Anda di halaman 1dari 10

BBD 8454

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL PUCHONG BATU 14,

JALAN BUNGA TANJUNG, 47100 PUCHONG, SELANGOR

TEL&FAKS :03 80622649

KERTAS KERJA

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-55 TAHUN 2014

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL PUCHONG


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-55 TAHUN 2014

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL PUCHONG


PENDAHULUAN
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah adalah merupakan salah satu program tahunan sekolah.
Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program Kokurikulum Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Puchong bagi tahun 2014. Kejohanan pada tahunini adalah merupakan kali ke-55 pernah diadakan.

MATLAMAT

Perlaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi dan minat
murid-murid kearah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui penglibatan murid-
murid dalam aktiviti-aktiviti permainan dan olahraga peringkat sekolah dan pertandingan-
pertandingan yang diadakan, membolehkan murid-murid mengimbangkan antara emosi, jasmani,
intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF
Adalah diharapkan program ini akan dapat:-

3.1 Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat mereka ketahap yang
lebih optimum

3.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam gerak kerja diceburi

3.3 Melahirkan murid-murid yang akif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum.

3.4 Melahirkan murid-murid yang berkeyakinan dari memantapkan diri untuk lebih Berjaya dengan
lebih cemerlang

3.5 Murid-murid yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar mewakili sekolah ke kejohanan
olahraga peringkat daerah.
PELAKSANAAN
Kejohanan kali ini akan dilaksanakan bagi mempertandingkan kategori antara rumah sukan.
Sekolah akan mengadakan Sukan Tahunan Sekolah kali ke-55 bagi tahun 2014 pada ketetapan
berikut.

Tarikh : 13 Julai 2014( AHAD)

Masa : 8.00 pagi

Tempat :Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Subang Jaya

USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Sasaran : Semua murid tahap 2 dan guru

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


Kategori rumah sukan yang dipertandingkan :-

Kejohanan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Puchong bagi tahun 2014. Lima pasukan yang terdiri
daripada semua murid Tahap 2 ( tahun 4,5 dan 6), iaitu

 Rumah Ungu
 Rumah Merah
 Rumah Kuning
 Rumah Hijau
 Rumah Biru

HADIAH-HADIAH

 Peserta yang mendapat kedudukan Johan Naib Johan dantempat Ketiga akan mendapat
hadiah medal di dalam setiap acara yang dipertandingkan.
 Peserta yang menyertai acara sukaneka juga mendapat kedudukan Johan, Naib Johan dan
tempat Ketiga akan mendapat hadiah medal di dalam setiap acara yang dipertandingkan.
 Olahragawan dan olahragawati akan dipilih berdasarkan pencapaian keseluruhan individu
dan berpasukan juga menerima hadiah.
 Johan keseluruhan bagi pertandingan kategori rumah-rumah sukan ialah berbentuk piala
pusingan.
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HADIAH PERBELANJAAN JUMLAH(RM)


1 KHEMAH 10 BUAH X RM 200 2000.00
2 PA SYSTEM 900.00
3 CENDERAHATI VIP 500.00
4 ACARA KUMPULAN RM20 X 15 X 20 6000.00
5 ACARA INDIVIDU RM30 X 3X 18 1620.00
6 ACARA BEKAS MURID 10 ORG X RM 20 200.00
7 ACARA IBUBAPA 60 ORG X RM 20 1200.00
KEJOHANAN
8 ACARA PEGAWAI SUKAN 20 ORG X RM 20 400.00
9 ACARA PERBARISAN 5 RUMAH 50 ORG X RM 20 1000.00
10 JOHAN KESELURUHAN 1 ORG X RM 200 200.00
11 NAIB JOHAN 1 ORG X RM 150 150.00
12 KETIGA 1 ORG X RM 100 100.00
13 PEKERJA 10 ORG X RM 15 150.00
14 ACARA LARI BERGANTI GURU 70 HADIAH 70 ORG X RM 20 1400.00
14org X5 rumah
15 ACARA GURU 14org X 5 KUMP 70 HADIAH 70 ORG X RM 20 1400.00
16 JAMUAN VIP KEJOHANAN 500.00
17 SARAPAN PAGI 30 ORG X RM 5 150.00
18 MAKANAN TENGAHARI 400 ORG X RM 10 4000.00
19 FOTOGRAFI 700.00

JUMLAH 22 570.00

PENUTUP
Segala maklumat yang dinyatakan adalah mengikut penetapan jawatankuasa pengelola sukan
sekolah.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”


Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………, ………………………………..,
(PN S.SASHI REKHA) (PN A.PITCHAMMAL)
S/U SJKT Puchong PK Kokurikulum SJKT Puchong
Disahkan oleh,

………………………………………….,
(EN.V.VENUGOPAL)
Guru Besar SJKT Puchong
Yang Di Pertua, Ruj Kami: 01/KST/02/SJKTP/2014
Majlis Perbandaran Subang Jaya, Tarikh :20/05/2014
Persiaran Perpaduan , USJ 5,
47610 Subang Jaya.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN KOMPLEKS SUKAN


MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA ,USJ 5 BAGI KEJOHANAN SUKAN
TAHUNAN SEKOLAH YANG ke -55.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Saya selaku Guru Besar SJKT Puchong, ingin
memohon kebenaran tuan untuk menggunakan kemudahan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran
Subang Jaya . USJ 5 untuk Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-55.

2. Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-55ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 13 Julai 2014 (AHAD)


Masa : 8.00 pagi
Sasaran : 600 orang murid, 600 ibu bapa, 65 orang guru

3. Saya harap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami serta meluluskan permohonan
kami bagi menggunakan kemudahan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Subang Jaya , USJ
5.Segala kerjasama dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………, ..............................
(V.VENUGOPAL) (M.MURALI)
Guru Besar Yang Dipertua PIBG
SJKT Puchong SJKT Puchong

Sk : 1) YB Gobind Singh Deo


Ahli Parlimen Puchong
2) YB Noor Hanim
Ahli DUN Sri Serdang
3)EncikMehanathan a/l Embamurthi
Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya
4) fail koku sjkt puchong
YB. Datuk M.Saravanan , Ruj Kami: 02/KST/02/SJKTP/2014
Timbalan Menteri Belia dan Sukan , Tarikh : 20 Mei 2014
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,
Menara KBS,
No 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
62570 Putrajaya

Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN
TAHUNAN SEKOLAH YANG ke -55.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah dengan segala hormatnya menjemput YB Tuan untuk
merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-55, SJKT Puchong yang akan berlangsung
mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 13 Julai 2014 (AHAD)


Masa : 8.00 pagi
Tempat :Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Subang Jaya,
Persiaran Perpaduan, USJ 5 , 47610 Subang Jaya

3. Tuan, pihak sekolah dan PIBG bercadang untuk mengadakan kejohanan sukan tahunan ini di
Kompleks Sukan MPSJ USJ 5. Memandangkan sukan ini amat berprestej dan menelan belanja yang
banyak iaitu sebanyak RM 22170.00 ( Duapuluh dua ribu dan seratus tujuh puluh Ringgit Sahaja)
Pihak sekolah memohon peruntukan dari Yang Berhormat bagi menjayakan temasya sukan ini.

4.Semoga permohonan kami mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan . Segala kerjasama
yang YB Tuan berikan amat kami hargai. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan kami
ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………, ..............................
(V.VENUGOPAL) (M.MURALI)
Guru Besar Yang Dipertua PIBG
SJKT Puchong SJKT Puchong

sk : fail kokurikulum
Ruj Kami: 03/KST/02/SJKTP/2014
Tarikh : 20 Mei 2014
YB Datuk M.Saravanan
Timbalan Menteri Belia dan Sukan ,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,
Menara KBS,
No 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
62570 Putrajaya

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH


YANG ke -55.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah dengan segala hormatnya memohon peruntukan sebanyak RM20,000 dari pihak
YB Tuan untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-55, SJKT Puchong yang akan
berlangsung mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 13 Julai 2014 (AHAD)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Subang Jaya
USJ 5 , 47610 Subang Jaya
3. Semoga permohonan kami mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan . segala kerjasama
yang YB Tuan berikan amat kami hargai.

Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan kami ucapkan terima kasih.

Sekian.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………, ..............................
(V.VENUGOPAL) (M.MURALI)
Guru Besar Yang Dipertua PIBG
SJKT Puchong SJKT Puchong

sk : fail kokurikulum
SJKT PUCHONG ,
JALAN BUNGA TANJUNG, BATU 14, 47100 PUCHONG.

ANGGARAN PERBELANJAAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-55, 2014

BIL PERKARA HADIAH PERBELANJAAN JUMLAH(RM)


1 KHEMAH 10 BUAH X RM 200 2000.00
2 PA SYSTEM 900.00
3 CENDERAHATI VIP 500.00
4 ACARA KUMPULAN RM20 X 15 X 20 6000.00
5 ACARA INDIVIDU RM30 X 3X 18 1620.00
6 ACARA BEKAS MURID 10 ORG X RM 20 200.00
7 ACARA IBUBAPA 60 ORG X RM 20 1200.00
KEJOHANAN
8 ACARA PEGAWAI SUKAN 20 ORG X RM 20 400.00
9 ACARA PERBARISAN 5 RUMAH 50 ORG X RM 20 1000.00
10 JOHAN KESELURUHAN 1 ORG X RM 200 200.00
11 NAIB JOHAN 1 ORG X RM 150 150.00
12 KETIGA 1 ORG X RM 100 100.00
13 PEKERJA 10 ORG X RM 15 150.00
14 ACARA LARI BERGANTI GURU 70 HADIAH 70 ORG X RM 20 1400.00
14org X5 rumah
15 ACARA GURU 14org X 5 KUMP 70 HADIAH 70 ORG X RM 10 1400.00
16 JAMUAN VIP KEJOHANAN 500.00
17 SARAPAN PAGI 30 ORG X RM 5 150.00
18 MAKANAN TENGAHARI 40 ORG X RM 10 4000.00
19 FOTOGRAFI 700.00

JUMLAH 22 170.00

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”


Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………, ………………………………..,
(PN S.SASHI REKHA) (PN A.PITCHAMMAL)
S/U SJKT Puchong PK Kokurikulum SJKT Puchong
Disahkan oleh,

………………………………………….,
(EN.V.VENUGOPAL)
Guru Besar SJKT Puchong
Ruj Kami: 04/KST/02/SJKTP/2014
Tarikh : 29 April 2014
____________________________
_________________________
_________________________

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH YANG


ke -55.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-55,
SJKT Puchong yang akan berlangsung mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 13 Julai 2014 (AHAD)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Subang Jaya ,
Persiaran Perpaduan , USJ 5 , 47610 Subang Jaya
3. Tuan, pihak sekolah memohon sumbangan bagi menjayakan temasya sukan in. Pihak sekolah dan
PIBG bercadang untuk mengadakan kejohanan sukan tahunan ini di Kompels Sukan Majlis
Perbandaran Subang Jaya USJ 5. Memandangkan sukan ini amat berprestej dan menelan belanja
yang banyak iaitu sebanyak RM 22 170.00.

4. Tuan pihak sekolah mengadakan sukan ini di stadium kerana ia dapat member pendedahan dan
pengalaman kepada murid-murid sekolah ini. Dengan itu, kami ingin memohon sumbangan dari
pihak tuan bagi menjayakan program ini.

5. Segala kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima
kasih. Bersama–sama ini kami sertakan anggaran perbelanjaan kejohanan sukan.
Sekian.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………, ..............................
(V.VENUGOPAL) (M.MURALI)
Guru Besar Yang Dipertua PIBG
SJKT Puchong SJKT Puchong

sk : fail kokurikulum
YB. Dato Seri Jason Rajendran, . Ruj Kami: 05/KST/02/SJKTP/2014
Managing Director, Tarikh : 26 Mei 2014
Blok A, A-1-05, Persiaran Putra Permai Selesa,
43300 Seri Kembangan, Selangor

Tuan,
JEMPUTAN UNTUK MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN SUKAN
TAHUNAN SEKOLAH YANG ke -55.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah dengan segala hormatnya menjemput YB Dato Seri untuk
majlis penyampaian Hadiah Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-55, SJKT Puchong yang akan
berlangsung mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 13 Julai 2014 (AHAD)


Masa : 11.00 pagi
Tempat :Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Subang Jaya,
Persiaran Perpaduan, USJ 5 , 47610 Subang Jaya

3. Tuan, pihak sekolah dan PIBG bercadang untuk mengadakan kejohanan sukan tahunan ini di
Kompleks Sukan MPSJ USJ 5. Memandangkan sukan ini amat berprestej dan menelan belanja yang
banyak iaitu sebanyak RM 22170.00 ( Dua puluh dua ribu dan seratus tujuh puluh Ringgit Sahaja)
Pihak sekolah memohon peruntukan sebanyak RM 10 00.00 dari Yang Berhormat bagi menjayakan
temasya sukan ini.

4. Semoga permohonan kami mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan . Segala kerjasama
yang YB Dato Seri berikan amat kami hargai. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak YB Dato
Seri kami ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………, ..............................
(V.VENUGOPAL) (M.MURALI)
Guru Besar Yang Dipertua PIBG
SJKT Puchong SJKT Puchong

sk : fail kokurikulum

Anda mungkin juga menyukai