Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER KUNING

31920 KAMPAR
PERAK

KERTAS KERJA :
PERTANDINGAN E-SUKAN
MOBILE LEGENDS
PERINGKAT SEKOLAH 2021

4 DISEMBER 2021
1. TAJUK PROGRAM

Pertandingan E-Sukan Mobile Legends Sekolah Kebangsaan Ayer Kuning 2021

2. PENDAHULUAN

Kertas Kerja ini bertujuaan untuk menerangkan pertandingan E-Sukan Mobile Legends
peringkat sekolah bagi memilih wakil ke Pertandingan E-Sukan peringkat Negeri Perak
tahun 2022. Kertas cadangan ini juga disediakan untuk menerangkan hala tuju
penganjuran program tersebut dan menjelaskan peruntukan yang diperlukan.

Mobile Legends : Bang Bang adalah permainan arena pertempuran dalam talian
berbilang pemain (MOBA) yang direka untuk telefon bimbit. Dua pasukan lawan
bertempur untuk mencapai dan menghancurkan pangkalan musuh sambil
mempertahankan pangkalan mereka sendiri untuk mengawal jalan, tiga "lorong" yang
dikenali sebagai "atas", "tengah" dan "bawah", yang menghubungkan pangkalan.

3. OBJEKTIF

3.1 Tujuan

3.1.1 Memilih wakil pasukan sekolah ke pertandingan E-Sukan Mobile Legends peringkat
Negeri Perak tahun 2022.
3.1.2 Mempromosi E-Sukan selaras dengan matlamat JPN Perak dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
3.1.3 Memberi peluang kepada murid SKAK untuk mengenali dan menimba lebih banyak
pengalaman di dalam bidang sukan ini.
3.1.4 Memberi ruang kepada murid SKAK menggunakan kebolehan bermain permainan
mobile dalam persaingan sihat.

3.2 Outcome

3.2.1 Dapat melahirkan murid SKAK yang mempunyai kemahiran dalam mengatur
strategi.
3.2.2 Dapat membina critical-thinking dalam kalangan murid SKAK.
3.2.3 Dapat memberi peluang kepada murid untuk menggunakan pengetahuan yang
dipelajari dari permainan dalam kehidupan seharian.
4. KUMPULAN SASARAN

Murid
TAHUN 1 31 orang
TAHAP 1 TAHUN 2 24 orang
TAHUN 3 31 orang
TAHUN 4 32 orang
TAHAP 2 TAHUN 5 30 orang
TAHUN 6 27 orang
TAHUN 3 8 orang
PPKI
TAHUN 5 7 orang
JUMLAH 190 orang

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

HARI / TARIKH PUSINGAN MASA

1-2 9.00 pagi

4 Disember 2021 3-4 11.00 pagi

Sabtu 5-6 2.00 petang

Semifinals - Final 4.00 petang


6. JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi Induk : En. Syahrul Nizam bin Zulkflee (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh Noor Asmah binti Mohd Ismail (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : En. Mat Daud bin Dahari (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Azahan bin Ismail (PK HEM)
Setiausaha : En. Muhammad Zaim Syafiq bin Mohd Roslan

AJK PELAKSANA
En. Muhammad Farhan bin Samsudin (PPKI)
Pn. Hanisafinas binti Mohamad Husin
Pn. Dalila binti Mahmud
Pengurus Pasukan
Pn. Nurul Hikmah binti Abdullah
En. Razman bin Hamzah@Daud

En. Muhammad Zaim Syafiq bin Mohd Roslan


Caster En. Mohd Azarul Hafiz bin Abdul Jalil

En Muhammad Azmin bin Md Kambali


Pn. M. Aniza binti Mislan
Hadiah Pn. Halilatul Khairah binti Tahiruddin
Pn. Rosni binti Razali

En. Muhammad Zaim Syafiq bin Mohd Roslan


Dokumentasi Pn. Rafidah binti Yaakob
7. IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Sumber Kewangan : Bantuan Persekolahan Lain (Yuran Khas–Sukan/Permainan) RM305.76


7.2 Anggaran Perbelanjaan

ANGGARAN JUMLAH
PERKARA KUANTITI SUMBER KEWANGAN
RM RM
Hadiah pertandingan
(Juara)
5 RM 9.00 RM45.00
Medal Besi
Zip Bag A4
Hadiah pertandingan
(Naib Juara)
5 RM8.00 RM40.00
Medal Besi
Zip Bag A5
Hadiah pertandingan
(Tempat Ketiga)
5 RM7.00 RM35.00
Medal Besi
Zip Bag A6
Hadiah pertandingan
(Tempat Keempat) 5 RM5.00 RM25.00
Medal Besi
Hadiah pertandingan Bantuan Persekolahan Lain
(Tempat Kelima) 5 RM5.00 RM25.00
(Yuran
Medal Besi
Khas-Sukan/Permainan)
Hadiah pertandingan
(Tempat Keenam) 5 RM5.00 RM25.00
Medal Besi
Hadiah pertandingan
(Tempat Ketujuh) 5 RM5.00 RM25.00
Medal Besi
Hadiah pertandingan
(Tempat Kelapan) 5 RM5.00 RM25.00
Medal Besi
Hadiah pertandingan
(Tempat Kesembilan) 5 RM5.00 RM25.00
Medal Besi
Hadiah pertandingan
(Tempat Kesepuluh) 5 RM5.00 RM25.00
Medal Besi
Two Sheet Card Ivory RM10.76 RM10.76
JUMLAH RM 305.76 RM 305.76
8. ULASAN JPN/PPD

Tiada

9. PENUTUP

Dengan penganjuran Pertandingan E-Sukan Mobile Legends ini adalah diharapkan


dapat memberi peluang murid bergiat aktif walaupun kegiatan luar telah ditangguhkan
kerana SOP Covid-19. Ia membuka ruang kepada murid mendapat markah PAJSK
menerusi cara lain di samping memberikan mereka platform yang betul menggunakan
kemahiran bermain permainan telefon.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................... ....................................
(EN. MUHAMMAD ZAIM SYAFIQ) (PN. HJH NOOR ASMAH BINTI MOHD ISMAIL)
Setiausaha Permainan Penolong Kanan Kokurikulum
SK Ayer Kuning SK Ayer Kuning
KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN E-SUKAN MOBILE LEGENDS
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER KUNING 2021

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Pertandingan E-Sukan Mobile Legends Sekolah


Kebangsaan Ayer Kuning 2021

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Pertandingan E-Sukan Mobile Legends Sekolah


Kebangsaan Ayer Kuning 2021

Ulasan:
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………

(Syahrul Nizam bin Zulkflee)


Guru Besar
SK Ayer Kuning
Kampar, Perak
Tarikh :
SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN

1. Kejohanan ini berasaskan undang-undang biasa permainan Mobile Legends dan pusingan
permainan akan dijalankan berasaskan system ”Double Elimination Pool” dalam ”Best-of-
One Mode” yang membahagikan 16 kumpulan ke dalam dua braket, iaitu ”upper bracket”
dan ”lower bracket”.

2. Dengan menyertai pertandingan ini, permain bersetuju untuk mematuhi segala


peraturan-peraturan dan undang-undang serta keputusan yang dibuat oleh pihak pengelola
pertandingan. Para pemain perlu mematuhi arahan yang dibuat oleh pengelola
pertandingan pada setiap masa.

3. Setiap permain perlu bersedia dan boleh didapati semasa tempoh Kejohanan atau sehingga
disingkirkan dari pertandingan. Pemain-pemain harus 15 minit awal daftar masuk lobi
sebelum permainan bermula.

4. Jika salah satu pasukan tidak menunjukkan tanda-tanda aktiviti (termasuk : Tiada ahli
pasukan menulis komen perlawanan, tiada anggota pasukan telah menyertai lobi, semua
percubaan lain untuk menghubungi pasukan gagal) sehingga 15 minit selepas masa
perlawanan, kemenangan akan terus dibagi kepada pihak lawan sebagai menang tanpa
bertanding oleh pengelola pertandingan.

5. Masa yang diperuntukan untuk setiap permainan adalah tanpa had masa bagi setiap
pusingan. Sekiranya salah seorang pemain daripada mana-mana kumpulan tidak hadir,
permainan masih akan terus berjalan dengan pengantian permain AI.

6. Jika seorang pemain ”disconnect” , permainan itu hendaklah ”pause” serta-merta.

7. Setiap peserta diminta untuk mengekalkan sikap ramah mesra dan hormat dengan para
peserta lain dan pengelola. Penghinaan dan tingkah laku yang tidak adil atau tidak sopan ke
arah pengelola dan peserta lain tidak akan diterima dan akan dihukum dengan kekalahan
serta-merta.

8. Jawatankuasa pengelola pertandingan berhak mengubah dan menambah sebarang


peraturan sebelum dan semasa kejohanan berlangsung tanpa sebarang notis. Keputusan
uruscara semasa pertandingan adalah muktamad.

9. Kejohanan pertandingan Mobile Legends ini akan dimain secara online sehingga akhir
di rumah masing-masing.
10. Pemain-pemain kejohanan ini mestilah terdiri daripada murid-murid SK Ayer Kuning.

11. Pendaftaran rasmi dan penentuan pemain-pemain dalam kumpulan perlu dibuat
sebelum tarikh tutup penyertaan 30 November 2021. Pertukaran aturan tetap pemain-pemain
tidak dibenarkan selepas pendaftaran rasmi dilakukan apabila pusingan pertama dimulakan.

12. Sebarang pendaftaraan atau pertanyaan sila hubungi : En Muhammad Zaim Syafiq -
0194010114
1
0

Anda mungkin juga menyukai