Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN POS LEGAP

31100 SUNGAI SIPUT (U), PERAK


MINI SUKANEKA
( PERINGKAT ASRAMA )
2014

TARIKH
HARI
MASA
PETANG
TEMPAT
LEGAP

: 22 mei 2014
: Khamis
: 3.00 6.00
: padang SK POS

PERASMIAN OLEH :

KAPTEN DAMANHURI B. ABDULLAH


GURU BESAR
SK POS LEGAP

SEKOLAH KEBANGSAAN POS LEGAP


31100 SUNGAI SIPUT (U), PERAK
CADANGAN KERTAS KERJA
MINI SUKANEKA
( PERINGKAT ASRAMA )
2014

1.0

PENDAHULUAN

Program ini bertujuan untuk memberikan keseronokan dan kegembiraan sebenar yang akan
dapat dirasai oleh para pelajar apabila para pelajar menyertai, mengambil bahagian atau terlibat
secara langsung. Ia juga menjurus kepada pendedahan peringkat awal untuk menanamkan minat
yang lebih mendalam terhadap aktiviti yang bercorak pertandingan. Secara tidak langsung, ia juga
dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada para pelajar untuk digunakan pada masa
yang bersesuaian. Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat kesukanan dalam diri pelajar untuk
digabungkan serta digunakan di dalam suasana pembelajaran yang berkaitan. Melalui aktiviti yang
sedemikian, para pelajar akan didedahkan dengan peraturan dan kemahiran yang sebenar untuk
diaplikasikan dalam permainan sama ada dalam bentuk pertandingan atau bukan pertandingan.
Selain itu, program ini dapat meningkatkan keyakinan diri para pelajar dalam menempuh kehidupan
pada masa akan datang.

2.0

RASIONAL

Melalui aktiviti yang sebegini para pelajar akan mempunyai sikap yang positif seperti
percaya dan yakin kepada diri sendiri serta perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan mental. Melalui aktiviti ini juga, para pelajar akan dinilai dari pelbagai sudut sama ada
secara kumpulan ataupun individu. Pemupukan nilai murni yang lain akan dapat dicungkil atau
dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Selain itu, program ini dapat mencungkil
bakat semulajadi yang telah ada dalam diri pelajar untuk dikembangkan. Program ini juga
diharapkan dapat memberikan keseronokan dan kegembiraan dalam diri pelajar agar pelajar akan
lebih terdorong untuk melibatkan diri dalam sukan-sukan yang lain.

3.0

MATLAMAT

Dengan adanya aktiviti seperti ini para pelajar akan:


1. Merasai keseronokan dan kegembiraan
2. Mempunyai sikap yang positif ke arah penjagaan kesihatan
3. Mempunyai nilai-nilai murni yang perlu diamalkan semasa terlibat dalam sesuatu
pertandingan
4. Mempunyai aktiviti yang positif untuk diisi pada masa lapang
5. Mengaplikasi dan mengembangkan bakat semulajadi
6. Sentiasa ingin ke sekolah

4.0

PENGANJUR

1. Jawatankuasa Permainan
2. Jawatankuasa Asrama
5.0

6.0

SASARAN / BUTIRAN PROGRAM

Tarikh:

22 Mei 2014

Hari

Khamis

Masa

3.00 6.00 petang

Tempat

Padang SK Pos Legap, Sungai Siput (U)

Sasaran

Warga Asrama (200 pelajar)

SUMBER KEWANGAN

Bantuan Wang Kokurikulum Asrama


Sekolah

7.0

ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL.

PERKARA

KUANTITI

ANGGARAN
KOS

1.

Minuman peserta

RM 2.00 X 200 murid

RM 400.00

2.

Hadiah Peserta
RM 4.00 45
RM 3.00 45
RM 2.00 45
RM 2.00 45

RM 180.00
RM 135.00
RM 90.00
RM 90.00

JUMLAH

RM 495.00

RM 2.00 3
RM 4.00 2
RM 4.00 4

RM 6.00
RM 8.00
RM 16.00

JUMLAH

RM 30.00

3.

Tempat pertama
Tempat kedua
Tempat ketiga
Tempat keempat

CATATAN

Peralatan Aktiviti

Tepung
Gula-gula
Belon

JUMLAH BESAR

RM 925.00

* Mesyuarat bersetuju menggunakan peruntukan Bantuan Kokurikulum Asrama Sekolah


untuk Mini Sukaneka ( Peringkat Asrama ) 2014 ini. Semua urusan pembayaran dan
perbelanjaan dipakejkan dengan Sykt Afuza Enterprise.

8.0

STRATEGI PELAKSANAAN
Permainan Berkumpulan

TAHAP 1
NAMA PERMAINAN
1) Melompat bersama bola
2) Mencari gula-gula dalam tepung
3) Lari dalam guni
4) Masukkan air ke dalam botol

BILANGAN PELAJAR
20 orang
20 orang
20 orang
20 orang

KUMPULAN
4 ( 1 kumpulan : 5 pelajar)
4 ( 1 kumpulan : 5 pelajar)
4 ( 1 kumpulan : 5 pelajar)
4 ( 1 kumpulan : 5 pelajar)

BILANGAN PELAJAR
20 orang
20 orang
20 orang

KUMPULAN
4 ( 1 kumpulan : 5 pelajar)
4 ( 1 kumpulan : 5 pelajar)
4 ( 1 kumpulan : 5 pelajar)

20 orang

4 ( 1 kumpulan : 5 pelajar)

20 orang

4 ( 1 kumpulan : 5 pelajar)

TAHAP 2
NAMA PERMAINAN
1) Berjalan dengan terompah besi
2) Bermain boling
3) Membaling gelung ke dalam
kon
4) Membaling belon air ke dalam
baldi
5) Menarik bola ping-pong dengan
gelung rotan

9.0

TENTATIF PROGRAM

MASA

AKTIVITI

TEMPAT

PETUGAS

3.00 - 3.30 p.m.

Pendaftaran Peserta

Padang SKPL

AJK Terlibat

Padang SKPL

AJK Terlibat

Padang SKPL

AJK Terlibat

Padang SKPL

AJK Terlibat

1) Melompat bersama bola


3.30 - 4.00 p.m.

2) Berjalan dengan
terompah besi
1) Masukkan air ke dalam

4.00 - 4.30 p.m.

botol
2) Bermain boling
1) Lari dalam guni

4.30 - 5.00 p.m.

2) Membaling gelung ke
dalam kon
1) Mencari gula-gula

5.00 - 5.30 p.m.

dalam tepung
2) Membaling belon air ke

AJK Terlibat
Padang SKPL

dalam baldi
3) Menarik bola ping-pong
dengan gelung rotan
5.30 - 6.00 p.m.

Majlis Penutup &

Padang SKPL

Penyampaian Hadiah
6.00 p.m.

AJK
Hadiah/Cenderahati

Bersurai

10.0

:
JAWATANKUASA INDUK PENGELOLA
MINI SUKANEKA
( PERINGKAT ASRAMA )
SESI 2014

PENASIHAT

Kapten Damanhuri B. Abdullah (Guru Besar)

PENGERUSI

En. Ahmad Shamsul B. Mat Wasee (PK HEM)

NAIB PENGERUSI 1

Tn. Haji Abu Hassan B. Puteh (PK Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 2

En. Ahmad Termizi B. Abdul Pantas (PK Kokurikulum)

PENYELARAS

Cik Indira A/P Sekaran

SETIAUSAHA

En. Norazilan B. Hasan

BENDAHARI

En. Mohd Azuan B. Termiji

AHLI JAWATANKUASA

Pendaftaran :
1. En. Mohd Rizalman B. Ahmad
2. En. Mohd Faiz B. Ghazali

Sukaneka 2 : Mencari gula-gula dalam


tepung:
1. En. Mohd Asrul B. Mohd Shafian
2. Pn. Nor Anita Bt. Bakar

Sukaneka 1 : Melompat bersama bola :


1. En. Mohd Ariffin B. Abd Majid
2. En. Abdullah B. Abd Kahhar

Sukaneka 3 : Lari dalam guni

1. Cik Indira a/p Sekaran


2. Cik Norhafisah Bt. Bakar

Sukaneka 4:Masukkan air ke dalam botol

Sukaneka 5 : Berjalan dengan Terompah besi

1. En. Hafiz Khairuddin


2. En. Mohd Faris Mokhtar

Sukaneka 6 : Bermain boling


1.
2.

En. Mohd Rohaizad B. Ismail


En. Abu Shihan B. Abu Hassan

Sukaneka 8 : Membaling belon air ke dalam


baldi
1.
2.

En. Badrul Hisham B. Mat Rejab


En. Mohd Shahrul Azmi B. Arshad

Peralatan dan Kelengkapan :


1.
2.

Pn. Nor Azzurahani Bt Roslan


Pn. Sakinah Syaidah Bt Mohamad

Disiplin :
1.
2.
3.

En. Azaharil Anuar B. Zahir


En. Mohd Sharifuddin B. Abd Nasir
En. Noor Akmar B. Mat Mokhtar

Jurugambar :
1.
2.

En. Mohd Faizal B. Pardan


En. Mohd Firdaus Bin Abu Hassan

1.
2.

En. Rosli B. Mohd Nordin


En. Yuzaimi B. Rahim

Sukaneka 7 : Membaling gelung ke dalam kon


1. En. Mohd Fazli B. Norizab
2. En. Mohd Feteri Azam B. Mahmud

Sukaneka 9 : Menarik bola ping-pong dengan


gelung rotan
1.
2.

En. Mohd Idil Hafiz B. Rosly


En.Mohd Farid Wardi B. Mohd Saad

Hadiah/Cenderahati :
1. Cik Kusfaliba Bt. Nik
2. Cik Indira a/p Sekaran

Pertolongan Cemas :
1.
2.

Cik Nor Hartini Bt Mohd Sayuti


Pn. Adina Bt Abu Bakar

Kebersihan :
1. En. Mohd Sharifuddin B. Abd Nasir
2. En. Abu Shihan B. Abu Hassan

11.0

PENUTUP

Mini Sukaneka ( Peringkat Asrama ) sesi 2014 ini diharapkan akan dapat melahirkan
para pelajar yang mempunyai sikap yang positif seperti percaya dan yakin kepada diri sendiri, serta
perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan mental. Selain itu, para pelajar
akan lebih berminat untuk menyertai sebarang jenis permainan sama ada dalam bentuk
pertandingan atau sebaliknya pada masa hadapan. Para pelajar juga dapat meningkatkan dan
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada.

Disediakan oleh,
......................................................
(CIK INDIRA A/P SEKARAN)
Setiausaha,
Jawatankuasa Asrama,
SK Pos Legap, Sungai Siput (U)

Disemak dan disahkan oleh,


...............................................................
(KAPTEN DAMANHURI ABDULLAH)

Guru Besar,
SK Pos Legap, Sungai Siput (U)

Anda mungkin juga menyukai