menjadi perisa sedap terperi,

Selamat datang kami ucapkan,

Semoga majlis tambah berseri.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam


Perak Aman Jaya.

Kuntum melati tumbuh melata

Burung merbah di pohon cemara

Assalamualaikum pembuka bicara

Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,

Bunga cengkih di atas jerami;

Terima kasih banyak-banyak,

Sudi datang ke sekolah kami.

Yang Berhormat, Dato Dr Muhammad Amin Bin Zakaria, Pengerusi ......................... , seterusnya
murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke SJKC Pheng Lok Air Kuning.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Terlebih dahulu, saya bagi mewakili pihak sekolah mengucapkan selamat datang dan ribuan terima
kasih kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke sekolah kami ini terutamanya
kepada Yang Berhormat Dato Dr Muhammad Amin bin Zakaria kerana sudi meluangkan masa
menghadirkan diri ke sekolah kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa dan penjaga
murid-murid Tahun 5 SJKC Pheng Lok yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk memberi
sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah dan
menghasilkan impak yang positif kepada kecemerlangan sekolah.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Pn. Lam Chooi Ping, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SJKC Pheng Lok, mewakili Guru Besar, untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Terima kasih kepada Puan Lam Chooi Ping atas ucapan aluan sebentar tadi. Begitulah serba sedikit
penerangan dan pencapaian mengenai sekolah kami ini.

Kalau Datopikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada Dato penghormatan diberi,
Mohon titipkan kata-kata bererti.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat Dato Dr Muhammad Amin bin Zakaria, Pengerusi
................. untuk menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato atas ucapan itu tadi.

Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk
bersama-sama membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara. Bak kata pepatah Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Hadirin sekalian,

Sekarang, tibalah masa untuk sesi penyerahan tablet kepada guru-guru SJKC Pheng Lok. Untuk
makluman semua, tablet ini adalah antara inisiatif kerajaan untuk memberikan kemudahan kepada
para guru untuk mengakses pelbagai maklumat di hujung jari di samping dapat digunakan untuk
membantu guru-guru semasa proses pengajaran. Di dalam tablet ini juga turut dibekalkan dengan
perisian tutor guru dan e-paper Utusan Malaysia.
Bagi menyempurnakan sesi penyerahan tablet ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput dan
mempersilakan Yang Berhormat Dato Dr Muhammad Amin bin Zakaria, Pengerusi ..
dengan diiringi Dipersilakan.

Dijemput, ..guru-guru ikut senarai nama.

Tanpa membuang masa, kita terus ke sesi yang seterusnya iaitu sesi penyerahan sumbangan kepada
pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJKC Pheng Lok. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Puan
Liew Cheng Wai, Pengerusi PIBG SJKC pheng Lok untuk menerima sumbangan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato akan penyempurnaan sesi penyerahan tablet
dan sumbangan itu tadi.

Hadirin yang dihormati, selesai sudah majlis pertemuan kita pada pagi ini. Diharapkan majlis kita
pada hari ini dipenuhi dengan pelbagai input yang boleh dibawa balik oleh para guru dan ibu bapa.

Terima kasih sekali kepada pihak Dato dan tetamu sekalian kerana sudi hadir ke SJKC Pheng Lok.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar Bahasa dan
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai