Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI, TAMAN SERI MURNI, 68100 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
HARI KARNIVAL SUKAN PIBG
TARIKH MASA TEMPAT : : : 02 OKTOBER 2010 7.40 PAGI HINGGA 12.00 TGH SEKOLAH KEBANGSAAN SK SERI MURNI, KUALA LUMPUR. ____________________________________________________________ __

KEGIGIHAN TUNGGAK KEJAYAAN BERSUKAN UNTUK KECEMERLANGAN


____________________________________________________________ __ KERTAS KERJA DISEDIAKAN OLEH : JAWATANKUASA PENGELOLA BIRO SUKAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI KUALA LUMPUR.

HARI KARNIVAL SUKAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI KUALA LUMPUR.
1. PENGENALAN Sukan adalah aktiviti yang sihat bagi semua golongan dan masyarakat, Bersukan juga merupakan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Aktiviti bersukan menekankan aspek nilai, bakat, peranan kepimpinan sosial dan sebagainya. Justeru, bagi melahirkan murid dan masyarakat yang sihat, berwibawa, berketrampilan dan bersemangat maka Biro Sukan PIBG merancang mengadakan Hari Karnival sukan PIBG. Melalui aktiviti ini, diharap murid-murid dan penduduk sekeliling dapat mempraktikkan kemahiran yang diperolehi ketika menyertai aktiviti karnival sukan PIBG. Di samping itu Biro sukan PIBG dapat mencari dana untuk tabung PIBG bagi Projek Pembangunan sekolah.

2.

RASIONAL Karnival Sukan PIBG dirancang bagi mencari dana untuk Tabung PIBG SK Seri Murni bagi mengurus pembangunan sekolah..

3. i) ii)

OBJEKTIF Mencari dana untuk tabung PIBG bagi membiayai program pembangunan sekolah. Memupuk persefahaman, perpaduan serta semangat muhibah dikalangan murid, guru dan penduduk sekitar. iii) Mengajar kemahiran-kemahiran yang dapat memenuhi keperluan,pengetahuan dan pengalaman murid.

iv)

Melahirkan dan membentuk masyarakat dan pelajar yang aktif, cergas, berdisiplin, sihat serta mempunyai keyakinan untuk berjuang dan menempuh cabaran bagi mencapai kejayaan.

v)

Membina minat murid dan penduduk sekitar serta meningkatkan bakat dalam sukan yang diceburi.

4. PELAKSANAAN Tarikh Hari Masa Tempat : 02 OKTOBER 2010 : Sabtu : 7.40 pagi hingga 12.00 tgh : SK Seri Murni, Kuala Lumpur.

5. AKTIVITI YANG DIJALANKAN 1. Pertandingan Bola Sepak bawah 12 tahun dan Bola Jaring terbuka 2. Pesta Jualan 3. Fun Fair 4. Pertandingan Karaoke 5. Lagu Permintaan 6. Rumah Hantu 7. Dart 8. Sepakan tepat 9. Gusti Lengan 10. Batu Seremban 11. Teka kacang 12. Tuju tin 13. Pukul bola golf

6. AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat Pengerusi Penyelaras Setiausaha Pen.S/U Bendahari P.Bendahari

: : : : : : :

AJK Biro Ekonomi AJK Biro Kebajikan AJK Biro Pendidikan AJK Biro Keselamatn

: : : : : : : :

7. TENTATIF PROGRAM

LAMPIRAN A 8. ANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATAN 1. Jualan kupon 1000 X RM 10.00

RM 10000

PERBELANJAAN 1. Proses Kupon 2. Modal gerai makanan 3. Modal gerai minumam 4. Modal gerai permainan 5. Hadiah 6. Lain -lain

RM 200.00 1000.00 200.00 250.00 350.00 300.00

JUMLAH JUMLAH BESAR

10000.00 10000.00

JUMLAH KEUNTUNGAN JUMLAH BESAR

2300.00 7700.00 10000.00

9. PENUTUP Adalah diharapkan Hari Karnival Sukan PIBG ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Semoga objektif yang telah digariskan akan tercapai dan dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan Oleh,

Disokong Oleh,

( PN. NUR HEDAYAH BT MOHDI ) Setiausaha, Biro Sukan PIBG, Sekolah Kebangsaan seri Murni, 51000 Kuala Lumpur.

(EN AHMAD SUZAINI ) Merangkap Pengerusi Hari Karnival Sukan PIBG, Sekolah Kebangsaan Seri Murni, 51000 Kuala Lumpur.

HARI KARNIVAL SUKAN PIBG Tarikh : 02 OKTOBER 2010 Hari : Sabtu Masa : 7.40 am hingga 12.30 tgh Tema : Bersukan TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI

08.00 AM 08.30 AM 08.45 AM 09.00 AM

Pendaftaran Senamrobik Pengagihan venue pertandingan Acara bermula #Pertandingan sukan >Pertandingan Bola sepak bawah 12thn >Pertandingan Bola Jaring terbuka #Fun Fair / Sukaneka #Pesta Makanan dan minuman #Karaoke #Rumah hantu #Lagu Permintaan

01.30 PM 2.00 PM 4.30PM 01.00 PM

Rehat Acara bersambung Penutupan dan penyampaian hadiah Bersurai

BERSUKAN UNTUK KECEMERLANGAN BERSATU MENUJU KEJAYAAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA HARI KARNIVAL SUKAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI KUALA LUMPUR. Penasihat : Pengerusi : Naib Pengerusi :

Penyelaras Setiausaha Bendahari

: : :

Pen.Setiausaha : Pen.Bendahari : Ahli Jawatankuasa : Kupon Rumah hantu

Penyelaras Makanan

Lagu Permintaan / Karaoke

Penyelaras Permainan / Fun Fair sukan

Penyelaras pertandingan

Senamrobik

Tajaan

GERAI JUALAN

JUALAN

Buah-buahan dan rojak Makanan ringan Nasi lemak / bihun / mee Air dan keropok Nugget dan hot dog

GERAI JUALAN & PERMAINAN

karaoke Jumble sale Rumah hantu

GERAI PERMAINAN & FUN FAIR

Teka kacang Baling tin Pukul bola golf Baling Dart Gusti lengan Batu seremban Sepakan tepat

Nota Penting 1. Setiap orang murid diwajibkan membeli kupon dengan harga RM 5.00 daripada guru kelas. 2. Gerai Kupon akan dibuka pada Hari Karnival Sukan PIBG bagi memudahkan murid-murid yang hendak membeli tambahan kupon. 3. Gerai-gerai boleh menukarkan acara atau jualan yang difikirkan sesuai , mudah dan menguntungkan dan dimaklumkan kepada Jawatankuasa Hari Karnival sukan PIBG. 4. Urusniaga hanya dijalankan melalui kupon. 5. Modal akan dikeluarkan melalui Jawatankuasa Hari Karnival Sukan PIBG. 6. Kebersihan gerai dan tempat permainan adalah tanggungjawab tuan punya gerai dan tapak . 7. Guru-guru yang menggunakan alatan sukan hendaklah menyediakan alatan tersebut dan meletakkannya semula di stor sukan.

8. Guru-guru boleh melantik AJK di kalangan murid-murid untuk membantu dalam urusniaga dan semasa aktiviti dijalankan. 9. Kerjasama dan tolong-menolong diantara guru dalam mengurus adalah diharapkan. 10. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah berhubung dengan pihak Jawatankuasa Hari Karnival Sukan PIBG. Sekian ,terima kasih.

KERJASAMA DAN KEIKHLASAN MEMBAWA KEPADA KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

SK SERI MURNI, KUALA LUMPUR

Anda mungkin juga menyukai