Anda di halaman 1dari 12

KERTAS CADANGAN

KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT SEKOLAH KALI KE-


62 PADANG SK KUBANG TEDUH KEDAH DARUL AMAN.
TAHUN 2022

1.0 PENDAHULUAN

Kejohanan Olahraga adalah satu aktiviti sukan yang penting dalam kalendar
sekolah dan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Setiap sekolah perlu
berusaha membangunkan dan membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan warga
sekolah agar institusi sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi murid
secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Penglibatan murid dalam sukan dapat memupuk semangat kerjasama, patriotik
dan bersatu padu di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Pertumbuhan
kanak-kanak yang cemerlang adalah terbentuk daripada gabungan intelek, jasmani,
rohani, emosi dan sosial yang berpotensi tinggi. Ia terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
Sehubungan itu, untuk tujuan pembentukan insan yang seimbang itu, maka
Sekolah Kebangsaan Kubang Teduh akan mengadakan satu Kejohanan Olahraga untuk
menjurus kepada pembentukan insan seimbang itu. Ia dilaksanakan secara permuafakatan
ibu bapa untuk merapatkan hubungan sosial dikalangan masyarakat setempat. Kejohanan
Sukan ini dinamakan dengan Kejohanan Olahraga bagi tahun 2022
.

2.0 MATLAMAT

Melahirkan insan (murid) yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3.0 OBJEKTIF

Kejohanan Olahraga SK Kubang Teduh bagi tahun 2022 kali ke-62 ini
diadakan dengan beberapa objektif. Antaranya ialah:
🠹 Memenuhi keperluan murid untuk beriadah dan bersukan.
🠹 Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
🠹 Memupuk semangat berkerjasama dan berganding bahu dalam satu pasukan.
🠹 Mengilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan
keperingkat lebih tinggi.
🠹 Memilih murid untuk mewakili sekolah ke Kejohanan MSSD Kota Setar pada
tahun 2023.
🠹 Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.
🠹 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah
pertandingan.
🠹 Melatih murid-murid memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam satu
pasukan.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN


Acara sebelum sukan (Sukantara / Saringan)
Tarikh : 26 & 28 Jun 2022 (Ahad / Selasa)
Masa : 5.00 petang
Tempat : Padang SKKT

Raptai Kejohanan Olahraga


Tarikh : 29 Jun 2022 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi

Kejohanan Olahraga SKKT 2022


Tarikh : 30 Jun 2022 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Padang SKKT

2
5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)
Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang SK Kubang Teduh
🠹 Terletak di dalam kawasan SK Kubang Teduh
🠹 Kawasan padang yang berdekatan dengan tempat tinggal murid-murid.
🠹 Tiada kos bayaran padang/balapan.
🠹 Bebas dari sebarang gangguan luar.
🠹 Mempunyai keluasan yang mencukupi untuk melaksanakan Kejohanan Olahraga
SKKT kali ke-62.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


Para peserta terdiri daripada Pra Sekolah, Tahap 1 dan Tahap 2

7.0 JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN OLAHRAGA.

Penaung : Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar

Penasihat : Pn. Fuziah binti Zainal Abidin


( GB SK Kubang Teduh )

Pengerusi : En. Zolkifli bin Hanafi


Bersama ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
En. Haslizaidi bin Abdul Halim (YDP PIBG SKKT)

Naib Pengerusi : En. Rosli bin Abdul Halim (GPK Akademik )


Pn. Sofiah binti Hassan (GPK HEM)

Setiausaha : En Mohd Syaufiq bin Shamsuddin


Pen.Setiausaha : En. Badrul Hisham bin Md Rejab

Bendahari : Pn. Norazian binti Ramli (PIBG)

Ahli : Rumah Jerai (Merah)


Jawatankuasa Pn. Mazlina bt. Md Noor
Rumah Ledang (Kuning)
Pn. Norazian bt. Ramli
Rumah Kinabalu (Hijau)
Pn. Habsah bt. Lim

3
8.0 PERBELANJAAN
Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk Kejohanan
Olahraga SK Kubang Teduh kali ke 62 bagi tahun 2022:
HARGA JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI
SEUNIT (RM)
1. Sukaneka Tahap 1
TAHUN 1 & 2
1. Bawa bola ping pong dalam sudu, pundi kacang 18 RM 2.00 RM 36.00
di atas kepala.

2. Masukkan air ke dalam botol 18 RM 2.00 RM 36.00

Permainan Murid Pra Sekolah


1. Acara Larian 50m L/P
2. Lari dalam guni. 5 x 3 = 15 RM 6.00 RM 90.00
3. Bawa bola pingpong dan pundi kacang 5 x 3 = 15 RM 6.00 RM 90.00
atas kepala.
5 x 3 = 15 RM 6.00 RM 90.00
4. Terumpah Gergasi

5. Kutip gula-gula - - -

2. Hadiah Acara Olahraga


1. Medal Kejohanan Olahraga 84 unit RM 6.00 RM 504.00
2. Olahragawan Sekolah(Tahun 6) 1 unit RM 10.00 RM 10.00
3. Olahragawati Sekolah(Tahun 6) 1 unit RM 10.00 RM 10.00
4. Olahragawan Harapan(Tahun 5) 1 unit RM 10.00 RM 10.00
5. Olahragawati Harapan(Tahun 5) 1 unit RM 10.00 RM 10.00
6. Piala Pusingan (Johan keseluruhan) 1 unit RM 10.00 RM 10.00

4. Cenderamata VIP 1 unit RM 50.00 RM 50.00

5. Air Mineral Pegawai 5 kotak RM 12.00 RM 60.00

4
6. Jamuan Pegawai (Hari Kejohanan)
1. Sarapan RM 2.50 X 30 30 orang RM 6.50 RM 195.00

2. Makan tengah hari RM 4.00 X 30

7. Jamuan VIP - - RM 100.00

HARGA JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI
SEUNIT (RM)
8. Sewa Khemah 4 unit RM100.00 RM 400.00
9. Sewa PA Sistem 1 RM300.00 RM 300.00
10. Persiapan padang
1. Minyak Hitam 60 Ltr RM0.50 RM 30.00

2. Cat Sembur 2 Tin RM5.00 RM 10.00

3. Banner Kejohanan Olahraga 2 RM50.00 RM 100.00

11. Runcit
1. 3 Rumah Sukan 3 rumah RM100.00 RM 300.00
2. Alat Tulis 5 unit RM 10.00 RM 50.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 2491.00

SUMBER KEWANGAN :
BIL PERKARA RINGGIT MALAYSIA (RM)

1. PERUNTUKAN
1. WANG SUKAN SEKOLAH
RM 1221.00
2. WANG KOKURIKULUM

3. WANG PCG PJPK

4. SUWA

5
2. BANTUAN KOKURIKULUM PRA SEKOLAH RM 270.00

3. SUMBANGAN PIBG RM 1000.00

JUMLAH RM 2491.00

12.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi peserta dalam menyertai
Kejohanan Olahraga pada kali ini akan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian
mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

……………………………........... ……………………………...
(MOHD SYAUFIQ BIN SHAMSUDDIN) (ZOLKIFLI BIN HANAFI)
Setiausaha Sukan GPK Kokurikulum
SK Kubang Teduh SK Kubang Teduh

6
KERTAS CADANGAN KEJOHANAN OLAHRAGA SKKT 2022

KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Kejohanan Olahraga SKKT.

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Kejohanan Olahraga SKKT.

Ulasan

......................................................
(FUZIAH BT ZAINAL ABIDIN )
Guru Besar
SK. Kubang Teduh

7
Lampiran
1
TENTATIF PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA
SK KUBANG TEDUH KALI KE-62 TAHUN 2022

Acara Sukantara
1. Tarikh : 26 Jun 2022
2. Hari : Ahad
3. Masa : 5:00 ptg
4. Tempat : Padang SK Kubang Teduh
5. Acara : Acara padang akhir ( Lompat Jauh, Lompat Tinggi dan Lontar Peluru)

Acara Saringan
1. Tarikh : 28 Jun 2022
2. Hari : Selasa
3. Masa : 5:00 ptg
4. Tempat : Padang SK Kubang Teduh
5. Acara : Acara balapan peringkat Saringan (80m / 100m dan 200m ) / akhir 200m

Raptai Kejohanan Olahraga


Tarikh : 29 Jun 2022 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi

Kemuncak Kejohanan Olahraga SKKT


1. Tarikh : 30 Jun 2022
2. Hari : Khamis
3. Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tgh
4. Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Kubang Teduh
5. Acara : Sukaneka, acara balapan individu akhir ( 80m / 100m ) dan kumpulan akhir
( 4 X 100M).

8
ATUR CARA KEJOHANAN OLAHRAGA
SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG TEDUH KE 62 2022

8.00 pagi - Ketibaan Dif-Dif Jemputan / waris

8.30 pagi - Ketibaan VIP


- Kata Alu-aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
(Ust. Mohd Syaufiq b. Shamsuddin)
- Lagu Negaraku
- Pergerakan Masuk kontijen
- Lintas hormat kontijen rumah sukan
- Ucapan Guru Besar
(Pn. Fuziah bt. Zainal Abidin)
- Ucapan Perasmian Kejohanan Olahraga
Peringkat SKKT Kali 62 2022
(Dato’ Hj Salleh Bin Hj Saidin)
Pengerusi Yayasan Salleh Saidin
- Lafaz Ikrar Kejohanan
(Adik Muhammad Azki bin Juhan Mukhrij)
- Pergerakan keluar Kontijen Rumah Sukan

9.15 pagi - Acara dimulakan


▪ 80m Bwh 10 P

▪ 80m Bwh 10 L

▪ 100m Bwh 10 P

▪ 100m Bwh 10 L

▪ 100m Bwh 12 P

▪ 100m Bwh 12 L

▪ Sukaneka Pra Sekolah

▪ Sukaneka Tahun 1 & 2

9
▪ Penyampaian Hadiah Acara Padang & 80m / 100m / 200m

▪ 4 x 100m Bwh 10 P

▪ 4 x 100m Bwh 10 L

▪ 4 x 100m Bwh 12 P

▪ 4 x 100m Bwh 12 L

11.00 pagi - Upacara Penutupan


- Pergerakan Masuk kontijen
- Ucapan Penutupan Puan Guru Besar
- Upacara Penyampaian Hadiah
▪ Penyampaian Hadiah Acara sukaneka tahun 1 & 2 / Pra Sekolah

▪ Acara 4 x 100
▪ Olahragawan / Olahragawati
▪ Olahragawan Harapan / Olahragawati Harapan
▪ Hadiah Perbarisan
▪ Hadiah Keseluruhan Kejohanan Olahraga SKKT 2022
- Sorakan HIP HIP HOOREY
(GPK Koko En. Zolkifli bin Hanafi)

- Bersurai

10
Lampiran 2
Acara yang akan di pertandingkan dalam Kejohanan Olahraga SKKT 2022.

Bil. Acara Ketegori Emas Perak Gangsa

1. 50 M (Perempuan) Pra Sekolah 1 1 1 3

2. 50 M (Lelaki) Pra Sekolah 1 1 1 3

3. 80 M ( Perempuan) 10 1 1 1 3

4. 80 M (Lelaki) 10 1 1 1 3

5. 100 M (Perempuan) 10 1 1 1 3

6. 100 M (Lelaki) 10 1 1 1 3

7. 100 M (Perempuan) 12 1 1 1 3

8. 100 M (Lelaki) 12 1 1 1 3

9. 200 M (Perempuan) 12 1 1 1 3

10. 200 M (Lelaki) 12 1 1 1 3

11. 4 X 100 M (Perempuan) 4/5/6 4 4 4 12

12. 4 X 100 M (Lelaki) 4/5/6 4 4 4 12

13. Lompat Jauh (Perempuan) 10 1 1 1 3

14. Lompat Jauh (Lelaki) 10 1 1 1 3

15. Lompat Jauh (Perempuan) 12 1 1 1 3

16. Lompat Jauh ( Lelaki) 12 1 1 1 3

17. Lompat Tinggi (Perempuan) 10 1 1 1 3

18. Lompat Tinggi (Lelaki) 10 1 1 1 3

11
19. Lompat Tinggi (Perempuan) 12 1 1 1 3

20. Lompat Tinggi (Lelaki) 12 1 1 1 3

21. Lontar Peluru (Perempuan) Terbuka 1 1 1 3

22. Lontar Peluru (Lelaki) Terbuka 1 1 1 3

KESELURUHAN PINGAT 28 28 28 84

12

Anda mungkin juga menyukai